Tuesday, August 9, 2011

SIKAP TERHADAP GOLONGAN ANTI ISLAM

1.Akhir-akhir ini semakin  ketara golongan Anti Islam menyerang,menghina,mempersenda kesucian Islam,malah serius memurtadkan umat Islam di negara ini..

2.Berikut adalah beberapa sikap yang patut kita ambil bagi menghadapi perang dingin Anti Islam ini:

Pertama

Bila kita di caci,di hina atau di beri layanan yang tidak berperikemanusiaan di terima  dari golongan anti Islam maka hadapinya bukan dengan mencaci balik mereka itu,tapi dengan menunjukkan sikap yang baik.Secara tidak langsung ini merupakan satu dakwah terhadap mereka yang membenci Islam tersebut.Akhlak baik yang ditunjukkan oleh kita semua akan memudahkan lagi untuk menyebarkan agama Islam ini.
Dengan ini maka semua umat Islam dituntut agar lebih memperbaiki akhlak masing-masing sehingga golongan anti Islam tersebut akan tahu tentang ketinggian,kesucian dan keagungan Islam melebihi agama-agama lain.Ini akan memberi tamparan hebat kepada mereka kerana provokasi bagi merendahkan maruah/martabat Islam mereka gagal.Besar kemungkinan bagi mereka yang berfikir akan segera memeluk Islam secara beramai-ramai..

Kedua

Umat Islam perlu sentiasa bermuhasabah diri  dan menyedari sejauh manakah kita pernah menjelaskan tentang Islam kepada orang-orang yang anti Islam,menghina Islam ini?
Perkara ini penting diperhalusi kerana boleh jadi mereka menghina Islam/anti Islam disebabkan mereka belum tahu tentang hakikat Islam.Jika kita tidak lagi memperjelaskan berkenaan Islam kepada golongan kafir/anti Islam ini,maka kita harus segera memberikan penjelasan tentang Islam dengan pelbagai pendekatan.Semua orang Islam mesti berperanan sebagai pendakwah yakni ajak semua makhluk masuk syurga.
Kalau dulu Rasullullah SAW suka mengutus surat-surat yang ditujukan kepada raja-raja sesebuah negeri,maka sekarang dengan pelbagai aneka saluran media yang ada oleh digunakan untuk berdakwah tentang Islam umpamanya melalui buku,penulisan,internet,terjemahan karya-karya agung,ceramah,dialog melalui karya-karya/pendekatan seni/budaya yang lebih diterima oleh mereka dan  sebagainya.

Ketiga

Kita perlu mendoakan agar golongan anti Islam ini untuk mendapat hidayah.Berdakwah saja tidak cukup.Hidayah adalah urusan Allah SWT,MAKA SIKAP TERBAIK KITA ADALAH MEMOHON DOA KEPADA ALLAH agar mereka yang anti Islam diberi hidayah oleh Allah.
Dalam hal ini,Rasullullah telah pernah berdoa yang bermaksud "Bahkan aku berharap mudah-mudahan Allah mengeluarkan dari tulang rusuk mereka (keturunan) yang menyembah ALLAH yang Esa dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu pun." (Hadis riwayat Bukhari Muslim)

No comments:

Post a Comment