1.Bagi menyelesaikan apa-apa masalah yang dihadapi dalam hidup ini kita perlu guna AKAL yang cuma dikurniakan Allah kepada manusia.....kita kena BERFIKIR....jangan ikut perasaan!
2.Berfikir ialah suatu aktiviti akliah dan rohaniah yang berlaku pada seseorang akibat dari adanya kecenderungan mengetahui dan mengalami.
3.Apabila idea pemikiran dari aktiviti berfikir itu disusun dengan teratur akan lahirlah makna,fakta dan kefahaman.
4.Sebenar akal manusia berfungsi untuk mengingat,berfikir dan menaakul.Daripadanya kegiatan berfikir berlaku bagi membezakan mana baik,mana buruk.
5.Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang terbaik,dimana diberi daya kognitif yang membolehkan kita berfikir.
6.Manusia juga diberi daya efektif yang membolehkan emosi,perasaan dan KERJA HATI berhubung dengan daya kognitif.
7.Daripada semua aktiviti daya kognitif dan efektif ini lahirlah pemikiran/minda.
8.Pemikiran/minda yang berkembang boleh memberi asas kepada lahirnya ilmu.
9.Jadi,pada diri manusia terdapat sumber ilmu.
10.Persekitaran yang ada pada diri kita juga terkandung sumber ilmu.
11.Semua makhluk seperti pokok-pokok yang beraneka warna,haiwan yang pelbagai jenis,hasil galian dari bumi yang berbagai rupa dll banyak terkandung ilmu.
12.Begitu juga pelbagai masalah hidup,peristiwa yang berlaku,perubahan yang terjadi,rahmat dan nikmat yang kita kecapi selama ini juga banyak terkandung ilmu.Cuma kita tidak berfikir bagi mensyukuri anugerah itu semua.
13.Yang jelas ialah bahawa Allah jadikan akal dsg itu adalah untuk manfaat manusia sebagai khalifah(ketua) di muka bumi ini.
14.Ingatlah bahawa nikmat anugerah akal sebenarnya mendorong manusia berfikir kerana dari aktiviti berfikir akan dapat manfaat ilmu.
15.Dengan ilmu menyebabkan manusia tahu dan menerima makna akan sesuatu.Akhirnya dengan ilmu manusia tahu nilai guna sesuatu dan hikmah daripada sesuatu masalah/kejadian yang berlaku.
16.Namun begitu,bila kita berfikir terlalu lama untuk melakukan sesuatu,maka ia selalunya berakhir dengan kita tidak melakukan apa-apa.
17.Begitulah juga jika berfikir secara positif maka akan positiflah tindakan yang kita akan ambil.Kalau berfikir secara negatif maka negatif lah jadinya.Tiada siapa pun merancang untuk tidak berfikir,tetapi ramai yang gagal untuk berfikir secara terancang.
18.Fahamilah bahawa kecenderungan seseorang untuk melakukan kejahatan atau kebaikan bukanlah TAKDIR tetapi pilihan yang ditentukan oleh AKAL manusia itu sendiri melalui aktiviti berfikir.Jadi bila buat jahat dapatlah balasan dosa ,begitulah sebaliknya.
19.Untuk maju,kita mesti sentiasa bergerak ke sempadan baru ilmu pengetahuan.Maka untuk itu kita perlu banyak MEMBACA,MENULIS dan BERBINCANG selalu...ini kerana ketiga-tiga aktiviti ini menggalakkan kita BERFIKIR bagi membentuk minda untuk kelas pertama dan bertaraf dunia.
20.Malangnya kebanyakan dari kita lebih berminat untuk 'berfikiran sempit' dan bermewah dalam cara/gaya hidup lahiriah.Sepatutnya kita perlu 'bermewah ilmu di minda' dengan rajin BERFIKIR melalui aktiviti membaca,menulis dan berbincang/bertukar fikiran perkara positif.
21.Dengan BERFIKIR secara positif,maka akan terbukalah MINDA/HATI bagi mengenali diri.Dengan mengenali diri sendiri kita akan mengenal siapa pencipta kita.....ALLAH.Dengan mengingati Allah hati kita akan tenteram.
No comments:
Post a Comment