Wednesday, August 3, 2011

PANDUAN TENTANG FIQH PERUBATAN DI BULAN RAMADHAN

Sekadar berkongsi sedikit panduan untuk doktor,jururawat,pembantu perubatan,staf perubatan dan orang ramai berkaitan fiqah perubatan di bulan puasa.

Menurut Al-Quran dan Hadis sahih ,tiga perkara yang boleh membatalkan puasa:MAKAN,MINUM dan BERSETUBUH DI SIANG HARI di bulan Ramadhan.Oleh itu,apa saja bahan yang boleh ditafsirkan sebagai bahan makanan/minuman dan sempamanya yang melalui rongga ,tak kira berapa jumlahnya boleh membatalkan puasa.

Berikut ini disenaraikan perkara-perkara berlaku di klinik/hospital YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA:

1.Ubat titis mata,titis telinga,basuh telinga,titis hidung,semburan hidung dan ubat sedut.

2.Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit jantung(angina)

3.Memasukan ubat melalui faraj,memasukan alat perubatan,membasuh,spekulum dan jari doktor/bidan semasa pemeriksaan vagina sebelum bersalin.Prosedur VE tidak batal puasa.

4.Memasukan teropong (urethroscope) ke salur kencing lelaki/perempuan untuk penyediaan X-ray

5.Menampal,mencabut,mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi,dengan syarat TIADA APA-APA bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.

6.Suntikan melalui kulit,otot,sendi atau pembuluh darah ,KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah (intravenous feeding).

7.Menderma darah atau menerima pemindahan darah (blood tranfusion).

8.Oksigen dan gas-gas bius (anaesthetic gases)

9.Semua jenis bahan yang boleh menyerap ke dalam badan melalui kulit seperti krim,jelly dan paster berubat.

10.Mengambil sampel darah untuk ujian makmal.

11.Sesalur (catheter) dan bahan perantara untuk arteriografi (pemeriksaan X-ray khas jantung/ organ lain.

12.Teropong (endoscope) dalam rongga perut untuk mencari punca penyakit.

13.Membasuh mulut,berkumur atau semburan mulut,dengan syarat tiada bahan masuk ke dalam perut.

14.Teropong (hysteroscopy) ke dalam salur peranakan atau memasukkan alat kedalamnya spt intauterine device (IUCD)

15.Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain.

16.Suntikan ke dalam dubur,teropong (anosscopes)/pemeriksaan digital ke dalam dubur.

17.Pembedahan yang melibatakan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan untuk berpuasa.

18.Mesin atau dialisis buah penggang melalui perut (intraperitoneal renal dialysis)

19.Penggunaan teropong perut (gastroscope),dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya ke dalam perut.


(ARTIKEL DIPETIK DARI SEMINAR FEKAH PERUBATAN KE 9 YANG DIADAKAN DI CASABLANCA,MOROCCO,14-17 JUN 1997)

No comments:

Post a Comment