Friday, August 26, 2011

DI KEHIDUPAN DUNIA INI

Hidup di dunia fana ini
Menjadi saksi
Sejarah suka duka
Imbauan gembira,nestapa
Linangan air mata,kasih mesra
Insan bernama manusia

Terhimpun kisah dan teladan
Penuh nostalgia
Pentas tempat lakunan
Bergelumang sandiwara dunia
Insan yang dipanggil manusia

Merakam waktu
Dari detik ke detik
Dari titik ke titik
Pelbagai peristiwa
Bersama menempuh derita
Namun tetap perlukan
Doa
Usaha,
Istiqamah,
Tawakal.
Demi menjayakan sebuah amanah
kehidupan di dunia fana ini.

Manusia datang ke dunia tak dijemput
Tapi disamput dengan lembut
Kemudian penuh kemelut
Lautan masalah bergelut
Yang dihadapi tanpa kalut
Namun ada yang mati terkejut
Yang tinggal bersabung nyawa yang kian mereput.

Di kehidupan dunia ini
Punyai jiwa dan nyawa
dilengkapi mental,jasad dan roh
Maka manusia menjadi pejuang
berhati mulia
Di persana dunia
manusia ada tiga tugas
iaitu sebagai
pertamanya sebagai hamba Allah,
keduanya sebagai khalifah Allah
dan ketiganya sebagai pendakwah..penyeru ke jalan Allah
Manusia menegak martabat
sebagai sebuah ibadat.

Manusia beriman bukan sembarangan
mereka penuh berkeyakinan
kita adalah manusia
yang sentiasa redha membantu
kerana Allah.

Nilai-nilai akhlak terpuji
sentiasa menjadi pegangan
Cuba seimbangkan
antara empat tuntutan kehidupan
pertamanya...KETUHANAN (ILAHIYAH/RABBANIYAH)
keduanya.....KEMANUSIAAN (INSANIAH)
ketiganya.....AKHLAK (AKHLAQIAH)
keempatnya..KESEDERHANAAN (WASATIYYAH)

Semoga semangat
di kehidupan dunia ini
tak pernah luntur
selagi hayat dikandung badan......


Thursday, August 25, 2011

MELAYU PERLU INGAT

Dengan hanya berehat,tidak jadi sihat.
Buat kerja tak boleh lewat,tapi mesti cepat.
Cuma ada tulang empat kerat,mesti dibasahi keringat.
Jangan sanggup diperalat,tapi mesti diberi hormat.
Jangan terus sesat,baru boleh selamat.
Jangan terus tenat,hidup tiada berkat.
Jangan rasa tergugat,tapi jadi hebat.
Jangan digelar bangsat,tapi dibuat sahabat.
Jangan asyik terlompat-lompat,kerja mesti buat.
Jangan bergelumang maksiat,perbanyakan amal ibadat.
Jangan gila pangkat,kejarlah nikmat akhirat.
Jangan cuma slogan bersemangat,usahalah penuh minat.
Jangan hanya punyai hasrat,kerja kena kuat capai matlamat.
Jangan syik duduk berdebat,tapi kerja tak mahu buat.
Jangan sampai Allah laknat,bawa-bawalah bertaubat.
Jangan ikut nafsu syahwat,sebab tak semua penyakit ada ubat.

Hidup ini singkat,jauhi dengki khianat.
Mesti perbetul niat,baru selamat dunia akhirat.
Jauhi kerja jahat,barulah hidup berkat.
Jauhi alasan tak larat,kalau hidup tak nak melarat.
Melayu mesti pertingkat darjat,agar hidup tidak keparat.
Melayu otak tak berkarat,semua benda ada syarat.
Melayu masih belum terlambat,kuasa politik & ekonomi mesti diperkuat.
Jadilah bangsa keramat,jangan cuma janggut lebat.
Perjuangan Melayu masih belum tamat,selagi dunia belum kiamat.
Duit jangan hambat sangat,fikir juga soal akhirat.
Janganlah jadi lalat,tubuh nanti dimamah ulat..
Ubah segera tabiat sesat,jangan buat orang meluat.
Hari-hari kena solat,jangan pula ada yang ralat.
Usah bangga kuota tercatat,tapi tak banyak mana Melayu dapat.

Pegangan Islam mesti diperkuat, kita ada cuma satu kiblat.
Mesti perteguh kalimah syahadat,baru selamat di akhirat.
Mesti kusyuk masa bersolat,baru boleh terhindar maksiat.
Soal puasa juga kena buat,baru tubuh tambah sihat.
Tunaikan segera zakat,baru rezeki kita bertambah berkat.
Timba ilmu jangan liat,baru boleh beri pendapat.
Siraturrahim mesti diperkuat,agar musuh tak berani dekat.
Malaikat catat,apa kita punya tabiat.
Nabi punya amanat,jadikan azimat.
Al-Quran banyak peringat,beribadalah sebelum terlambat.
Akhir sekali,
Melayu kena ingat,
ALLAH MELIHAT,APA SAJA KITA BUAT!





Sunday, August 21, 2011

KEMERDEKAAN ADALAH HARTA PUSAKA

Sana sini terdengar lafaz,laungan,ucapan dan pekikan 'MERDEKA'
memecah kesunyian.
Di desa dan di kota berkibar megah bendera 'JALUR GEMILANG'
Di mana-mana berpesta gembira
penuh kerancakan atas nama 'PATRIOTISME'
Moga-moga terpupuk semangat cintakan negara 'MALAYSIA'
Inilah usaha murni menanamkan rasa sayangkan tanah air
...Tanah Tumpah Darah!

Namun,disebalik kemeriahan itu semua
Sewajarnya,anak watan yang setia pada bumi bertuah dan berdaulat ini
harus sedar,.....ada insan malang,kurang upaya,papa kedana,meminta-minta,
                       mengemis,bergelandangan di tanah tumpah darahnya sendiri!

Insaflah,pertingkatkan usaha dan keupayaan diri
perkuatkan jati diri dan segalanya.
Agar generasi mendatang terus bebas lagi berdaulat.
Tidak dibelenggu sengsara.

Isilah kemerdekaan hadiah generasi terdahulu ini
dengan penuh bijaksana.
Sematkan semangat membara 'MERDEKA' ini di sanubari
setiap detik sepanjang hayat.

Isilah kemerdekaan ini dengan menjadi pejuang tulin
untuk AGAMA,BANGSA dan TANAH AIR..
iaitu dengan mempertahankan agama, akidah dan maruah
iaitu dengan mempertaruhkan nyawa,
iaitu dengan merpergunakan akal
iaitu dengan memelihara harta 'PUSAKA MERDEKA'!
pantang diperkotak-katikan,pantang dipermainkan.
berbekalkan semangat pantang kalah.

YA! KEMERDEKAAN ADALAH SUATU 'HARTA PUSAKA'

mempertahankan 'harta pusaka merdeka' bermakna
......mempertahankan kedaulatan negara Malaysia
      dari serangan dan ancaman musuh durjana
......dan memelihara kemerdekaan negara dari dijajah semula.

Ya! kita tidak rela dijajah lagi
baik dari segi fizikal,ketenteraan,persenjataan,mental/minda
mau pun budaya,ideologi,politik,ekonomi ,sosial
dan segalanya milik kita,bebas dari campur tangan asing!
Nasib kita,biar kita yang tentukan
dengan acuan kita sendiri.

Isilah pusaka kemerdekaan ini dengan sebaiknya.
Janganh sekali dibuai oleh kemewahan dunia
Jangan dekati penyakit sosial
Jangan turuti hawa nafsu
Jangan terjebak ke lembah hina/maksiat
Jangan terjerumus ke kancah rasuah
Jangan terperangkap gejala dadah
Jangan terlampau dalam segala
Jangan terpengaruh pelbagai 'isme'/ajaran sesat

Isilah pusaka kemerdekaan ini sebaik mungkin
dengan menjadi pembela keadilan dan penegak kebenaran
Atau sekurang-kurangnya
dengan menjadi manusia baik
dengan menjahui kejahatan
dan tidak menyusahkan orang lain!
Atau setidak-tidaknya
dengan menjadi manusia berguna untuk diri sendiri.

Jangan jadikan pusaka kemerdekaan ini
medan merebut kuasa,
gelanggang melempar fitnah,
tempat membuat durjana,
mencabar hak asasi Tuhan atas nama hak asasi manusia

Sebaliknya,
jadikan kemerdekaan ini
tempat mengabdi pada Tuhan
gelanggang berbakti untuk kemanusiaan
tempat memperbaiki akhlak
medan kesederhanaan dalam segala
buat mengumpul pahala
buat bekalan ke syurga!.


(SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN)

Saturday, August 20, 2011

IBU

 Sebaik saja melihat aku anaknya yang dilahirkan selamat dan tak berapa sempurna ini,
wajah ibu tentu berkerut menahan kesakitan
tetapi akan bertukar dengan senyuman dan air mata keriangan
setelah mendengar tangisan ku yang pertama

Belum pun hilang sakit bersalin,
ibu terpaksa pula berjaga malam dek kerna rengekan ku
dan kerenah ku yang masih belum tahu apa-apa.

Namun demi aku anaknya yang amat dikasihi,
aku dijaga rapi 24 jam bersengkang mata
hatta seekor lalat mahu pun nyamuk tidak dibiarkan
hinggap pada badan aku yang masih kecil itu.

Pengorbanan demi pengorbanan
terus dicurahkan oleh ibu ku kepada aku
sejak dari dalam kandungan sehingga besar panjang
menjadi remaja dan dewasa
aku terus menjadi manusia dibawah jagaan dan didikan ibu.

Mengingat pengorbanan ibu,
menghalusi penderitaan ibu,
maka
segunung emas belum tentu dapat membayar
harga kasih sayang yang telah dicurahkannya.

Aku tahu,
kedudukan ibu adalah yang tinggi dan mulia
maka berbuat baiklah tiga kali kepada ibu sebelum bapa
mentaati ibu adalah syarat ke syurga
kerana syurga di bawah tapak kaki ibu.

Jangan biarkan ibu bersedih,
jangan biarkan ibu terluka,
jangan biarkan ibu kesunyian.
Jaga hati ibu agar tidak tersinggung.
Gembirakan ibu,
bukan sekadar menghulur wang atau kebendaan,
tetapi juga kasih sayang.
Hormati ibu setiap saat dan ketika
Aku sedar
Hubungan tak terputus begitu saja
walau pun selepas ibu meninggal dunia
Doa anak yang soleh penyambung amalan ibu.

Aku tahu,
antara isteri dan ibu,
ibu yang perlu didahulukan
kerana kedudukan ibu lebih tinggi dari isteri.
Kehendak  isteri dipenuhi
tanpa menyinggung perasaan ibu.
Keperluan ibu pula dipenuhi
tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri
Ini penting untuk bahagia di dunia dan di akhirat.


Sekali lagi aku tegaskan,
ibu adalah insan paling istimewa,
ibu adalah insan yang tidak boleh di cari ganti,
ibu banyak sekali berjasa,
ibu sudah banyak berkorban
      segala jasa dan pengorbanan ibu
      tidak mungkin dapat dibayar balik
      tidak mungkin dapat ditukar dengan wang ringgit
      tidak mungkin dapat ditebus dengan harta benda dunia seisinya!

Aku insaf,
Berpaksikan kasih dan sayang,
ibu sanggup berkorban masa
ibu sanggup berkorban tenaga
hatta ibu sanggup berkorban nyawa
demi melihat aku anak yang dikandung selama sembulan bulan
dibesarkan dan menjadi manusia berguna dan bahagia.
Sepanjang usia menjaga ku selama 76 tahun
ibu tetap tabah
Sepanjang kehidupan ibu tidak pernah menyesal melahirkan aku
ibu tetap insan istimewa

Aku mahu mencari keredhaan ibu
kerana keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibu.
Aku bermuhasabah selalu tentang perkara ini
kerana syurga dibawah telapak kaki ibu.


(NUKILAN INI ADALAH UNTUK MENGINGATI IBU KU YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 21HB OGOS 2004,KIRA-KIRA 7 TAHUN YANG LALU)
SEMOGA ROH KEDUA IBU BAPAKU DITEMPATKAN DISYURGA.AMIN.



Friday, August 19, 2011

KOLEKSI UCAPAN SMS POPULAR HARI RAYA

1.
Tunggu-tunggu rayo dah dokek,
   bako lomang robuh ketupek,
   nak anta kad rayo dah tak sompek,
   anta sms jo yg sompek,
   solamat hari rayo maaf zahir dan batin.
   .....dari den dan keluarga den

2.
Pejam celik pejam celik dah lama tak jumpa,
  pejam celik dah 30 hari puasa,
  makin dipejam celik makin banyak salah dan dosa,
  sementara masih celik banyak-banyaklah buat pahala,
  sebelum pejam tak celik harap maaf jika tersalah kata,
  Selamat Hari Raya Aidilfitri

3.
Buah laici buah strawberi,
  dicuri pula si labi-labi,
  ampun dan maaf diri ini,
  salah dan silap 'please forgive me.'

4.
Salam lebaran dari kejauhan,
ampun dan maaf seandainya...terkasar bahasa,,
tersilap bicara,termarah yg tak kena,
tertanya tak tentu hala,tersasul yg tak sengaja,
terpekik di telinga,terpinjam harta benda,
ter'moody' tak semana-mana,
dan yg ter....  macam-macam lagi yg kena mengena.
SELAMAT HARI RAYA!

5.
Jika hati sejernih air,
jangan biar ia keruh,
Jika hati sepenuh awan,
jgn biar ia mendung,
Jika hati seindah bulan,
hiasi ia dgn iman,
Andai hati terguris terluka,
Sucikan ia dgn bermaafan.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

6.
Walau langkah tak bertemu,
tangan tak berjabat,ucap tak terdengar,
mata tak bertatap,tapi izinkan hati memohon
 maaf zahir & batin...
Salam Aidilfitri.

7.
Bunga ros bunga raya,
Selamat Hari Raya
Masak lemak ikan patin
Maaf Zahir & Batin
Ada ketupat dalam raga
Dari saya sekeluarga

8.
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggegar jiwa,
Sekiranya ada silap dan dosa,
Ampun di pinta di Hari Mulia,
Selamat Hari Raya Maaf
Zahir & Batin.

9.
Berlalunya Ramadhan Syawal menjelang
moga dapat memantapkan ketaqwaan dan
keimanan diri dgn penuh keinsafan
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

10.
Mata kadang-kadang salah melihat,
Mulut kadang-kadang salah bercakap,
Hati kadang-kadang salah menduga,
Mohon maaf segala dosa/silap yg ada,
Selamat Hari Raya.

11.
Nyimpan jenang nang jeru tin,
Ngesok arek digowo mareng suro,
Keluputan kalo lahir bata,
Salah silap nialok dingapuro,
Bocah cilik mangen sego,
Sego dipangen karo gulo,
Wes suwi orak ngomong jawo,
Dino rogo nyalok ngapura,
Hehehe...Pantun ni pantu bahasa jowo,,,
Salam lebaran
Berhati-hati di jalan raya.

12.
Pejam celik dah lama kita kenal
Pejam celik dah nak raya
Makin pejam celik,
Makin banyak salah silap,
Sementara masih celik,
Ampun maaf dipinta
Selamat Hari Raya.

13.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

14.
Sebelum Aidilfitri menjelang,
Sebelum habis kuih di balang,
Sebelum Ramadhan membawa diri,
Sebelum mercun membakar jari,
Sebelum operator semua 'busy',
Sebelum kredit tak berisi,
Sebelum 'message' asyik dok 'pending',
Sebelum ketupat buat saya pening,
Diucapkan Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin.

15.
Andainya,terkasar bahasa,tersilap bahasa,
Termarah yg tak kena,tertanya tak tentu hala,
Tersentuh yg tak sengaja,tertuduh tanpa usul periksa,
Terpekak bila ditanya,ternasihat yg tak kena gaya,
Terpinjam & terlupa memulangkannya segera,
Ter'moody' tak semana-mana,
dan ter....macam-macam lagi yg tak tersengaja.
Saya mohon maaf,
Zahir & Batin
SELAMAT HARI RAYA

16.Ya Allah muliakan saudaraku ini.
      Bahagiakan keluarganya.
      Berkati rezekinya.
      Kuatkan imannya.
      Eratkan siraturahim kami.
      Salam lebaran Aidilfitri.
      Maaf Zahir dan Batin.

17.Pelita diletak diatas para,
     Hendak dinyalakan ditepi perigi,
     SMS dihantar pengganti kad raya,
     Tanda ingatan di aidilfitri.
     "Maaf Zahir Batin"

18.Dalam kelembutan lidah
     ada keterlanjuran kata.
     Dalam gurau senda
     ada khilaf dan dosa.
     Salah dan silap harap dimaafkan
     Selamat Hari Raya Aidilfitri.
     'Maaf Zahir dan Batin'

19.TEGAK BATANG BERDIRI.....KERAS HANGAT...MEMBARA......
      .....DAPAT KU RASAKAN......MEMANCUT CECAIR PUTIH...
      ....ARGH..... NIKMATNYA....AKU MENJERIT...MAK!....LEMANG DAH MASAK.!!!
                                       "SELAMAT HARI RAYA"

he...he...he...he... minta maaf bebanyak ye...

20.Tiada kata selain doa
     Tiada pinta selain maaf
     Walau tangan tak berjabat
     Namun hati terukir mesra
     ...minal AIDIL walfaizin
     ....mohon maaf zahir dan batin

21.SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
     Maaf Zahir dan Batin
    Semoga amalan dibulan Ramadhan diterima Allah
    Minta Allah panjangkan umur kita dalam sihat dan sejahtera.
    Bertemu dan beribadat lagi di Ramadhan tahun depan.
    Insya ALLAH....amin.

22. Kullu a'm antum bikhair
      Selamat Hari Raya Aidil Fitri
      Maaf Zahir dan Batin
      Semoga diberkati dan dirahmati Allah
      Dengan ingatan tulus ikhlas dari...hamba ALLAH.

23.Andai harta adalah racun,
     maka zakatlah penawarnya.
     Jika seluruh hidup ini adalah dosa,
     maka taqwa dan taubatlah ubatnya.
     Jika seluruh bulan adalah noda,
     maka Ramadhanlah pemutihnya.
    Marhaban ya Ramadhan
    dan Selamat Hari Raya.

24.Dalam kerendahan hati
     ada ketinggian budi,
     Dalam kemiskinan harta
     Ada kekayaan jiwa.
     Hidup ini indah
     Jika segalanya kerana Allah SWT.
     SELAMAT HARI RAYA

25.Jauh mana....Jarak kita....
     Lama mana.....pun tak jumpa.....
     Kita tetap.....pandang anak bulan yang sama.....

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

26.Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
     DIA datangkan hujan petir dan kilat............
     Kita bersedih dan tertanya-tanya
     ke mana hilangnya matahari?
     Rupa-rupanya,,,,
     Allah hadiahkan kita pelangi.
     Allah berikan kita puasa,
     DIA hadiahkan pahala dan raya...........
     Maaf dipinta andai tersalah bicara,
     terkasar bahasa,tersentuh jiwa.
     SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
     Maaf zahir dan batin.

27.Setitik embun di atas daun,
     Jatuh ke bumi laksana hujan
     Dosa bertimbun mohon diampun
     Setitik kesalahan minta dimaafkan.
     Selamat Hari Raya Aidil Fitri
     Maaf Zahi & Batin

28.Satu Syawal menjelang tiba,
     Takbir bergema menggegar jiwa,
     Sekiranya ada salah dan dosa,
     Ampun dipinta di hari mulia.
     Selamat Hari Raya Aidil Fitri

29.Salam kepada semua yang dingati,
     Diucapkan Selamat Hari Raya
     Moga Ramadhan yang lalu mendapat keberkatan dan keampunan.
     Mohon maaf atas segala kesilapan Zahir & Batin
     Semoga bergembira bersama keluarga tersayang.

30.Keikhlasan hati untuk memaafkan,
     Memberi makna amat berharga dalam kehidupan.
     Andai jemari tak mampu berjabat,
     Langkah tak upaya bertemu,
     Setidaknya kata masih terungkap
     untuk mengucapkan
     'Selamat Hari Raya Aidil Fitri'
     Maaf Zahir dan Batin.

31.Bila dada dilapangkan,
     Iman perlu dikekalkan,
     Hati ikhlas menyerah,pasrah,
     Minda pun ghairah terarah,
     Maka
     Dua insan rela merapatkan diri,
     Tangan dihulur merayap,
     Menjalar jari jemari,menyelinap,
     Lalu menggenggam rapat,
     Sopan,berjabat erat,
     Mulut bergerak,
     Lidah bergetar,
     Lantas lidah pun berputar lancar,
     MENGELUARKAN UNGKAPAN KATA YANG TERDENGAR,
     "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
      MAAF ZAHIR DAN BATIN
      HALALKAN YANG TERMAKAN,TERMINUM"

32.Kian berlabuh tirai Ramadhan
     Lambaian Syawal kian dinanti
     Luhur ikhlas penuh amalan
     Semoga ianya Allah berkati.
     Salam Aidil Fitri.
     Maaf Zahir Dan Batin.

33.Tangan dihulur tak kesampaian
     Senyum diukir tak kelihatan
     SMS ku kirim tanda ingatan
     di Aidil Fitri kita bermaafan.
     Selamat Hari Raya
     Maaf Zahir Batin.

34.Walau jauh bukan halangan
      SMS dihantar tanda kenalan
      ku pohon maaf semat berkawan
      Salam di Aidil Fitri tanda ingatan.
      Selamat Hari Raya
      Maaf Zahir Batin.

35.SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
     SEMOGA BEROLEH KETAQWAAN.

36.Ya Allah.dikedatangan bulan barakah ini,
      muliakan dan sayangilah saudaraku ini,
     bahagiakan keluarganya,
     sihatkan tubuh badannya,
     berkati rezekinya,
     kuatkan imannya,
     berikan kenikmatan ibadah,
     jauhkan dari fitnah,
     suburkan benih keislaman
     dengan penuh nikmat kasih sayang.AMIN
     'Selamat Hari Raya'


SEMOGA KOLEKSI INI MEMBERI MANFAAT KEPADA KITA SEMUA DALAM MEMILIH UNGKATAN/UCAPAN YANG SESUAI UNTUK DIHANTAR KEPADA SAUDARA-MARA,SAHABAT,KENALAN DAN LAIN-LAIN.
Kalau ada ungkapan /ucapan lain yang menarik dan 'ummph' untuk dikongsi bersama,silalah tambah diruangan komen dibawah.
Terimakasih.




  
  

 


Thursday, August 18, 2011

KELIRU ANTARA TUJUAN DAN KEPERLUAN HIDUP

1.Banyak orang keliru antara matlamat/tujuan hidup dengan keperluan hidup.Rencana ringkas ini cuba menjelaskannya.

2.Hidup di muka bumi ini adalah masa diantara lahir hingga mati.Lamanya masa hidup berbeza-beza antara manusia.

3.Sebenarnya,hidup ini perlu disesuaikan menurut tujuan Allah menjadikan kita berada di dunia ini iaitu untuk membuktikan janji tatkala di alam roh bahawa manusia telah berjanji untuk taat setia kepada Allah.

4.Bagi membuktikan janji itulah manusia diwujudkan di muka bumi ini sebagai mana firman Allah yang bermaksud:
"Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia,melainkan untuk mengabdi kepadaKu" (Surah Al-Zaariat,ayat 56)

5.Jelas bahawa tujuan hidup manusia di muka bumi ini adalah untuk mengabdi diri kepada Allah,iaitu menjadi hamba Allah,bukan pekerjaNya.

6.Untuk mencapai tujuan hidup tersebut maka manusia perlu mengikut jalan yang lurus iaitu ISLAM.
   Allah berfirman yang bermaksud
   "Maka hadapkanlah dirimu dengan lurus kepada agama ciptaan Allah,yang dijadikan manusia amat sesuai       dengannya,tidak ada perubahan bagi ciptaan Allah,itulah agama yang lurus,tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Surah Al-Rum,ayat 30)

7.Setelah memahami matlamat/tujuan sebenar mengapa kita diwujudkan di dunia ini,maka kita kena tahu jalan yang betul ke arah matlamat tersebut.Seterusnya melaksanakan sebaik mungkin dengan segala keperluan yang diperlukan.

8.Apa yang kita perlu untuk hidup?Antaranya adalah wang,kekayaan dan kemewahan.Kita kena faham bahawa wang adalah keperluan hidup,bukannya tujuan hidup!

9.Jadi,jangan sesekali salah tafsir hingga  keperluan hidup(wang) dijadikan tujuan hidup.

10.Ingatlah bahawa tujuan hidup yang betul (iaitu menjadi hamba Allah) adalah segala-galanya.

11.Wang,kekayaan,harta benda dan kemewahan bukanlah segala-galanya kerana ia tidak akan dibawa bersama ke liang lahad.

12.Memang wang penting untuk hidup seharian,tetapi wang tidak boleh membeli perkara-perkara berikut:
.....masa,detik masa lalu
....khusyu'nya solat
....kebahagiaan sebenar
....kasih sayang dan cinta sebenar
....,kesihatan hakiki
....persahabatan sejati
....akhlak mulia/sikap terpuji
....keimanan/ketaqwaan/kemuliaan sebenar
....nyenyaknya tidur
....keikhlasan hati suci
....doa kudus
....keredhaan Allah
....syurga
...nasib/takdir
....amanah
....haji mabrur
....maqam terpuji
...dan lain-lain.

13.Oleh yang demikian,jika kita jadikan wang,kebendaan,kekayaan dan kemewahan sebagai tujuan hidup maka boleh menyebabkan manusia melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti rasuah,pecah amanah,merompak,menipu,melacur,murtad,membunuh,tamak,sombong,cakap besar,bangga diri dsg.Akibatnya manusia akan bersikap materialistik,individualistik,menganut fahaman sesat seperti kapitalis,sosialis,komunis,liberalisme dan sebagainya yang menjadikan wang/harta dunia sebagai fokus utama  hidupnya.

14.Kita kena faham bahawa memanglah wang penting dalam kehidupan ini tapi jangan sampai ke tahap menyembah atau jadi hamba wang pula.SEMBAH LAH ALLAH dan jadilah hamba Allah bukannya wang.

15.Sila faham betul-betul antara tujuan hidup dan keperluan hidup didunia yang sementara ini agar kehidupan kita menjadi lebih bermakna dan berada dilandasan yang lurus sebagai mana Allah tetapkan.

Wednesday, August 17, 2011

BACALAH......

Iqra'

-melambangkan ilmu
 -yang terangkum didalamnya
        makna membaca,mengkaji,menyelidik,berfikir dan lain-lain usaha keilmuan.

Bacalah!

.....memperkasa rasa spiritual
      ...refleksi diri
       ...muhasabah diri
        ....mengejar ilmu
         ....mempertingkat mental
         ....memperjelas kefahaman
            .....memperkuat hakikat
           .....membebas dari nafsu duniawi
           .....menghapus penghalang pendakian
           .....melihat rahsia semesta
           ....memerdekakan akal
           .....merungkai belenggu kejahilan
           .....mempertajam tafsir dan takwil
           .....memperdalam dinamisme
          .....membongkar induk pengetahuan
          ......melambangkan puncak keikhlasan
          .....mencerahkan pemikiran
           .....mengenyangkan minda
           ....anugerah penuh makna
           .... syiar dan teras kehidupan
           .....penemuan satu ilmu
           .....menyingkap ilmu baru
            ....menyerlah luas daerah kedangkalan

            .....DEMI TUGAS SUCI.............

      

Tuesday, August 16, 2011

AL-QURANAL-KARIM

Al-Quranal-Karim

adalah Kitab Hidangan Ilahi
hidangan yang membantu manusia
memperdalam pemahaman
dan penghayatan Islam

Al-Quranal-Karim

merupakan pelita dalam menghadapi kehidupan
menyentuh tiga aspek utama/tujuan pokok Al-Quran
iaitu....akidah
       ...syariah
       ...akhlak

dapat dilihat melalui empat cara
iaitu.....perintah memperhatikan alam
      .....perintah mengamati pertumbuhan/perkembangan manusia
      .....janji dan ancaman duniawi dan ukhrawi
      .....kisah-kisah

Al-Quranal-Karim

bukan sekadar dokumen peraturan/perundangan
atau hukum-hakam soal halal haram
ia adalah kitab petunjuk kepada manusia bersifat sejagat
berbicara tentang tema yang amat luas skopnya
kisah para Nabi,kritik-kritik sosial,etika/akhlak,
fenomena alam,dunia haiwan/tumbuhan,sejarah silam
alam ghaib,soal syurga /neraka dan lain-lain.

Al-Quranal-Karim

bukan cerita dongeng,mitos atau lagenda
ia adalah cerita sebenar
dunia sebenar,bukan impian indah
penuh wawasan positif......menyeru bertimbang rasa,berbudi tinggi pemaaf
                                   .....menyeru kepada pentingnya pedamaian/keamanan
                                   .....galakkan persaudaraan,kerjasama dan perpaduan
penuh martabat ilmu
penuh anugerah pengetahuan
penuh pengajaran dari segala segi
penuh contoh realistik tentang manusia
penuh kisah menyentuh kehidupan manusia sepanjang zaman
penuh panduan sehingga kiamat.

Jadi,
jelajahi isi kandungan Al-Quran seluasnya
ia bukan kitab kaku atau buku buruk
ia adalah khazanah kaya
memberi inspirasi dan kreatif buat umat
YAKINLAH BAHAWA,
AL-QURANAL-KARIM adalah MUKJIZAT AKHIR ZAMAN.



BERSATU.......

Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh----itulah hakikatnya!

Soal munyuruh umat bersatu bukan perkara baru,
tapi manusia Melayu-Islam tetap sukar bersatu.

Kalau kata sudah bersatu,
mengapa masih bertelagah?
mengapa tergamak benci-membenci?
mengapa rela maki hamun?
mengapa mahu berperang?
mengapa sanggup berbunuhan?

Sebenarnya,
kita tidak bersatu dalam erti kata perintah Allah
umpama isi dengan kuku
umpama aur dengan tebing
umpama irama dan lagu
umpama zahir dengan batin
umpama jasad dan roh.

Bukan bersatu namanya,
kalau masih berpuak-puak
kalau masih bersuku-sakat
kalau masih pentingkan kroni
kalau masih curiga mencurigai
kalau masi berkonflik
kalau masih ada agenda tersembunyi.

Bersatulah.....demi Allah
                .....demi menentang musuh yang nyata-syaitan!
                .....demi maruah manusia.

Tanda bersatu adalah...seia sekata,sehati sejiwa,sehaluan
                                ...rasa kesepunyaan dan kebersamaan
                                ...rasa sepasukan dan seperjuangan
                                ...bantu membantu,sokong menyokong
Maka bergeraklah dalam satu barisan yang kukuh umpama sebuah bangunan teguh!

Bersatulah agar digeruni musuh
Bersatu bukan sekadar jadi rakan kongsi
Bersatu ertinya berpadu memperkasa kuasa
bukannya bersetuju dalam semua perkara
bukannya penuh kekalutan dan kecelaruan hala tuju

Akibat tidak bersatu
maka kita akan terhina,malu,putus asa,marah
seterusnya kita jadi bosan,gagal ,tertindas!

Berpecah-belah bukannya strategi cerdik
Pecah dan Perintah adalah strategi musuh Melayu.
BERPECAH BELAH TIDAK AKAN MEMBAWA KITA KEMANA-MANA!
Ayuh bersatu.......


Sunday, August 14, 2011

PERPADUAN

.......ramai yang tahu kepentingannya
tetapi,.....sedikit sahaja yang berusaha untuk mencapainya.

Perpaduan....melibatkan rasa persaudaraan,kasih sayang,kemesraan dan kedamaian

Perpaduan...,lambang keimanan!

Perpaduan...menjadi soal terpenting dalam 'hablumminannas'

                 ...prasyarat kepada kekuatan ummah

                 ....adalah fitrah kejadian manusia

                 .....berkait rapat dengan kebahagiaan,keceriaan,ketenangan dan kesejahteraan.

Jadi,perpaduan perlu diperkukuhkan sepangjang masa
kerana bersatu kita teguh,bercerai kita roboh.

Kita mesti bersatu demi menguruskan perbezaan dari perspektif Islam
Kita mesti bersatu atas dasar kebenaran Islam
kerana kebenaran Islam adalah mutlak.

Bersatulah umat Melayu-Islan demi mencari keredhaan Allah.

Namun,perpaduan sebenar sukar dicapai kerana:

-ada pihak yang menyimpang dari jalan Allah

-ada pihak yang menyekutukan Allah

-ada pihak yang hatinya tidak mencintai Allah

-ada pihak yang hatinya terlalu cinta dunia dan benci mati
(menjadikan kemewahan dunia sebagai fokus utama dalam kehidupan)

Sebenarnya,untuk bersatu.perlu penuhi syarat berikut:

-terbuka dan rela menerima perbezaan

-tidak menghina sesama muslim

-kelembutan hati

-sifat pemaaf

-jangan cinta dunia dan takut mati

-berazam mencari keredhaan Allah.

Renungi firman Allah berikut:

'Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara,maka damaikanlah antara dua saudaramu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat' (Surah Al-Hujurat 49:10)

 Maka ,tunggu apa lagi.....buktikan keimanan kita....
BERSATULAH....kerana perpaduan harganya amat mahal sekali.
                         ....kerana perpaduan adalah perintah Allah.
                

Friday, August 12, 2011

TERSESAT......

.....dek orkestra politik

Kita sebenarnya telah tersesat
Pabila lebih mementingkan politik
       daripada kepentingan agama,bangsa dan tahah air.

Kita sebenarnya telah tersesat
Pabila lebih mementingkan ego diri
       daripada kepentingan akidah,persaudaraan dan wataniah.

Kita sebenarnya telah tersesat jauh
Pabila bermain politik bukan kerana Allah
       tetapi sebenarnya mempermainkan-mainkan Allah!

Ingatlah bahawa
 umat yang disegani
sebenarnya bermula dengan kekuatan
iaitu kekuatan tauhid/akidah,perpaduan,pengetahuan
bukannya kekuatan ekonomi semata.

Ingatlah bahawa
 adalah tidak salah sebenarnya
pabila kita berbeza pendapat
berselisih faham,bertegang leher
tetapi jangan sampai berpecah,bergaduh dan berkerat rotan

Ingatlah bahawa
politik bukanlah segala-galanya
politik cuma alat menbentuk kuasa
politik adalah sebuah amanah
politik cuma sekadar sebuah orkestra
bagus pengemudinya,berjayalah persembahan.....

Ingat bahawa
Allah adalah segala-galanya
daripadaNya kita datang
kepadaNya kita kembali.

Justeru itu,
sampai bila kita harus terus tersesat...
Sekali lagi ditegaskan bahawa
Kita tersesat kerana kepentingan duniawi,
kepentingan politik,memuja demokrasi
lebih dari agama Allah.

Kita telah tersesat jauh sekali
pabila gilakan kekuasaan
tamakkan kedudukan
rakus mengejar pangkat
tanpa mempedulikan akidah
malah menggadai agama Allah.

Jadi jangan terpengaruh dengan retorik politik ukhrawi.....
Jika masih berterusan tersesat begini
Maka tersesatlah kita sampai ke hujung usia
 dek menjulang sistem demokrasi
dek mengamalkan pelbagai fahaman sesat...
(kapitalis,sosialis,nasionalis komunis,atheis,pluralisme dan pelbagai lagi....)

Maka tersesatlah kita pabila mencari tuhan lain selain Allah.
Maka tersesatlah kita pabila mencari ajaran agama lain selain Islam.

Maka terus tersesatlah kita bila menganut fahaman "CINTA DUNIA,TAKUT MATI"
Maka tersesatlah kita bila segalanya berpaksikan hukum politik bukan hukum Allah
Maka terus tersesatlah kita pabila membelakangkan petunjuk Allah dan Sunnah Nabi

RENUNGILAH
adakah kita telah tersesat dari jalan yang lurus?
...mudah-mudahan kita tidak terus tersesat
...semoga kita terus berada dilandasan yang diredhai...




Thursday, August 11, 2011

IKHLAS.....

1.Seseorang perlu melakukan ibadat dengan ikhlas tidak mengharapkan balasan dari Allah.

2.Ini kerana kita bukan pekerja Allah tetapi hambaNya.

3.Pekerja meminta upah bagi setiap yang dilakukan,tetapi hamba melakukan segala suruhan atas dasar ketaatan dan ketaqwaan,iaitu sifat orang beriman.

4.Orang betul-betul beriman dan penuh ikhlas beribadat akan menjauhi sama sekali daripada menunjuk-nunjuk kepada orang lain yang ianya kuat beribadat pada sepanjang masa.

5.Sikap menunjuk-nunjuk dan berlumba-lumba mempamerkan kelebihan amal-ibadat adalah sifat riak yang Allah benci.

6.Lakukanlah ibadat sekadar terdaya dengan penuh keimanan dan keikhlasan.Itu yang penting.Pedulikan yang lain.

7.Janganlah menghitung pahala kerana itu adalah sifat pekerja,bukannya sifat hamba Allah.

8.Allah menilai segala ibadat kita bukan sekadar apa yang kita zahirkan,tetapi lebih kepada apa yang ada di hati.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

9.Umpamanya bersedekahlah walau sebiji kurma/walau seringgit/walau sedikit tapi cukup ikhlas.Begitu jugalah dengan ibadat-ibadat lain,soal niat ikhlas amat penting.Tanpanya sia-sia ibadat.

10.Perkara paling utama ketika beribadat adalah tingkatkan rohaniah kita.Ujian sebenar ialah bagaimana kita dapat mengawal nafsu,emosi dan melawan sifat-sifat mazmumah ketika beribadat/berjihad/berjuang dalam sebarang keadaan.

11.Apalah sangat perjuangan kita hari ini,berbanding dengan perjuangan Rasullullah dan para sahabat baginda yang ada ketikanya terpaksa berperang dalam bulan puasa,berjalan beratus-ratus kilometer dalam keadaan serba kekurangan sambil berpuasa,dimana memang mencabar keupayaan fizikal.

12.Kita berpuasa misalnya hari ini cuma sekadar melawan nafsu makan/minum dan syahwat saja,tapi malangnya bila ditempat kerja yang berhawa dingin pun melepek,mengadu lesu,letih,tertidur masa kerja,bermalas-malas dimana ini mengurangkan produktiviti.Beramanahkah kita? Bukankah kita sudah melanggar amanah dengan majikan?

13.ORANG BERIMAN PASTINYA BERAMANAH SEPANJANG MASA.

14.Soal keimanan dan keikhlasan perlu dijaga selalu.Bertanyalah pada diri sendiri IKHLASKAH KITA?

APA LAGI DITUNGGU?

Tunggu sehingga azan diharamkan?
Tunggu sehingga wanita tak boleh bertudung?
Tunggu sehingga tak dibenarkan bersolat?
Tunggu sehingga kuasa politik/ekonomi dipegang kafir sepenuhnya?
Tunggu agama Islam bukan lagi jadi agama rasmi?
Tunggu sehingga semua syiar Islam dihapuskan?
Tunggu sehingga semua umat Islam murtad?
Tunggu sehingga semua masjid jadi gereja?
Tunggu sehingga Melayu hilang segalanya?

Tunggu apa lagi?

Tunggu sehingga kiamat?
Tunggu sehingga masuk kubur?
Tunggu sehingga nyanyuk?
Tunggu sehingga ego pupus?
Tunggu sehingga hilang di peta dunia?
Tunggu sehingga kaduk terus naik junjung?
Tunggu sehingga bila-bila?
Tunggu sehingga kucing bertanduk?

Tunggu apa lagi wahai umat Melayu,wahai umat Islam?
Bertindaklah segera!
Sekarang jua......Lunaskan tanggungjawab menentang musuh Allah
Berjihad
FISABILLILLAH

Wednesday, August 10, 2011

AKU ANAK JANTAN

kerana aku anak jantan
tak gentar dicabar
ranjau diterjah
duri ku redah

semangat tak pernah patah
semua halangan aku tak kesah
asalkan kebenaran terjelma

aku tetap bertahan
hati cekal
membujur lalu,melintang patah
alang-alang mandi biar basah
alang-alang berdakwat biar hitam

benarlah aku anak jantan
tak takut dicerca
tak perlu mendabik dada
demi memartabatkan kebenaran
dengan berslogan
'Tidak Cinta Dunia,Tidak Takut Mati'

Tuesday, August 9, 2011

JAGA TUTUR KATA....

1.Dalam kehidupan kita seharian beribu-ribu perkataan yang digunakan melalui tuturkata,ucapan,facebook,telefon,radio TV dsg bagi menyampai macam-macam mesej,maklumat ,berita dengan tujuan tertentu.

2,Sama ada kita sedar atau tidak,kadangkala tutur kata yang tidak dijaga boleh mendatangkan sesuatu yang tidak baik.Jadi berhati-hatilah kerana lidah tidak bertulang dan mulut tiada insuran.

3.Yang bisa kata-kata,yang nikmat pun kata-kata.

4.Kerana lidah badan binasa

5.Cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar.

6.Siakap senohong gelama ikan duri,cakap bohong lama-lama mencuri.

7.Berkata benarlah walau pun pahit.

8.Berkatalah perkara yang baik atau diam saja.

9.Lebih baik tidak berkata-kata (diam) daripada berkata-kata tanpa tujuan.

10.Seseorang dinilai dari tindakannya,bukan daripada kata-katanya.

11.Tindakan lebih nyaring dari kata-kata ('action speak louder than speak').

12.Seseorang tidak bertambah baik melalui hujahnya tetapi melalui contoh teladan(tindakan) sebab teladan lebih meyakinkan dari kata-kata.

13.Kita kurang yakin pada perkara yang didengar berbanding perkara yang kita lihat.

14.Saya dengar,saya lupa. Saya lihat, saya ingat.Saya buat, saya faham.

15.Setiap kali anda membuka mulut,keupayaan anda sebagai pemimpin di nilai....

16.Lebih baik peluru-peluru tajam daripada kata-kata tajam.

17.Mengawal lidah dikatakan perkara paling sukar.

18.Berbicara terlalu banyak biasanya di ikuti dengan berfikir yang terlalu sedikit.

19..Mulia cakap kerana beradap.Bermakna bual kerana berakal.Beisi bicara kerana berkira.Elok berbisik kerana selidik.Terpuji isyarat kerana cermat.

20.Berkatalah sesuatu dengan jujur sesuai dengan apa yang ada di dalam hati.

21.Akhir sekali,dalam apa jua yang kita lakukan berkaitan dengan lidah yang melahirkan kata-kata,kita haruslah berhati-hati.Ini kerana setiap apa yang diperkatakan akan diperhitungkan di akhirat nanti .


  

LARANGAN PENGGUNAAN PERKATAAN......

 ENAKMEN UGAMA BUKAN ISLAM (KAWALAN PERKEMBANGAN DI KALANGAN ORANG ISLAM) 1988 NEGERI SELANGOR.

1.Perkataan yang tidak boleh digunakan oleh agama bukan Islam:

-Allah
-Firman Allah
-Ulama
-Hadith
-Ibadah
-Kaabah
-Kadi
-Illahi
-Wahyu
-Mubaligh
-Syariat
-Kiblat
-Haji
-Mufti
-Rasul
-Iman
-Dakwah
-Injil
-Salat/Solat
-Khalifah
-Wali
-Fatwa
-Imam
-Nabi
-Sheikh

2.Perbahasan yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam berkaitan dengan agama bukan Islam:

-Subahanallah
-Alhamdulillah
-Lailahaillallah
-Walillahilhamd
-Allahu Akbar
-Insya-Allah
-Astaghfirullahal'Azim
-Tabaraka Allah
-Masyaallah
-Lahaula Walaquata Illabillahilaliyil Azim


(Larangan perkataan dan perbahasan tersebut telah diluluskan dan diwartakan di bawah enakmen itu pada 4 April 1988)
-

SIKAP TERHADAP GOLONGAN ANTI ISLAM

1.Akhir-akhir ini semakin  ketara golongan Anti Islam menyerang,menghina,mempersenda kesucian Islam,malah serius memurtadkan umat Islam di negara ini..

2.Berikut adalah beberapa sikap yang patut kita ambil bagi menghadapi perang dingin Anti Islam ini:

Pertama

Bila kita di caci,di hina atau di beri layanan yang tidak berperikemanusiaan di terima  dari golongan anti Islam maka hadapinya bukan dengan mencaci balik mereka itu,tapi dengan menunjukkan sikap yang baik.Secara tidak langsung ini merupakan satu dakwah terhadap mereka yang membenci Islam tersebut.Akhlak baik yang ditunjukkan oleh kita semua akan memudahkan lagi untuk menyebarkan agama Islam ini.
Dengan ini maka semua umat Islam dituntut agar lebih memperbaiki akhlak masing-masing sehingga golongan anti Islam tersebut akan tahu tentang ketinggian,kesucian dan keagungan Islam melebihi agama-agama lain.Ini akan memberi tamparan hebat kepada mereka kerana provokasi bagi merendahkan maruah/martabat Islam mereka gagal.Besar kemungkinan bagi mereka yang berfikir akan segera memeluk Islam secara beramai-ramai..

Kedua

Umat Islam perlu sentiasa bermuhasabah diri  dan menyedari sejauh manakah kita pernah menjelaskan tentang Islam kepada orang-orang yang anti Islam,menghina Islam ini?
Perkara ini penting diperhalusi kerana boleh jadi mereka menghina Islam/anti Islam disebabkan mereka belum tahu tentang hakikat Islam.Jika kita tidak lagi memperjelaskan berkenaan Islam kepada golongan kafir/anti Islam ini,maka kita harus segera memberikan penjelasan tentang Islam dengan pelbagai pendekatan.Semua orang Islam mesti berperanan sebagai pendakwah yakni ajak semua makhluk masuk syurga.
Kalau dulu Rasullullah SAW suka mengutus surat-surat yang ditujukan kepada raja-raja sesebuah negeri,maka sekarang dengan pelbagai aneka saluran media yang ada oleh digunakan untuk berdakwah tentang Islam umpamanya melalui buku,penulisan,internet,terjemahan karya-karya agung,ceramah,dialog melalui karya-karya/pendekatan seni/budaya yang lebih diterima oleh mereka dan  sebagainya.

Ketiga

Kita perlu mendoakan agar golongan anti Islam ini untuk mendapat hidayah.Berdakwah saja tidak cukup.Hidayah adalah urusan Allah SWT,MAKA SIKAP TERBAIK KITA ADALAH MEMOHON DOA KEPADA ALLAH agar mereka yang anti Islam diberi hidayah oleh Allah.
Dalam hal ini,Rasullullah telah pernah berdoa yang bermaksud "Bahkan aku berharap mudah-mudahan Allah mengeluarkan dari tulang rusuk mereka (keturunan) yang menyembah ALLAH yang Esa dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu pun." (Hadis riwayat Bukhari Muslim)

Sunday, August 7, 2011

AMALAN PEMAKANAN SIHAT SEMASA RAMADHAN

Berikut adalah tujuh amalan pemakanan yang lebih sihat semasa bulan Ramadhan:

1.Ketahui keperluan kalori anda dalam sehari,iaitu 2,000 kalori bagi lelaki dan 1,800 kalori bagi wanita.Anda boleh agihkan pengambilan makanan kepada 300 kalori  bagi juadah berbuka puasa,700 kalori bagi hidangan utama,300 kalori bagi moreh dan 500 kalori bagi bersahur.

2.Berbuka dengan 3 biji kurma,2 jenis kuih dan segelas air manis atau jus buah-buahan (tanpa gula tambahan) adalah memadai sebagai pengalas perut.Hidangan ini membekalkan 300 kalori.Jika anda memilih kuih-muih yang bergoreng atau bersantan,hadkan pengambilan kepada selang sehari.

3.Tunaikan solat Maghrib terlebih dahulu sebelum menjamah hidangan utama.Dari aspek kesihatan,ini akan memudahkan penghazaman semasa hidangan utama.

4.Sasarkan pengambilan 700 kalori bagi hidangan utama.Contoh hidangan utama yang lebih sihat seperti berikut:
           I.    Nasi putih                4 senduk                                  300 kalori
           II    Lauk ikan                1 ekor sederhana/1 keping       120 kalori
           III.  Tempe                    1 keping sederhana                   40 kalori
           IV.  Sayur berdaun         1 cawan                                   40 kalori
           V.   Buah-buahan           1 potong betik + 1 biji pisang    120 kalori
           VI.  Air manis                 1 gelas                                      100 kalori

5.Hadkan meminum air buah-buahan,kordial berperisa yang manis dan minuman panas 3 dalam 1 kepada satu gelas/cawan sahaja semasa hidangan utama.Utamakan air kosong.

6.Bagi hidangan moreh,hadkan kepada 300 kalori,contoh hidangan adalah bubur kacang: 200 kalori,sepotong tembikai 60 kalori dan teh O kurang manis ( 1 sudu teh gula) 20 kalori.

7.Sasarkan 500 kalori bagi hidangan bersahur.Contoh hidangan yang lebih sihat adalah 1 mangkuk sederhana oat,susu dan buah-buahan kering 400 kalori dan 1 cawan air manis 100 kalori.


Berikut adalah tujuh amalan yang lebih sihat semasa membeli juadah di Bazaar Ramadhan:

1.Jika boleh,sediakan senarai juadah yang hendak dibeli sebelum ke Bazaar Ramadhan dengan mengambil kira keperluan kalori harian.Seboleh-bolehnya beli makanan seperti yang disenaraikan saja.Ini boleh mengelakan pembelian yang tidak terancang/ MEMBAZIR.

2.Beli sekurang-kurangnya dua jenis buah-buahan segar untuk berbuka setiap hari.Selain sumbangan vitamin dan mineral,buah-buahan membekalkan serat yang penting untuk mengelak kejadian sembelit di bulan puasa.

3.Minta kurangkan sos cili,sos tomato dan mayonis yang ditambah pada burger,hotdog,roti john atau kebab yang dipesan.

4.Minta kurangkan air gula yang ditambah ke dalam minuman jus buah-buahan atau kordial berperisa yang dibeli.

5.Hadkan pembelian kuih-muih kepada dua jenis saja setiap hari.Jika pilihan anda adalah kuih yang bergoreng atau bersantan,hadkan pembelian kepada selang sehari.

6.Pastikan juadah utama anda mempunyai sayur-sayuran segar dan beli sekurang-kurangnya dua lauk sayur setiap hari.

7.Jadikan ikan sebagai pilihan utama lauk anda,berbanding ayam atau daging sebagai sumber protein.Pilih lauk-pauk yang dimasak dengan cara yang lebih sihat seperti panggang,rebus atau kukus.


Untuk maklumat lanjut,sila layari laman sesawang http://www.nutriweb.org.my


(ARTIKEL DIPETIK DARI TIPS RAMADHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

Saturday, August 6, 2011

BERSIH JIWA.....

Jiwa dapat dibersihkan dengan langkah-langkah berikut:

Langkah Pertama:Tuabat Nasuha

Ia itu mengosongkan diri dari seluruh dosa dan menyesal ke atas dosa-dosa dan berazam untuk tidak mengulanginya pada masa depan sepanjang umur hidup.

Langkah Kedua:Muraqabah

Ia itu sentiasa merasakan diri diawasi Allah pada setiap saat,berasa yakin bahawa Allah sahaja yang berhak ditaati,sentiasa mengingati Allah dan gemar beribadat.

Langkah Ketiga:Muhasabah

Iaitu menghitung dan mengimbas kembali perlakuan seharian sama ada ke arah ketaqwaan atau tidak.Tanyalah diri sendiri soalan berikut:

1.Apakah hari ini lebih baik dari semalam dan bagaimana pula dengan esok?

2.Apakah kewajipan diriku sebagai hamba Allah,sebagai khalifah Allah dan sebagai pendakwah tertunai?

Langkah Keempat:Mujahadah

Iaitu berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu yang sentiasa memujuk rayu diri kita melakukan perkara keji dan mungkar.

Hawa nafsu adalah cabaran kepada kekuatan iman dan pemikiran kita dalam menentukan sesuatu keputusan/tindakan.Andai jalan yang baik dipilih,maka bersihlahlah jiwa kita.
Ingatlah bahawa hawa nafsu kita tidak boleh dikawal oleh orang lain.Kawalan di dalam diri sendirilah yang penting.

Dua senjata untuk mengalahkan hawa nafsu dan syaitan ialah IMAN  dan TAQWA.


(INGATLAH BAHAWA KEBAHAGIAAN SEBENAR HANYA BOLEH DICAPAI APABILA JIWA RAGA SUCI DAN BERSIH......)

Friday, August 5, 2011

JANGAN KELUH-KESAH....

1.Keluh-kesah sebenarnya adalah termasuk penyakit hati,iaitu bentuk ketidaksabaran kita dalam menerima ketentuan Allah.

2.Keluh-kesah sebenarnya tidak sedikit pun menyelesaikan masalah ,malah cuma menunjukkan kita tidak sabar.

3.Seterusnya,keluh-kesah menjadikan kita lebih emosional,penuh sentimen dimana boleh merugikan semua pihak.

4.Keluh-kesah membuatkan kita tercabar dalam sesuatu masalah...seakan perancangan dan keinginan kita lebih baik dari apa yang ditakdirkan Allah.

5.Keluh-kesah bukan perkara remeh-temeh,ianya bukan perkara kecil,tapi cerminan bahawa kita tidak sabar.

6.Keluh-kesah adalah kualifikasi pengawalan diri kita.Dimana kualiti seseorang itu tidak diukur dengan sesuatu yang besar-besar,tetapi yang kecil-kecil umpamanya sikap keluh-kesah dan tidak sabar dalam menempuh ujian hidup dsg.

7.Keluh-kesah mesti dihapuskan/dikurangkan kerana ada banyak nikmatnya yang tersendiri dikecapi.

8.Bila hilang kesuh-kesah,maka kita akan jadi lebih bersopan-santun,lebih tenang dimana batin lebih ringan emosionalnya.Dengan keadaan sedemikian kita akan mampu menakluki sesuatu situasi yang keras dan kasar.

9.Bagi menghilangkan keluh -kesah,kita hendaklah memberikan respon/lisan iaitu bercakap yang positif di atas setiap peristiwa/masalah yang dialami.Ini kerana setiap tindakbalas akan mempengaruhi persepsi kita terhadap masalah yang sedang melanda dan cara kita menyelesaikannya.Lebih dari itu,ia akan memberi kesan pula kepada orang lain yang ada disekeliling kita.

10. Keluh-kesah semestinya dihindari seratus peratus. Kita sebenarnya tidak perlu keluh-kesah/mengaduh dsg terhadap semua anugerah/nikmat yang diterima dari Allah.Terimalah segala ketentuan Allah dengan penuh redha dan bersyukurlah banyak-banyak.Seterusnya marilah kita banyak berdoa dan menambah ilmu ke jalan yang diredhai Allah.

DOA KU

Ya Allah!
Aku tidak memohon Kau murahkan rezeki ku,
tapi Engkau berilah aku khudrat untuk mencarinya.

Ya Allah!
Aku tidak memohon jauhkan aku dari bencana,
tapi berilah aku kekuatan hati untuk menghadapinya.

Ya Allah!
Aku tidak memohon kebahagiaan dan kesejahteraan dari Mu,
tapi Kau ujilah aku dengan penderitaan
supaya dapat aku nikmati kebahagiaan sebenarnya.

Ya Allah!
Aku tidak memohon Engkau hindarkan aku dari segala macam nista dan fitnah,
tapi Engkau senjatailah aku dengan sabar dan tabah hati untuk menahannya.

Ya Allah!
Aku tidak memohon Engkau memberi kemenangan di pihak ku,
tapi  menangilah aku kerana keikhlasan dan kebenaran yang Kau redhai.

Ya Allah!
Kalau dalam menghadapi kekerasan,
kurniakanlah aku kelembutan hati untuk mematahkannya,
Kalau dalam menghadapi kelembutan,
kurniakan aku kekerasan untuk mencairkannya.

Ya Allah!
Aku tidak menolong kerana minta ditolong
Aku tidak memberi kerana minta diberi
Aku tidak menyayangi kerana minta disayangi
Aku tidak mencintai kerana minta dicintai
Aku hanya melakukan tugas ku dan menurut titah perintah Mu.

Ya Allah!
Jauhkan aku dari niat yang buruk,
Simpangkan aku dari hasad dan dengki,
Hindarkan perasaanku dari keinginan membalas dendam,
Pupuklah hatiku dengan kasih sayang
Dan mencintai sesama makhlukMu
Kurniakan aku kewarasan perasaan dan pertimbangan fikiran.

Ya Allah!
Jangan Kau golongkan aku di kalangan alim ulamak
tetapi izinkan aku menggolong diri di kalangan mereka yang mungkar,
supaya mereka dapat ku pandu menerusi sinar cahaya Mu.

Ya Allah!
Aku tidak memohon Engkau mematikan aku dalam keimanan,
tetapi matikanlah aku menurut kehendak Mu dan keredhaan Mu,
Sesungguhnya hanya Engkau saja yang mengetahui.
Inilah pinta dalam  doaku.

Amin ya rabbal 'alamin.

ILMU......

1.Sebenarnya semua ilmu itu adalah ilmu Allah.

2. Sebagai khalifah Allah di muka bumi ini menjadi tanggungjawab kita untuk menggunakan segala ilmu kurniaan Allah tersebut demi kebaikan manusia sejagat dan semua makhluk.

3.Agama Islam menuntut umatnya mencari ilmu dan mencintai ilmu serta menyarankan kita agar sentiasa berada dilingkungan orang-orang yang berilmu.

4.Sebenarnya,setiap perbuatan/tindakan yang kita lakukan adalah satu proses pembelajaran/mencari ilmu sejak dari dalam kandungan rahim ibu lagi.

5.Cara kita berjalan,makan,bercakap,duduk,memandu,berlari,tidur dsg merupakan sebahagian dari proses mencari ilmu/pembelajaran kita setiap hari.Pembelajaran berlangsung sepanjang hayat.

6.Ilmu tidak akan habis kerana setiap hari manusia mencari jalan untuk memperbaiki keadaan semasa mereka atau mengatasi masalah yang timbul dalam hidup ini.Contohnya dalam dunia perubatan,boleh dikatakan setiap hari ada saja ubat baru/kaedah rawatan ditemui bagi mengubat/merawat pelbagai jenis penyakit yang dialami manusia.Begitu jugalah dalam bidang-bidang lain.

7.Banyak lagi ilmu-ilmu Allah yang lain,sebagai contoh ilmu membuat bahan letupan adalah ilmu Allah dan jika digunakan ke jalan yang baik demi kemakmuran masyarakat seperti meletupkan bukit buat terowong lebuhraya/meletupkan lombing emas atau arang batu dsg maka ilmu membuat bahan letupan tersebut mendatang kebaikan

8.Sebaliknya jika ilmu membuat bahan letupan tersebut digunakan untuk membunuh makhluk lain seperti mengebom ikan,mengebom manusia yang tidak berdosa dsg maka itu telah tidak betul kerana ilmu telah disalahgunakan maka ini adalah satu perbuatan zalim kerana meletakkan benda/perbuatan ditempat yang tidak sepatutnya.

9.Bagaimakah caranya untuk kita menggunakan ilmu ke jalan yang terbaik?Jawapannya ialah hendaklah kita menanamkan NIAT untuk mencari keredhaan Allah.

10.Namun di arus pembangunan dunia yang begitu pesat,manusia sering dilalaikan dengan kemewahan harta benda/pangkat darjat dsg .Oleh itu,kadangkala kita lupa matlamat hidup yang sebenar,kita lupa tentang peri pentingnya ILMU AGAMA,dimana ilmu ini dapat membina sahsiah insan/akhlak dan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

(ILMU ITU IBARAT BATANG YANG MENEGAKKAN POKOK......)

Thursday, August 4, 2011

BERFIKIR......

1.Bagi menyelesaikan apa-apa masalah yang dihadapi dalam hidup ini kita perlu guna AKAL yang cuma dikurniakan Allah kepada manusia.....kita kena BERFIKIR....jangan ikut perasaan!

2.Berfikir ialah suatu aktiviti akliah dan rohaniah yang berlaku pada seseorang akibat dari adanya kecenderungan mengetahui dan mengalami.

3.Apabila idea pemikiran dari aktiviti berfikir itu disusun dengan teratur akan lahirlah makna,fakta dan kefahaman.

4.Sebenar akal manusia berfungsi untuk mengingat,berfikir dan menaakul.Daripadanya kegiatan berfikir berlaku bagi membezakan mana baik,mana buruk.

5.Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang terbaik,dimana diberi daya kognitif yang membolehkan kita berfikir.

6.Manusia juga diberi daya efektif yang membolehkan emosi,perasaan dan KERJA HATI berhubung dengan daya kognitif.

7.Daripada semua aktiviti daya kognitif dan efektif ini lahirlah pemikiran/minda.

8.Pemikiran/minda yang berkembang boleh memberi asas kepada lahirnya ilmu.

9.Jadi,pada diri manusia terdapat sumber ilmu.

10.Persekitaran yang ada pada diri kita juga terkandung sumber ilmu.

11.Semua makhluk seperti pokok-pokok yang beraneka warna,haiwan yang pelbagai jenis,hasil galian dari bumi yang berbagai rupa dll banyak terkandung ilmu.

12.Begitu juga pelbagai masalah hidup,peristiwa yang berlaku,perubahan yang terjadi,rahmat dan nikmat yang kita kecapi selama ini juga banyak terkandung ilmu.Cuma kita tidak berfikir bagi mensyukuri anugerah itu semua.

13.Yang jelas ialah bahawa Allah jadikan akal dsg itu adalah untuk manfaat manusia sebagai khalifah(ketua) di muka bumi ini.

14.Ingatlah bahawa nikmat anugerah akal sebenarnya mendorong manusia berfikir kerana dari aktiviti berfikir akan dapat manfaat ilmu.

15.Dengan ilmu menyebabkan manusia tahu dan menerima makna akan sesuatu.Akhirnya dengan ilmu manusia tahu nilai guna sesuatu dan hikmah daripada sesuatu masalah/kejadian yang berlaku.

16.Namun begitu,bila kita berfikir terlalu lama untuk melakukan sesuatu,maka ia selalunya berakhir dengan kita tidak melakukan apa-apa.

17.Begitulah juga jika berfikir secara positif maka akan positiflah tindakan yang kita akan ambil.Kalau berfikir secara negatif maka negatif lah jadinya.Tiada siapa pun merancang untuk tidak berfikir,tetapi ramai yang gagal untuk berfikir secara terancang.

18.Fahamilah bahawa kecenderungan seseorang untuk melakukan kejahatan atau kebaikan bukanlah TAKDIR tetapi pilihan yang ditentukan oleh AKAL manusia itu sendiri melalui aktiviti berfikir.Jadi bila buat jahat dapatlah balasan dosa ,begitulah sebaliknya.

19.Untuk maju,kita mesti sentiasa bergerak ke sempadan baru ilmu pengetahuan.Maka untuk itu kita perlu banyak MEMBACA,MENULIS dan BERBINCANG selalu...ini kerana ketiga-tiga aktiviti ini menggalakkan kita BERFIKIR bagi membentuk minda untuk kelas pertama dan bertaraf dunia.

20.Malangnya kebanyakan dari kita lebih berminat untuk  'berfikiran sempit' dan bermewah dalam cara/gaya hidup lahiriah.Sepatutnya kita perlu 'bermewah ilmu di minda' dengan rajin BERFIKIR melalui aktiviti membaca,menulis dan berbincang/bertukar fikiran perkara positif.

21.Dengan BERFIKIR secara positif,maka akan terbukalah MINDA/HATI bagi mengenali diri.Dengan mengenali diri sendiri kita akan mengenal siapa pencipta kita.....ALLAH.Dengan mengingati Allah hati kita akan tenteram.

HIDUP DAN MASALAH

1.Anda mungkin memikirkan hidup ini penuh dengan masalah.Andaian mungkin benar.

2.Namun jangan terperanjat,sebenarnya mempunyai masalah bukannya suatu masalah.Jadi jangan gusar.

3.Bila bermasalah,sebenarnya tidak ada apa yang tidak kena dengan diri anda.Dan sememangnya tidak ada salahnya mempunyai masalah.

4.Jika dikaji,masalah hidup ini hanya sekadar perbezaan antara di mana anda berada dan di mana pula anda ingin berada.Itu saja!

5.Biasanya masalah timbul bila anda tidak dapat apa yang anda mahu atau mungkin berada di tempat yang tidak sepatutnya anda berada.Ketika itu anda rasa tidak selesa.Itulah masalah bukan!

6.Namun apa salahnya jika anda cuba menyesuaikan diri dengan situasi tidak selesa tersebut....selesailah satu masalah bukan!

7.Bagaimana pun masalah lain pula sedang menanti.Maksudnya masalah tidak pernah berakhir....sentiasa ada!

8.Masalah baru akan mengisi ruang di antara titik permulaan dengan destinasi atau matlamat akhir anda.

9.Jadi jangan sesekali terkejut! Anda akan terus dilanda masalah kerana sekali pun anda selesaikannya,satu lagi masalah akan mengisi ruang yang kosong itu.Tetapi bukannya mengenai baik atau buruk sesuatu masalah.Ia hanya berlaku begitu saja.

10.Cuba tanya diri anda,siapa yang tiada masalah? Jawabnya mudah.....TIDAK ADA!

11.Semua orang ada masalah tersendiri.Cuma masalahnya berbeza.Tua cara tua.Muda cara muda.

12.Pernah kah anda bertanya,bagaimana pula jika tiada masalah? Sebenarnya cuma orang yang sudah MATI saja tidak ada masalah hidup(masalah azab kubur kerana dosa banyak tu cerita lain la!)

13.Oleh itu kita yang masih hidup pula perlu bersyukur kerana dengan adanya masalah,kita akan mencari jalan,berfikir,berinovasi untuk berubah ke arah kehidupan yang lebih baik,sempurna dan bermakna.

14.Memang kadang kala dunia kelihatan gila kerana dipenuhi dengan bermacam-macam masalah.Namun begitu jika tanpa masalah,kehidupan ini mungkin tidak menyeronokkan!

15.Jika anda mengalami masalah dalam hidup ini....jangan hilang FOKUS.Cari semua fakta kepada masalah itu,gunakan segala panduan yang ada termasuk panduan agama sebagai pemudah cara dan akhirnya jangan sesekali kusutkan keadaan yang bermasalah tersebut.BERSABAR,BERDOA,BERUSAHA,ISTIQAMAH DAN BERTAWAKAL kerana semua masalah adalah ujian Tuhan untuk menguji tahap keimanan/ketaqwaan hambaNYA.

PANDUAN UNTUK BERHIBUR

1.Berhibur adalah tidak salah disisi ajaran Islam

2.Namun begitu,ianya haruslah mengikut panduan yang disyariatkan bagi mempastikan agar unsur-unsur yang haram/dimurkai Allah tidak terjadi semasa aktiviti hiburan tersebut.

3.Untuk itu kita sebagai umat Islam,mesti saling ingat-mengingati dan bertanggung jawab akan hal ini supaya aktiviti berhibur tersebut sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah yang dibenarkan oleh Islam dan terhindar dari segala larangan Allah.

4.Berikut adalah sedikit panduan untuk kita semua fahami agar aktiviti hiburan yang dilaksanakan itu tidak menyalahi hukum syarak:

Pertama

Pastikan niat berhibur anda diperbetulkan cuma kerana Allah

Kedua

Pastikan muzik,lagu,senikata dan skrip tidak mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah yang bertentangan dengan akidah seperti menghina Islam, memburuk-burukan Rasullullah SAW,memperlekeh para sahabat Nabi,meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub pada wanita.

Ketiga

Pastikan persembahan yang dijalankan tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain
terabai seperti menunaikan ibadah,hak mencari dan memberi nafkah,menuntut ilmu dan sebagainya.

Keempat

Pastikan muzik atau nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai unsur maksiat dan melalaikan seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta melampau,luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia hingga mendorong pendengar melakukan maksiat.

Kelima

Pastikan agar aktiviti hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan insrumen bukan bunyian melampau seperti yang dilakukan oleh penyanyi rock sehingga penonton melompat-lompat,menjerit dan bersorak mengikut rentak sehingga menjatuhkan akhlak dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.

Keenam

Pastikan semua pihak/hadirin menutup aurat,tidak melakukan gerak badan yang memberahikan atau menyanyi dengan suara yang lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan hadirin.Sekali pun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik,dalam keadaan ini ia tetap haram.

Ketujuh

Pastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara satu sama lain,tiada majlis tari menari,tiada acara minum arak,pertaruhan judi,tiada drama atau lakonan liar.

Kelapan

Pastikan penyanyinya adalah lelaki jika penontonnya juga lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu daripada kalangan wanita.Ini bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda.


(BERPADALAH BILA BERHIBUR............)

Wednesday, August 3, 2011

KONSEP AMAL SOLEH

1.Banyak orang beramal tapi sebenarnya tidak soleh.

2.Amalan bermula dengan menunaikan ibadat khusus untuk diri iaitu fardhu 'ain, yang tokok tambah dengan ibadat sunat.

3.Segalanya dilakukan atas KONSEP KERANA ALLAH TA'ALA,bukan nya kerana hendakkan pahala atau syurga.

4.Konsep kerana Allah Ta'ala ini juga berbeza kefahamannya.Ada yang beribadat dengan niat untuk Allah,sedangkan Allah Maha Sempurna dan tidak memerlukan apa-apa pun daripada sekalian hamba-hambanya.Ini tidak betul.

5.Sesetengahnya pula beribadat dalam konsep kerana Allah,tetapi dengan kefahaman bahawa dia melakukannya kerana mematuhi perintah Allah atau ketaqwaan.Ini tidak salah,tapi kurang martabatnya.

6.Sebaliknya,sebilangan lagi,beribadat dengan penyerahan diri  yang bulat kepada Allah.Bagi mereka ini,dengan izin dan kurniaan Allah sahajalah mereka dapat menunaikan solat,puasa dll ibadat.Dengan rahmat Allah sahajalah mereka dapat hidup,dan dengan kehendak Allah jualah mereka akan mati.

7.Ertinya mereka ini menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dalam setiap perlakuan mereka,dan pada setiap detik usia mereka.Ingatan mereka jarang lekang daripada Allah.

8.Bai mereka segalanya adalah dari Allah.Segal di sekeliling mereka adalah ciptaan dan ketentuan Allah,sama ada buruk atau baik.Maka yang cantik dan baik tidak dipuja atau dipuji kerana yang berhak menerima segala pujian ialah Allah.

9.Yang cacat dan buruk juga tidak dihina kerana itu jua dari Yang Maha Mencipta iaitu Allah.Senang atau susah juga dari Allah.Mereka bersyukur ketika senang dan redha bila susah.Inilah golongan istimewa.Mereka tidak takut kepada apa pun,kecuali Allah.

10.Berdirinya mereka ketika menunaikan solat dll ibadat bukan lagi atas konsep menunaikan perintah Allah,tetapi digerakkan oleh Allah Yang Maha Menguasai segala sesuatu.

11.Sebagai hamba yang taat,mereka membuang dari diri mereka sifat ego yang bertaut rapat dengan nafsu.
    Hati dan perasaan yang kosong lalu diserahkan kepadaAllah untuk diisi dengan iman.Itulah penyerahan diri atau tawakal yang sebenarnya.Lalu bergetarlah hati mereka kerana terasa kehampiran dan kebesaran Allah.

12.Setelah menunaikan segala ibadat fardhu dan sunat untuk diri,dikerjakan pula segala kebaikan untuk orang lain,memikul tanggung jawab dan amanah Allah bagi menzahirkan sifat pemurah dan penyayang,nafkahkan rezeki untuk orang lain,amal jariah,sebarkan ilmu,melaksanakan fardhu kifayah,berusaha berdakwah mengembangkan agama Allah dan berusaha mencari keberkatan,keampunan dan keredhaan Allah.ITULAH DIA KONSEP AMAL SOLEH yang sebenarnya.

PANDUAN TENTANG FIQH PERUBATAN DI BULAN RAMADHAN

Sekadar berkongsi sedikit panduan untuk doktor,jururawat,pembantu perubatan,staf perubatan dan orang ramai berkaitan fiqah perubatan di bulan puasa.

Menurut Al-Quran dan Hadis sahih ,tiga perkara yang boleh membatalkan puasa:MAKAN,MINUM dan BERSETUBUH DI SIANG HARI di bulan Ramadhan.Oleh itu,apa saja bahan yang boleh ditafsirkan sebagai bahan makanan/minuman dan sempamanya yang melalui rongga ,tak kira berapa jumlahnya boleh membatalkan puasa.

Berikut ini disenaraikan perkara-perkara berlaku di klinik/hospital YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA:

1.Ubat titis mata,titis telinga,basuh telinga,titis hidung,semburan hidung dan ubat sedut.

2.Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit jantung(angina)

3.Memasukan ubat melalui faraj,memasukan alat perubatan,membasuh,spekulum dan jari doktor/bidan semasa pemeriksaan vagina sebelum bersalin.Prosedur VE tidak batal puasa.

4.Memasukan teropong (urethroscope) ke salur kencing lelaki/perempuan untuk penyediaan X-ray

5.Menampal,mencabut,mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi,dengan syarat TIADA APA-APA bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.

6.Suntikan melalui kulit,otot,sendi atau pembuluh darah ,KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah (intravenous feeding).

7.Menderma darah atau menerima pemindahan darah (blood tranfusion).

8.Oksigen dan gas-gas bius (anaesthetic gases)

9.Semua jenis bahan yang boleh menyerap ke dalam badan melalui kulit seperti krim,jelly dan paster berubat.

10.Mengambil sampel darah untuk ujian makmal.

11.Sesalur (catheter) dan bahan perantara untuk arteriografi (pemeriksaan X-ray khas jantung/ organ lain.

12.Teropong (endoscope) dalam rongga perut untuk mencari punca penyakit.

13.Membasuh mulut,berkumur atau semburan mulut,dengan syarat tiada bahan masuk ke dalam perut.

14.Teropong (hysteroscopy) ke dalam salur peranakan atau memasukkan alat kedalamnya spt intauterine device (IUCD)

15.Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain.

16.Suntikan ke dalam dubur,teropong (anosscopes)/pemeriksaan digital ke dalam dubur.

17.Pembedahan yang melibatakan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan untuk berpuasa.

18.Mesin atau dialisis buah penggang melalui perut (intraperitoneal renal dialysis)

19.Penggunaan teropong perut (gastroscope),dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya ke dalam perut.


(ARTIKEL DIPETIK DARI SEMINAR FEKAH PERUBATAN KE 9 YANG DIADAKAN DI CASABLANCA,MOROCCO,14-17 JUN 1997)

Monday, August 1, 2011

BETULKAN NIAT PUASA SEBENAR ANDA "KERANA ALLAH TA'ALA"

1.Puasa bukan sekadar menahan dan mengharungi lapar dan dahaga sepanjang hari.

2.Berpuasa adalah waktu bermuhasabah diri.

3.Puasa adalah peluang untuk meningkatkan ketaqwaan.

4.Berpuasa adalah penilaian rohani tahunan untuk 'memperbaharui' usaha menjadi insan yang lebih sempurna.

5.Puasa menuntut ketabahan dan pengorbanan.

6.Berpuasa menjadikan kita insaf dan merasai  betapa tingginya nilai setitis air dan sesuap nasi.

7.Berpuasa melatih kita agar hidup sederhana.

8.Untuk mendapat ganjaran yang sebenar dari Allah maka betulkanlah niat puasa anda hanya semata-mata kerana Allah.

9.Berilah keutamaan untuk meletakkan sasaran bagi meningkatkan tahap ketaqwaan terhadap Allah

10.Jadi perlu diperhalusi apakah langkah-langkah untuk menambah iman dan taqwa bukan untuk tujuan-tujuan lain spt meningkatkan kesihatan,menurunkan berat badan,ego dsg.

11.KETAQWAAN PERLU DITINGKATKAN SEPANJANG MASA BUKAN PADA BULAN RAMADHAN SAJA.

12.Kita perlu betulkan niat berpuasa dan mengimani dengan sebenar-benarnya tujuan Allah mewajibkan umat Islam berpuasa.

13.Ingat puasa adalah rukun Islam ketiga,jadi rukun tersebut perlu ditegakkan dengan niat sebenar-benarnya kerana Allah saja,jika tidak rapuhlah pegangan agama kita.

14.Kita perlu lihat ibadah puasa dari sudut kerohanian jauh lebih mendalam berbanding sudut-sudut lain.Yakni jangan pandang puasa dari sudut fizikal saja,dimana menyebabkan puasa jadi alasan kita malas bekerja/ kurang produktiviti dalam hidup seharian.

15.Perlu sangat dihayati maksud sebenar disebalik niat puasa yang disematkan ke dalam hati sepanjang kita berpuasa.Bukan sekadar lafaz biasa tapi perlu jadikan ia sebagai fokus utama iaitu tingkatkan taqwa diri kepada Allah