Friday, September 30, 2011

SIAPA ULAMA SEBENAR?

1.Ulama pada hakikatnya ialah orang yang memperlihatkan kepada manusia lain tanda-tanda kekuasaan Allah yang tercermin dalam ciptaanNYA.

2.Ulama yang sebenar mengajak umatnya untuk merenungi kerajaan Allah dan menunjukkan jalan yang lebih baik dan lebih sempurna.

3.Ulama sebenar adalah penghias hidup dan pembimbing manusia ke arah kebahagiaan dunia & akhirat.

4.Ulama sebenar yang berakhlak Islam dapat mengawal diri daripada nafsu kemewahan dunia.

5.Ulama sebenar mempunyai waktu lapang dan fikiran jernih untuk mengkaji ilmu pengetahuan dan mengajarkannya kepada orang lain.

6.Ulama sebenar mempunyai peribadi yang jujur,ikhlas,sabar,cintakan kebaikan & dimuliakan.

7.Ulama sebenar tidak menyembunyikan imunya sedikit pun.

8.Ulama sebenar tidak akan berbicara mengenai sesuatu hal yang tidak diketahuinya.

9.Ulama sebenar sentiasa menjauhi akhlak keji dan tercela.

10 Ulama sebenar TIDAK JAHAT.Ulama jahat membahayakan umat!!!

11.Ulama sebenar diangkat darjatnya oleh Islam sama seperti ia mengangkat darjat ilmu.

12.Ulama sebenar dijadikan oleh Islam "sebagai kepercayaan Allah atas makhlukNya".

13.Ulama sebenar kedudukannya tidak sama dengan kedudukan orang awam disisi Allaadalahh.Iaitu kedudukan ulama sebenar (orang berilmu) adalah satu tingkat dibawah kedudukan para Nabi.ULAMA SEBENAR ADALAH PEWARIS PARA NABI.

14.Ulama sebenar tidak akan mengemis pada sesiapa saja baik raja,pemimpin negara,penguasa apa lagi kepada musuh-musuh Islam.

15.Bercampur gaul dengan ulama sebenar dihitung sebagai ibadah.

16.Menghormati ilmu dan ulama sebenar secara tidak langsung menghormati ALLAH.


Kesimpulan:

Berdasarkan ciri-ciri ulama sebenar yang dipaparkan diatas,maka mana mungkin dipanggil ULAMA SEBENAR PEWARIS PARA NABI pada seseorang yang menolak perpaduan sesama bangsa/seagama,lebih mementingkan kepentingan politik dari perjuangan Islam,sanggup berkawan dengan syaitan,mengeluarkan fatwa demi kepentingan politik/duniawi,menghalalkan yang haram,menuduh Allah mencarut dan pelbagai lagi.....fikirkanlah....

No comments:

Post a Comment