1.Sabar ialah satu kekuatan yang positif yang mendorong jiwa untuk menunaikan kewajipan dan menghalangi untuk melakukan kejahatan.
2.Dalam erti kata yang lain,sabar adalah keupayaan/kekuatan menahan diri/menundukkan nafsu secara berterusan sehingga terhindarnya dari apa yang dibenci oleh syarak dan akal.
3.Sabar dapat dikaitkan dengan ujian Allah terhadap seseorang dari segi rohaniah dan zahir seperti m endapat penyakit,cacat anggota,kematian,resah,dukacita,gelisah,rasa tidak tenteram dsg.
4.Menurut Islam sabar boleh dibahagikan kepada;
(1)Sabar dalam beribadat--dimana tekun melaksanakan ibadat mengikut segala syarat yang ditetapkan.
(2)Sabar ditimpa musibah--dimana teguh hati ketika mendapat ujian berbentuk kemiskinan,kematian,penyakit dsg.
(3)Sabar terhadap kehidupan dunia--dimana tidak menjadikan tipu daya/kenikmatan hidup di dunia sebagai tujuan tap;i sebagai alat untuk mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti.
(4)Sabar terhadap maksiat--dimana menjauhi/tidak menghampiri dari terlibat dalam perkara-perkara maksiat spt berzina.liwat,berjudi,fitnah dsg.
(5) Sabar dalam perjuangan---dimana tidak berputus asa/tidak kecewa menghadapi kesulitan.
5.Sabar dalam perjuangan adalah menyedari sepenuhnya bahawa sesuatu perjuangan itu (tak kira dalam bidang apa pun) pasti mengalami keadaan tak menentu/pasang surut/naik turunnya,dimana ada masa naik dan jatuh,ada masa menang dan kalah,ada masa untung dan rugi.HIDUP UMPAMA RODA...
6.Kalau sesuatu perjuangan belum selesai atau belum berhasil atau sudah nyata mengalami kegagalan,maka hendaklah banyak bersabar dalam menghadapinya dan menerima kenyataan yang ada.
7.Sabar dalam erti kata teguh hati/tidak patah semangat,tapi sebaliknya terus berusaha untuk melakukan perubahan diri/transformasi positif dimana terus mengkaji sebab kegagalan dan mengambil iktibar/pelajaran daripadanya .
8.Apabila sesuatu perjuangan dikendalikan oleh sifat sabar,maka dengan sendirinya akan timbul ketelitian dan kewaspadaan pada setiap langkah yang diambil.
9.Kita perlu ingat bahawa untuk berjaya dalam sesuatu perjuangan/mencapai sesuatu impian maka sudah pasti banyak rintangan/dugaan/halangan yang amat kompleks terpaksa ditempuhi
dimana ada ketikanya kita terpaksa beralah/undur ke belakang namun kecekalan yang timbul dari sikap sabar akan membuahkan hasil juga akhirnya...perjuangan mesti diteruskan.MEMBUJUR LALU,MELINTANG PATAH...
10.Tanpa sifat sabar maka seseorang itu tidak akan mampu mengatasi semua dugaan/kesukaran dsg yang terpaksa dihadapi semasa melaksanakan visi/misi/objektif sesuatu perjuangan dalam hidup ini.
11.Sikap sabar akan membuatkan seseorang itu tidak akan menyerah kalah kepada keadaan sukar yang terjadi dalam perjuangan.Sabar menjadi senjata paling ampuh dan amat tajam disamping menjadi perisai untuk menumpaskan segala cubaan/rintangan yang ada.
12.Dengan bersikap sabar kita akan tenang dan mampu berfikir rasional dimana dapat mencari alternatif-alternatif lain sebagai jalan keluar demi merealisasikan kejayaan sebuah perjuangan.
13.Dengan sikap sabar maka kita akan terus mencuba/berusaha untuk ke sekian kalinya.Sikap sabar akan menjadi 'FIGHTING SPIRIT' dalam diri kita dimana dengan ini nescaya kejayaan/kemenangan dalam perjuangan akan dicapai jua.
14.Kemengan dalam perjuangan hidup ini adalah kebahagiaan hidup yang bersifat lahiriah dan rohaniah.Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang sabar.ALLAH AKAN BERSAMA/MEMBANTU/MEMBERI KHABAR GEMBIRA KEPADA ORANG YANG SABAR.
15.Dengan bersabar akan menjadikan seseorang itu BERANI disamping berusaha gigih sesuai dengan petujuk Allah seperti mengadakan persediaan/persiapan dan tidak lari dari medan juang kerana merajuk dan juga tidak sekali-kaliberputus asa jika gagal.
16.Kepentingan sifat sabar dalam perjuangan (disamping sifat-sifat positif lain seperti taqwa,disiplin,tawakal, doa usaha,istiqamah dsg) tidak boleh dikesampingkan.Ingatlah kemenangan dalam sesuatu perjuangan adalah anugerah Allah SWT. bukan dari pihak lain.Sifat sabar serta solat yang khusyuk itu sebagai penolong.
No comments:
Post a Comment