1.PAS adalah sebuah parti yang hidup atas isu.Ada saja isu yang dibangkitkan oleh pemimpinnya seperti isu komunis.murtad,kafir.mengkafir,dosa pahala,Allah mencarut,berkawan dengan syaitan dll serta yang terkini isu hukum hudud.Tanpa isu yang dimainkannya maka PAS tiada wujud,tidak relevan dan tiada agenda kerana Allah.Yang ada cuma cari isu.....dendangkan agar UMNO DIBENCI.ITU SAJA.
2.PAS membangkitkan isu hudud sebenarnya untuk tujuan politik bagi menonjolkan imej Islam yang kononya diperjuangkannya disamping ingin menenggelamkan ISLAM yang dipertahankan oleh UMNO selama ini.
3.Sejarah telah membuktikan semasa kempen PRU 1990 lalu PAS telah membesar-besarkan isu hudud dan berjanji akan melaksanakannya di Kelantan.Namun hingga ke hari ini janji tetap tinggal janji saja.Begitu juga dengan di Terenganu...sehingga ayam mati kerana berkokok pun hukum hudud entah ke mana.ITULAH PAS...sanggup menipu hukum Allah demi politik duniawi....
4.Jelas bahawa isu hudud dimainkan oleh PAS bila tersepit dan bila mahu menang pilihanraya saja.Semua nya kerana politik tak lebih dari itu.
5.Bila hudud gagal dilaksanakan di Kelantan dan juga Terengganu maka UMNO yang persalahkan kononnya UMNO menolak hudud.Kutuk UMNO macam-macam.Semuanya kerana politik....
6.Walau apa pun diperkatakan UMNO tetap berpegang pada akidah dan kepercayaan bahawa hukum hudud adalah hukum Allah yang jelas termaktub dalam Al-Quran dan sunnah,ianya tidak boleh ditolak dan diingkari kebenaran dan kesempurnaannya.Sesiapa yang menolak dan mengingkarinya ia boleh membawa kepada kekufuran.Begitu juga kita tidak boleh menuduh orang lain menolaknya,jika tidak betul tuduhan itu maka akan berbalik kepada si penuduh pula.
7.Tidak melaksanakan hukum hudud itu bukanlah bererti menolak atau tidak mempercayai hukum tersebut.Ini kerana soal perlaksanaan adalah amat berbeza dengan kewajipan mempercayainya.Mempercayai tidak ada syarat,tetapi melaksanakan hukum itu perlu kepada banyak syarat.
8.UMNO tetap berpegang kepada prinsip perjuangannya dalam menegakkan Islam.Hukum hudud itu sebahagian kecil saja dari undang-undang jenayah Islam yang sangat luas.
9.UMNO tidak akan mencemarkan hukum hudud yang lebih sempurna dan agung itu di mata orang-orang bukan Islam lantaran kepentingan politik murahan,SEDANGKAN KEKUATAN PERPADUAN ORANG ISLAM DAN KEMAMPUAN PRASARANA UNTUK MELAKSANAKANNYA BELUM LAGI MENGIZINKAN.
No comments:
Post a Comment