1Kerja berkat atau cari makan yang diberkati adalah kerja/usaha yang mendapat rahmat/restu dari Allah SWT dan mempunyai nilai di sisiNya.
2.Kerja berkat adalah kerja yang dilaksanakan dalam hidup seharian dimana:
(1) Akan memberi rezeki halal
(2) Akan membentuk keluarga yang sihat dan cemerlang
(3) Akan membina masyarakat yang harmoni
(4) Akan melahirkan negara yang terletak dibawah keampunan Allah SWT.
3.Kerja yang diberkati dapat dikenali melalui petanda berikut:
(a) Dapat bekerja dalam situasi/persekitaran mengikut syariah
(b) Terhindar dari kelalaian,pembaziran,dosa dan maksiat
(c) Timbul rasa tenang dalam diri
(d) Sentiasa dapat memberi manfaat kepada orang lain
(e) Pendapatan sederhana tapi mencukupi untuk perbelanjaan
(f) Allah sentiasa memberi perlindungan dalam segala keadaan
(g) Keberadaan diri kita sentiasa disenangi
4.Kerja dapat menjadi ibadat jika:
(i) Niat betul kerana Allah
(ii) Pelaksanaan mesti mengikut syariat
(iii) Hasil kerja digunakan pada jalan yang betul
(iv) Pekerjaan itu sah disisi syariat dalam semua sudut
(v) Tidak meninggalkan perkara-perkara asas seperti solat yang wajib,puasa yang wajib,taat kepada ibu/bapa/suami
5.Cara untuk menjadikan pekerjaan yang kita lakukan itu berkat:
(1) Yakin rezeki datang dari Allah SWT
(2) Rezeki diusahakan,bukan berserah saja
(3) Kerja halal
(4) Hasil kerja seperti gaji yang diperolehi/produk yan dihasilkan/keuntungan yang dikaut dll nikmat digunakan ke jalan Allah SWT.
(5) Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah anugerahkan (sama ada sikit @ banyak) agar rezeki bertambah/berkat.
(6) Jangan sesekali mengeluh atas kepayahan dalam pekerjaan @ kehidupan ( kerana itu mungkin ujian yang Allah datangkan untuk menguji keimanan kita).
(7) Bekerja kuat & cemerlang-serius dan bersungguh-sungguh,jadi yang terbaik dan bijaksana.
(8) Mengeluarkan zakat/fitrah
(9) Jauhi sifat tamak.Jangan haloba.
(10) Hindari rasuah,judi,tipu dll sifat keji.Mesti ikhlas dalam setiap urusan kerana Allah.
(11) Banyakkan bersedekah
(12) DOA,USAHA,ISTIQAMAH,TAWAKAL.
6. Kerja mesti mengikut konsep 'HALALAN TOYYIBA'.
Kita ambil contoh berniaga gerai tepi jalan....halalkah?
Kalau berniaga makanan tepi jalan,mengikut konsep 'halalan toyyiba'..maka segala bahan makanan itu mesti halal bermula dari ladang hingga ke perut orang yang memakannya!
Pengusaha gerai tepi jalan tersebut mesti ambil berat hal-hal berikut demi memenuhi kehendak konsep 'halalan toyyiba':-
-isu kebersihan longkang dan lain-lain aspek kebersihan
-pekerja yang pengotor/tiada vaksinasi dari jabatan kesihatandsg
-proses penyediaan bahan mentah
-pekerja gerai makanan perlu beragama Islam dan dilihat bercirikan Islam/berakhlak/bersih/peribadi mulia
-mesti AMBIL ENDAH soal kebersihan/kesucian seperti jangan biarkan makanan yang dijual terdedah kepada habuk,lalat,tercemar oleh asap kenderaan dsg.
-pencarian sumber-sumber bahan yang halal
-pengedalian/penyediaan semasa memasak yang bersih
-penyajian makanan yang bebas dari sebarang aspek pemcemaran/kekotoran (jangan memudaratkan kesihatan orang lain)
-penggunaan periuk,belanga,pinggan,mangku,sudu,sudip,bekas air dll peralatan mesti bersih dan dibasuh sempurna
-peralatan yang digunakan seperti kain pengelap meja,keadaan meja/kerusi,kain pelapik meja,dll mesti berkeadaan baik/bersih.
-ada adab-adab yang perlu seperti NIAT mengharapkan redha Allah dalam urusan kerja seperti membasuh bahan mentah dengan selamat dan dimulai dengan bacaan BISMILLAH sebelum memasak.
-SOAL TAPAK TANAH TEMPAT GERAI DIDIRIKAN sama ada DITEPI JALAN/LONGKANG/PARIT/KEDAI ORANG/JALAN/TEMPAT 'PARKING' KERETA dsg perlu juga dipastikan status 'HALAL'nya!Jangan main redah saja.Kita perlu minta kebenaran/izin tuan tanah dsg dan mesti ada LESEN MENIAGAyang betul-betul sah.Jika tapak tanah tempat meniaga/gerai didirikan itu 'CURI' tempat 'parking kereta atau atas tanah orang/kerajaan dsg maka konsep 'halalan toyyiba' sudah tidak dipenuhi,TIADA BERKAT USAHA MENIAGA kita itu....MALAH BERDOSA BERNIAGA DI ATAS TANAH /tempat yang bukan milik kita yang sah.....FIKIRKANLAH....SEMOGA SEMUA USAHA KITA DIBERKATI.
No comments:
Post a Comment