>Agak membimbangkan,trend politik di Malaysia semakin menuju ke arah konflik dalaman yang memecah-belahkan perpaduan Melayu-Islam.
>Perpecahan umat Melayu-Islam di Malaysia akan menyebabkan kita akan kehilangan sesuatu yang amat tinggi nilainya iaitu KUASA POLITIK orang Islam disamping keamanan,kestabilan dan kesejahteraan yang selama ini dinikmati bersama selama ini.
>Malangnya parti-parti politik orang Melayu-Islam yang besar seperti UMNO,PAS dan PKR berentap dan masing-masing berjuang bermati-matian merebut kuasa.Hala tuju masing-masing parti tidak menguntung orang Melayu-Islam langsung.
>Dalam keghairahan pemimpin atasan mereka merebut kuasa/mencari pengaruh,rakyat di akar umbi kerap bertindak dan berhujah keterlaluan yang jelas sekali merosakkan suasana perpaduan & keharmonian dikalangan orang Melayu-Islam.
>Jadi sebelum keadaan menjadi lebih parah, bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia perlu bertindak menangani isu ini dengan baik.
>Sebagai umat Islam,suasana persaingan dan perebutan kuasa politik sewajarnya berteraskan prinsip 'BERJUANG KERANA ALLAH' iaitu semua wajib berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan kerana Allah,bukan berusaha demi kepentingan duniawi serta menambahkan mudarat dan perpecahan disamping membelakang suruhan Allah.
>Dalam kontek Malaysia,sememangnya sistem demokrasi berparti dicorakkan atas landasan 'PEMBANGKANGAN' antara satu parti dengan yang lain.
>Malangnya semangat kepartian ekstrem (sama dengan assabiyah),mengakibatkan konflik dan telah memecah- belahkan perpaduan bangsa Melayu yang beragama Islam.Perjuangan kerana parti politik diangkat lebih tinggi dari perjuangan kerana Allah.
>Justeru itu,bangsa Melayu perlu dengan lebih tegas,jujur dan lantang menuntut perpaduan umat sebangsa dan seagama.Ini perlu agar musuh-musuh Melayu-Islam tidak mengambil kesempatan diatas kelemahan perpaduan kita.
>Sesungguhnya,semua pihak dan parti politik yang mengaku mewakili kepentingan Melayu-Islam dan bercita-cita memperjuangkan aspirasi Islam wajib 'meraih undi' dan merebut kuasa dengan lebih berhikmah dan penuh bijaksana.
>Semua pemimpin parti dan bijak pandai Islam dituntut menggunakan 'pengaruh' dan 'kerusi' serta 'kuasa' yang ada masing-masing sekarang ini untuk menjayakan agenda perpaduan Melayu-Islam segera.Jangan tunggu sehingga kelompok yang anti Melayu dan Islam di negara ini menguasai kita sepenuhnya.Sebagai contoh lihatlah apa sudah jadi pada nasib Melayu-Islam di Pulau Pinang dan Selangor selepas PRU 12 dulu.
>Perpaduan total merupakan sesuatu yang mustahil dalam sistem demokrasi berparti yang berlandaskan 'PEMBANGKANGAN' ini.
>Dengan itu,pendekatan baru perlu dilaksanakan sebagai menghasilkan 'KESATUAN TINDAKAN KERANA ALLAH' UNTUK KEPENTINGAN BESAR AGAMA-BANGSA-TANAH TUMPAH DARAH INI,sekali pun berlainan ideologi politik/parti.
>Justeru, aktivis politik Melayu-Islam MESTI ada beberapa isu pokok yang WAJIB dijadikan teras perjuangan semua muslim iaitu KERANA ALLAH.
>Tujuan wujudnya isu pokok yang disepakati bersama adalah agar tindakan umat Islam menjadi lebih berkesan dan digeruni musuh---MAKA semua aktivis politik muslim (tak kira parti apa) perlu bersependapat dan seia sekata dalam satu 'kesatuan tindakan' demi Islam semasa mendepani isu-isu yang membabitkan kepentingan ummah.Jangan sesekali menyokong musuh Islam.
>Pendekatan 'KESATUAN TINDAKAN' atas isu pokok dalam perjuangan ini diringkaskan seperti berikur:
1.Menerima pakai budaya politik ;KESATUAN TINDAKAN KERANA ALLAH DEMI ISLAM,' sebagai 'AGENDA POLITIK MELAYU-ISLAM ' dengan pembawaan akhlak tinggi dan mulia serta menjauhi sifat semua keji seperti fitnah-memfitnah dll disemua peringkat Melayu-Islam terutama semua pemimpin,aktivis politik,wakil rakyat,cerdik pandai dan orang Melayu-Islam semua.
2.Menolak mana-mana anjuran yang menyalahgunakan Islam yang memecah-belahkan perpaduan Melayu-Islam,khasnya mana-mana parti atau individu atau kelompok yang bertindak menggunakan syiar dan kesucian Islam sebagai platform politik bagi merebut kuasa.
3.Semua orang Melayu-Islam menggunakan kuasa undi mereka (dalam mana-mana pilihanraya) dengan penuh hikmah dan bijaksana,tanpa taksub dan kepartian melampau.Kuasa undi Melayu-Islam digunakan untuk memilih wakil rakyat yang berlandaskan prinsip 'Kesatuan Tindakan Kerana Allah Demi Islam' sebagai merealisasikan 'Agenda Politik Melayu-Islam'.
4.Semua calon wakil rakyat (sama ada negeri atau parlimen) dituntut menyatakan pendirian memperjuangkan 'AGENDA POLITIK MELAYU-ISLAM' berlandaskan prinsip 'KESATUAN TINDAKAN KERANA ALLAH DEMI ISLAM' sebagai manifesto peribadi dengan jelas dan terang sebelum diberi mandat oleh pengundi Melau-Islam.
5.Mempekukuh penguasaan politik Melayu-Islam, memperkasa ekonomi Melayu-Islam,mempertingkat pendidikan Melayu-Islam,menolak korupsi/salah guna kuasa,memperteguh perpaduan sosial,mempertahankan
perlembagaan yang ada selagi tidak menyimpang dari syariat Islam.
>Dengan ini,umat Melayu-Islam mempunyai satu matlamat yang jelas dimana mereka boleh melangkah menjayakan wawasan/visi politik yang sehaluan dimana diterjemah melalui misi merealisasikan nilai Islam dan sistem politik/ekonomi/sosial berteraskan ajaran Islam sebenar ke dalam semua aktiviti kehidupan bermasyarakat di Malaysia.
>Yakinlah bahawa jika semua pengundi Melayu-Islam bertindak sehaluan dalam satu tujuan seperti yang disarankan di atas,maka 'AGENDA POLTIK MELAYU-ISLAM' akan dapat direalisasikan dan ini memberi impak yang cukup menggerunkan musuh Melayu-Islam.
>Yakinlah bahawa walaupun kita tidak bernaung dibawah satu parti politik yang sama tapi bila undi orang Melayu-Islam cuma untuk calon yang memperjuangkan 'AGENDA POLITIK MELAYU-ISLAM' saja berlandaskan prinsip 'KESATUAN TINDAKAN KERANA ALLAH DEMI ISLAM' maka matlamat besar perjuangan Islam YANG SEBENAR akan dinikmati semua.
'BERSATU KITA TEGUH ,BERCERAI KITA ROBOH'
............'Utuh Muslim Negara Okay'..............................................Insya Allah.
No comments:
Post a Comment