>Membuat komen @ kritik mengenai pendapat orang lain dsg ( sama ada di facebook dll) mestilah dengan tujuan utama untuk memberi sumbangan buah fikiran yang tidak bertentangan dengan syariat/hukum Islam.
>Membuat komen/kritik mestilah dengan NIAT yang betul/ikhlas bukannya untuk mengumpat/mengeji/menghina /menjatuhkan maruah/aibkan orang lain
>Membuat komen/kritik ke atas seseorang haruslah dengan menyebut sifat-sifat yang baik/perkara benar dan jelas tujuan nasihat yang diberikan.
>Membuat komen/kritik pandangan seseorang adalah sebagai satu budaya ilmu yang lazim dalam masyarakat beretika/berakhlak mulia
> Membuat komen/kritik sesuatu pandangan adalah sebagai satu cara untuk menyemarakkan nilai ilmu yang dimiliki/berkongsi pengetahuan
>Membuat komen/kritik haruslah dilakukan supaya dapat dibezakan pendapat yang betul atau tidak (bertukar-tukar fikiran)
>Membuat komen/kritik adalah lumrah dalam hidup dan satu hakikat yang tidak boleh dinafikan bahawa perselisihan pendapat memang tetap wujud di kalangan manusia.
>Membuat komen/kritik dapat mengujudkan perdebatan bagi mencari kebenaran/menegur kesalahan secara berhemah.Menegur kesalahan seseorang termasuk dalam perintah amar makruf nahi mungkar (tapi mestilah betul dan tepat kaedahnya)
>Membuat komen/kritik perlulah dibuat secara adil (yakni berlaku adil/tidak menzalimi) dimana yang baik katakan baik iaitu hak kebaikan orang lain tidak boleh dinafikan/dikurangkan.Ingat jangan main hentam saja.
>Membuat komen/kritik yang adil bermakna membuat pertimbangan antara menyebut kebaikan & keburukan orang lain.Kita sebenarnya telah menzalimi orang lain sekiranya hanya menyebut keburukannya saja tanpa langsung menyebut kebaikannya yang ada padanya
>Terimalah sesuatu komen/kritik itu secara positif.Ingatlah bahawa sesuatu kalimah yang tercetus dari pengkritik itu mungkin mempunyai kebaikan dan keburukan.Akal yang bijaksana dapat membezakannya.
>INGATLAH BAHAWA PERKATAAN YANG BAIK TIDAK AKAN MUNCUL SECARA SPONTAN DARI MULUT SESEORANG YANG BERJIWA KOTOR SEPERTI MANA BENIH YANG BAIK TIDAK AKAN TUMBUH PADA TANAH YANG GERSANG.
No comments:
Post a Comment