Friday, September 30, 2011

SEJARAH dari perspektif ISLAM

1.Sejarah manusia dibuat oleh manusia.

2.Setiap orang menghuraikan sejarah yang diketahuinya sesuai dengan kefahaman dan kepentingannya sendiri.

3.Oleh itu sejarah manusia bersifat subjektif.

4.Sering terjadi perubahan dan penyimpangan fakta.Ini tidak aneh,sebab sejarah tersebut disusun sesuai dengan kepentingan ahli kaji sejarah atau kepentingan orang-orang atau pihak tertentu.

5.Sejarah manusia boleh dipinda sebab manusia tidak terlepas dari sifat PEMBOHONG dan EGOIS.

6.Kajilah sejarah manusia,anda akan mendapati berapa ramai raja yang telah mencatat sejarah,seakan-akan cerita itu sesuai dengan keadaan sebenar.Tidak kurang juga pemerintah yang telah mencatat sejarah dengan memutar-belitkan fakta.

7.Dalam sepanjang sejarah manusia di dunia ini sepanjang zaman selalu terdapat sekelompok orang yang memalsukan sejarah.Kadangkala seorang yang idealis tidak dapat mengkritik kepalsuan sejarah yang telah dirakam oleh pemerintah dan orang-orang tertentu dengan berlalunya zaman.

8.Sebaliknya sejarah Islam banyak berbeza dengan sejarah manusia.

9.Sejarah Islam disusun oleh Tuhan sekelian alam.Ia penutur yang paling benar.

10.Allah menceritakan kisah-kisah umat manusia terdahulu dalam Al-Quran agar kita dapat mengambil pengajaran daripadanya.Didalamnya ada kejujuran mutlak.Dia memeliharanya dari sebarang penyimpangan.Sejarah Islam juga boleh diperolehi dengan mengkaji hadis-hadis Nabi SAW.

11.Sejarah bikinan/catatan manusia tidak lain hanya mengemukakan aspek negatif/kadang-kadang positif daripada sesebuah peristiwa.Kalau pun ada manfaatnya,biasanya berbalik hanya untuk ahli kaji sejarah atau kepada tujuannya.

12.Dalam sejarah Islam,setiap kejadian atau masa lalu itu dapat diambil sebagai pelajaran atau ilmu pengetahuan bagi manusia.Mnfaatnya untuk semua generasi.

13.Sejarah Islam itu boleh dijadikan sebagai contoh/teladan atau landasan yang dapat dipraktikkan (dalam kehidupan seharian) dengan cara-cara yang benar.

14.Dalam Al-Quran,dihuraikan sejarah penciptaan alam dan manusia dengan jelas dari awal kejadian hingga akhir,tepatnya sejarah masa lalu,masa kini dan masa akan datang.

15.Sejarah Islam itu diperkemaskan dalam bentuk cerita yang jelas dan mudah difahami.Penceritaannya seakan kita hadir pada zamannya dan terlibat secara langsung dengan kejadian-kejadian tersebut.

16.Allah mengawal sejarah kehidupan ini dengan menceritakan penciptaan alam ini disusuli penciptaan manusia yang melalui pelbagai tahap.Kemudian Allah mengakhirinya dengan penghuraian kehidupan akhirat.

17.Sejarah Islam menceritakan bahawa Allah menempatkan manusia pertama iaitu Adam di syurga.Kemudian dari tubuh Adam Allah menciptakan pasangannya yang akan mwmbahagiakannya.Segala yang ada di syurga boleh mereka nikmati kecuali satu pohon.Akibat melanggar perintah Allah,mereka diturunkan ke bumi dan diberi tugas sebagai khalifah.Dari sinilah bermulanya sejarah awal kehidupan manusia di bumi.

No comments:

Post a Comment