Sunday, September 18, 2011

MANSUHKAN AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) DEMI MENYUBUR & MEMATANGKAN DEMOKRASI?

> Mengikut kepimpinan negara antara sebab mengapa (ISA) dimansuhkan adalah untuk menyuburkan demokrasi,mematangkan demokrasi serta memberi lebih ruang kepada Hak Asasi Manusia berfungsi di negara ini melalui transformasi politik kerajaan BN sekarang.Tapi jangan lupa akan Hak Asasi Tuhan keatas kita semua!.

> Sebenarnya sebarang bentuk transformasi ke arah kebaikan amat di alu-alukan.Namun jika PENAMBAHBAIKAN sistem demokrasi YANG TIDAK BERTUNJANGKAN ISLAM di jadikan alasan maka sebenarnya tidak tepat.Ini kerani Sistem Demokrasi dan Proses Demokrasi itu sendiri sudah tidak berjaya atau gagal melahirkan kesejahteraan dunia dan akhirat.

> Berikut adalah antara sebab-sebab mengapa Sistem Demokrasi dikatakan gagal:

1.Kepentingan politik lebih diutamakan dari pada kepentingan agama.

2.Wujudnya parti siasah berdasarkan assabiyah

3.Wujudnya parti politik yang retorik semangat membuta tuli

4.Menjerumuskan masyarakat agar terjerat dalam kancah dendam dan kebencian yang berpanjangan sepanjang hayat sampai mati

5.Menggalakkan rakyat guna apa saja cara untuk cari pengaruh demi menang pilihanraya walau pun cara tipu

6.Mengujudkan kefanatikan melampau/terlalu taksub

7.Tidak mencerminkan pemilihan yang tepat sepenuhnya bagi yang paling layak jadi pemimpin

8.Sukar menggalakkan perdamaian/perpaduan/ukhuwah sebenar Islam

9.Kerajaan yang dibentuk 'gagal' dan tidak kukuh/mudah goyah terutama bila cuma menang majoriti mudah atau tidak mendapat majoriti 2/3 di Dewan Rakyat.

10.Menggalakkan pergeseran berpanjangan dimana apa saja tindakan mesti ada percaturan politik.Jadi,lama-kelamaan kekuatan tamadun akan runtuh kerana pengamal demokrasi telah hilang jadi diri dan idealisme perjuangan hakiki Islam (dimana masing-masing berjuang untuk jadi YB saja!)

11.Kerajaan/negara lambat laun akan lingkup/hancur kerana kebejatan perilaku moral pengamal demokrasi (seperti rasuah,politik wang,kronisme dsg) dimana tingkal laku para pemain politik demokrasi sudah sampai ke puncak gila kuasa/tamak harta dan tidak mahu mengalah.

14.Dalam sistem demokrasi (berasal barat---bukannya sunnah Nabi/ajaran Islam),yang menjadi batasan kuasa adalah apa yang di panggil 'check and balance' yang diwujudkan melalui sistem dwi-parti (iaitu PEMERINTAH & PEMBANGKANG) terhasil dari proses pilihanraya.Jika proses pilihanraya (asas kaedah memilih pemimpin dalam sistem demokrasi) tidak telus/disukarkan maka ternyata sistem demokrasi gagal memberi keadilan,keselamatan dan keamanan kepada rakyat yang berkekalan akibatnya rusuhan/rasa tidak puas hati yang timbul dsg.

15.Sistem demokrasi tidak boleh mengujudkan sebuah masyarakat tanpa diskriminasi kaum,penindasan,kezaliman dalam pelbagai bentuk.Mengapa? Ini kerana SISTEM DEMOKRASI ADALAH BIKINAN MANUSIA BARAT BUKANNYA WAHYU TUHAN.

16.Sistem demokrasi adalah idea manusia,jadi sudah tentu tidak sempurna.Misalnya negara kita Malaysia mempunyai sistem demokrasi yang diambil dari Barat,disamping mengambil sistem ekonomi 'pasaran bebas' ajaran Adam Smith yang sama sekali tidak sesuai dengan kehendak ajaran Islam sebenar yang kita anut.

17.Sistem demokrasi bukannya ajaran Islam.Islam tidak mengiktiraf pembahagian dunia kepada dua kategori :KEDUNIAAN & KEAKHIRATAN.Faham tauhid mengajarkan dunia dan alam maya ini SATU walaupun ada banyak bahagian & peringkat.Jadi proses memilih wakil rakyat dalam sistem demokrasi tanpa ada semanagat Islam adalah tidak tepat,dimana tindakan kita 'membuang undi' adalah sia-sia dan tidak dikira sebagai ibadat kerana Allah tapi kerana sebab duniawi lain.Berhati-hatilah!.

18.Sistem demokrasi dan proses demokrasi adalah bertentangan dengan Islam berdasarkan hujah-hujah di bawah:

a)Menjadi titik tolak perpecahan umat yang lebih meruncing.Ini kerana politik dalam sistem demokrasi dianggap penuh dengan segala kekotoran,kejelikan,kerakusan dan janji kosong dimana mengheret umat kepada polemik yang tiada berkesudahan akibat rasa dendam/tidak puas hati/sakit hati terutama bila kalah dalam mana-mana pilihanraya dsg.

b)Akibat demokrasi bertentangan dengan Islam,lantas ada pihak yang terus menolak sistem politik demokrasi dan lebih senang mengambil sikap tidak peduli/berkecuali/duduk atas pagar/tidak mendaftar sebagai pemilih lantaran kecewa dengan sepak terajang mainan politik demokrasi yang penuh dengan unsur-unsur keji & nista disamping melanggar akhlak Islam.

c)Sementara itu, akibat dari sistem demokrasi yang tidak menepati ajaran Islam maka ujud pihak lain yang semacam terlalu ghairah dan paranoid dengan budaya politik demokrasi yang dijadikan alat untuk meraih kekayaan diri/mendapat kuasa dan mendapat pangkat (jadi YB,Menteri dll) dengan apa cara sekali pun (halal haram dan lain-lain ajaran Islam dikesampingkan!)

d)Akibat dari lari dari ajaran Islam,maka sistem demokrasi/politik hari ini sudah tercabut dari nilai-nilai moral dan etika juga agama (kerana wujudnya rasuah politik,politik wang,politik ampu-bodek,politik adu-dumba,politik fitnah dsg)

e)Akibat dari sistem demokrasi yang bertentangan dengan Islam,maka akan mengheret umat kepada fenomena permusuhan sesama sendiri hingga memecahkan ikatan ukhuwah dan meleburkan kesatuan ummah yang menjadi tunjang kekuatan Islam.

f)Sistem politik demokrasi sememangnya melahirkan aktiviti perebutan kuasa yang luar biasa buasnya,dimana ini menjerumuskan umat ke kancah persengketaan berterusan dan serius.Ini kerana akibat dari tamak dan gila kuasa sering menjadikan manusia alpa terhadap hakikat keinsanan serta mengenepikan prinsip dan etika keagamaan.

g)Akibat dari sistem demokrasi yang lari dari Islam,natijahnya manusia hilang kewarasan dan pertimbangan rasional hingga yang lebih tertonjol adalah nilai-nilai kebinatangan ( dimana para pengamal demokrasidi gelar 'political animal') dalam amalam politik sistem demokrasi.

h)Dalam sistem demokrasi yang TIDAK menghalang wujudnya kepelbagaian parti politik (maka pelbagai 'firqah' atau kelompok parti Islam terjelma),ini memudahkan perpecahan Islam berlaku.(INILAH NIAT PIHAK BARAT,dimana strategi PECAH & PERINTAH direalisasikan agar negara itu lemah)sehingga kepentingan parti telah menghalalkan segala bentuk tindakan walaupun bercanggah dengan tuntutan Islam.

i)Malah perbezaan parti dalam sistem demokrasi telah melarat-larat hingga mencetuskan permusuhan emosi yang mencairkan kekentalan ukhuwah,memecah kesepaduan ummah dan menghancurkan kebenaran/keadilan (mana ada adil lagi bila undi boleh di jual-beli dan beraneka macam penyelewengan lainnya berlaku).

j)Sistem demokrasi menyatakan bahawa suara majoriti adalah pemenang dalam apa saja hal(semua pihak harus akur).Ini bertentangan dengan Islam (kerana sekiranya suara majoriti memilih sesuatu perkara yang bertentangan dengan Islam maka jelas bahawa demokrasi telah MENGALAHKAN/MENGATASI ajaran Islam yakni hukum Allah!, pada hal dalam Islam hukum Allah di atas segalanya bukannya suara ramai/suara majoriti atau hukum-hukum lain).


KESIMPULANNYA:

Sistem demokrasi yang diamalkan negara ini perlu juga di transformasikan agar sejajar dengan Islam bukan sekadar mansuhkan ISA saja!.Sampai bila kita mahu mengekalkan demokrasi yang bukannya ajaran Islam.

Adakah kita semua telah SESAT kerana mengamalkan Sistem Demokrasi YANG JELAS berasal dari BARAT dan DIBANGGAKAN OLEH AMERIKA dan sekutunya?.TEPUK DADA,TANYA IMAN.

Sepatutnya kita semua meletakkan ASAS AGAMA ISLAM & AKHLAK sebagai teras dalam apa jua bentuk percaturan politik atau transformasi politik.Ingatlah bahawa akidah Islam adalah lebih tinggi diatas segala kepentingan dan matlamat politik duniawi.

Semoga artikel ini membantu kita ke arah menjadikan perjuangan politik lebih tepat haluannya iaitu memenuhi tuntutan 'AGENDA POLITIK MELAYU-ISLAM' atas prinsip 'BERJUANG KERANA ALLAH'

Sekian.Terima kasih kerana sudi membaca.

No comments:

Post a Comment