Friday, February 3, 2012

Yang Membatalkan Iman

1.Mengingkari,bahawa Allah SWT memiliki semua benda dan perkara yang ada dalam alam ini,dan mentadbirnya mengikut kehendak dan kebijaksanaanNya--tidak ada pentadbir yang lain selain dari Allah SWT.

2.Mendakwa,bahawa alam ini bukan makhluk yang dimiliki Allah SWT,dan bukan dibawah tadbir Allah SWT,dan rezeki-rezeki makhluk bukan dari Allah SWT.

3.Mendakwa,bahawa Allah SWT menjadikan makhluk-makhluk di alam ini membiarkannya begitu sahaja,tanpa menjaga dan mentadbir urusan makhluk-makhluk itu.

4.Mendakwa,bahawa diri seseorang itu berkuasa melakukan sesuatu perbuatan mengikut kehendak dan tadbirnya sendiri,sebagaimana Firaun mendakwa dirinya berkuasa mentadbir alam dunia ini.

5.Mendakwa,bahawa seseorang itu memberi milik kepada seseorang yang lain,atau memberi rezeki kepada mereka,atau mentadbir urusan mereka,atau menyokong dakwaan-dakwaan mereka itu.

6.Mengingkari nama-nama Allah SWT yang baik yang sebanyak 99 itu (asma ul-husna),dan sifat-sifat kesempurnaanNya yang menjadi asas tauhid.

7.Mengingkari,bahawa Allah SWT pencipta alam ini dan memiliki bersendirian sahaja mencipta makhluk yang wujud di alam ini dan menjadi pentadbir tunggal tanpa bantuan,berkuasa menghidupkan,mematikan,memuliakan,menghinakan,memberi rezeki,memberi rahmat,nikmat dll.

8.Mendakwa,bahawa Allah SWT tidak mempunyai nama-nama yang baik (asma ul-husna) dan tidak bersifat dengan sifat-sifat jesempurnaan.

9.Mengingkari dan mencerca ketuhanan,iaitu Allah SWT yang berhak disembah dan menjadikan manusia untuk menyembah dan beribadat kepadanya---iaitu tiada penyembahan sesama makhluk.

10.Mengingkari kerasulan rasul-rasul yang diutus Allah SWT dan dipilih oleh Allah SWT sendiri untuk menjadi rasul----bagi menyampaikan wahyu dan syariatNya kepada umat manusia.

11.Mendakwa bahawa rasul-rasul itu berbeza-beza seruannya,dimana mereka cuma beriman kepada seseorang rasul sahaja,dan ingkar kepada rasul-rasul yang lain,khususnya kerasulan nabi Muhammad SAW.

Keingkaran bersabit dengan ketuhanan dan kerasulan ialah keingkaran dengan hati(iktikad),atau dengan perkataan,atau dengan perbuatan yang menunjukkan bahawa mereka tidak mempercayai ketuhanan dan kerasulan,iaitu tidak mengakui bahawa Allah SWT itu adalah satu-satunya tuhan yang berhak disembah(berbeza dari tuhan dakwaan agama lain),dan mengingkari bahawa nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment