Friday, February 3, 2012

Orang Yang Melakukan Maksiat

Dalam akidah Islam,orang yang melakukan maksiat/buat dosa,mereka masih dikira seorang yang beriman dan masih tetap beragama Islam----mereka tidak terkeluar dari agama Allah jika mereka TIDAK menghalalkan/mengharuskan perbuatan maksiat/dosa itu.

Orang yang beriman yang melakukan perbuatan maksiat,dan mereka mati TANPA bertaubat/belum sempat bertaubat,mereka itu adakah terpulang kelada Allah SWT.Jika Allah menghendaki untuk memaafkan dosa mereka,Allah boleh memaafkannya,dan memasukkannya ke dalam syurga.Sebaliknya,jika Allah menghendaki untuk menyeksa mereka,maka Allah masukkan mereka ke dalam neraka mengikut kadar yang dikehendakinya,kemjdian Allah keluarkan mereka dari neraka itu,dan dimasukkan ke dalam syurga selepas mereka diseksa dalam neraka tadi,dimana mereka tidak kekal selamanya di neraka,kerana mereka mati di dalam keadaan beragama Islam dan beriman,iaitu mereka mati dalam mentauhidkan Allah,dan mereka tidak menghalalkan/mengharuskan perbuatan maksiat itu,atau tidak mengingkari hukum Allah yang telah jelas nyata kedudukannya.

Justeru itu,seseorang yang mengerjakan perbuatan maksiat TIDAKLAH TERBATAL dua kalimah syahadahnya,dan TIDAK menyebabkan mereka kekal di dalam neraka selama-lamanya,kerana mereka itu masih dikira orang yang beriman dan beragama Islam danbelum terkeluar dari agama Allah.Jika sekiranya seseorang itu mati dalam keadaan menyekutukan Allah akan ke neraka.

No comments:

Post a Comment