Friday, February 3, 2012

Orang Munafik

1.Ialah mereka yang hanya mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya dengan lidah sahaja,tanpa membenarkan dengan hati.

2.Sebenarnya,orang munafik adalah musuh Allah yang paling keji,menyerang Islam dan musuh dalam selimut kaum muslimin.

3.Orang munafik bijak menampakkanb keislaman dengan menyembunyikan kekufuran.... mereka berpura-pura menganut Islam!

4.Ulama Ahli Sunah wal Jamaah telah membahagikan tanda-tanda orang munafi, atau nifak kepada dua iaitu:

Pertama: Nifak Iktiqadi.....iaitu dalam bentuk keimanan.Nifak jenis ini menyebabkan mereka terkeluar dari agama kerana dalam hatinya mendustakan Allah,Rasul,kitab dsg.

Firman Allah bermamsud: Diantara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan hari akhirat," pada hal mereka itu bukan orang beriman.Mereka hendak menipu Allah dan orang yang beriman,pada hal mereka tiada menipu orang lain hanya diri mereka sendiri, tetapi mereka tiada sedar.Dalam hati mereka ada penyakit syak wasangka,lalu ditambah Allah penyakit itu dan untuk mereka seksa yang pedih kerana mereka berdusta. (surah al-Baqarah ayat 8-10)

Kedua: Nifak Amali...iaitu nifak dalam bentuk perbuatan yang menyalahi ajaran al-Quran dan Sunah serta ijmak ulama.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Ada tiga tanda orang munafik,jika berkata ia dusta,jika berjanji ia mungkir dan jika dipercayai ia khianati. (Hadis riwayat Muslim).

No comments:

Post a Comment