Saturday, February 25, 2012

Penyatuan Pemikiran

1.Sepatutnya orang Melayu-Islam biar apa pun pertubuhan yang dianggotainya mempunyai matlamat yang sama iaitu mencari redha Allah.

2.Salah satu faktor kearah itu adalah penyatuan pemikiran atau keseragaman berfikir(wahdatul fikr').

3.Penyatuan pemikiran dikalangan orang Melayu-Islam akan menghasilkan paduan tenaga dalam keseragaman bertindak.

4.Penyatuan pemikiran ini amat penting dari segi taktik-strategi menghadapi musuh.

5.Penyatuan pemkiran merupakan manifestasi kesatuan akidah kita semua.

6.Penyatuan pemikiran ini mellambangkan kedewasaan umat Islam dalam kefahaman dan penghayatan Islam.

7.Untuk merealisasikan penyatuan pemikiran tersebut maka kita perlulah bertolak ansur dalam semua hal dan seterusnya menggembeling tenaga dalam menggarap hal-hal utama yang dipersetujui bersama.

8.Malangnya,kita masih berkecamuk dan berpecah sesama Melayu-Islam dalam hal-hal titik bengik.

9.Tiadanya penyatuan pemikirn atau keseragaman berfikir dalam hal-hal remeh remeh/titik bengik ini melambangkan sikap kita yang belum matang dan keanak-anakan.

10.Sikap keanak-anakan ini diakibatkan oleh kesuntukan fikiran dan keangkuhan melulu yang menjadi faktor kelumpuhan daya tahan umat.

11.Percanggahan fikiran akan membawa rahmat jika ianya dapat dikawal dalam batas-batas tolak ansur dan selagi tidak mengganggu gugat persepakatan dasar.

12.Sedihnya sekarang,akibat dari tiadanya penyatuan pemikiran ke arah mencari redha Allah kita bertelagah dalam soal dasar pun seperti soal penggunaan kalimah Allah oleh orang kafir,soal murtad,soal pluralisme,dll

13.Memang benar adalah sulit untuk kita sependapat dalam segala perkara.Namun dalam soal asas akidah mesti seia sekata.

14.Bercanggah pendapat dalam soal 'ranting' adalah perkara biasa.Malah perbezaan seperti itu sudah merupakan natijah logik dari dasar kebebasan berfikir.

15.Walau sdahsyat mana pun kita bercanggah pendapat,kita tidak menafikan pentingnya penyatuan pemikiran/penyeragaman segala simpang siur perbezaan yang akhirnya dapat ditemukan pada satu titik yang dipersetujui bersama.

16.Usaha-usaha penyatuan fikiran/keseragaman berfikir ini mungkin menjadi mudah dengan berasaskan kesatuan cita-cita perjuangan,kesatuan nilai hidup,kesatuan orientasi,kesatuan program/aktiviti dsg.

17.Amalan syura yang sihat tidak kurang peranannya dalam memupuk sikap saling faham memahami antara satu dengan yng lain.Ingat,kita bukannya mencari siapa yang benar tetapi untuk mencari APA YANG BENAR.

18.Cita-cita untuk penyatuan pemikiran atau keseragaman berfikir mudah direalisasikan bila semua pihak bersikap terbuka,tidak taksub dan bersedia untuk menimbang segala buah fikiran yang dianjurkan pihak lain dan juga bersedia untuk mengkaji semula pemikiran masing-masing dari semasa ke semasa.

19.Sikap menghormati fikiran orang lain adalah perlu kerana salah dan betul adalah resam ijtihad yang kedua-duanya bernilai disisi Allah yang menjanjikan pahala.

No comments:

Post a Comment