Friday, February 17, 2012

Saya yang salah faham....atau ada yang tak kena?

Satu hari,saya bersembang dengan seorang telah lama berkhidmat dengan kerajaan dan banyak jasanya pada masyarakat tapi tiada dapat apa-apa anugerah kebesaran pun sama ada pingat,bintang atau darjah kebesaran dari Sultan negerinya pun.

Saya bertanya hal tersebut kepadanya mengenai hal tersebut,dan beliau pun dengan penuh rendah diri dan cukup ikhlas serta begitu berhemah menjelaskannya.

Berikut adalah apa yang saya faham dari penjelasan tersebut:

Katanya,menurut Islam kita sebagai penganutnya cuma disuruh SEMBAH ALLAH sahaja.
Beliau tidak suka perkataan 'sembah' digunakan untuk manusia...umpamanya "ampun tuanku,sembah patik harap diampun" dan lain-lain yang sama makna dengannya seperti ungkapan "sembah tahniah" dll

Berikutnya,beliau menjelaskan bahawa tidak sepatut perkataan 'maha' digunakan untuk mengagungkan sesama manusia....umpamanya 'duli-duli yang maha mulia'....dll yang seerti dengannya

Beliau juga berkata makna perkataan 'duli' itu sebenarnya adalah 'kaki' atau 'tapak kaki'......

Seterusnya ayat menjunjung' duli tuanku'....yang boleh memberi makna menyembah,sujud kepada raja.......

Begitu juga dengan makna perkataan 'patik' adalah hamba atau menurut beliau adalah 'anak anjing'.....jadi sesama manusia mana ada perhambaan...ini bertentangan dengan ajaran Islam

Seterusnya,beliau menjelaskan perkataan seperti 'tuanku' boleh membawa erti kita ini hamba kepada seorang tuan

Begitu juga dengan perkataan 'yang dipertuan'..juga membawa makna perhambaan sesama manusia,dimana kita mempertuankan diri kepada sesama manusia......kita jadi hamba kepada sultan/raja dsg...ini bukan ajaran Islam
Begitu juga ungkapan 'pacal yang hina'....pacal bermaksud hamba kepada raja.

Jadi,berdasarkan alasan tersebut katanya hati kecil beliau tidak berani untuk memperakukan dengan menerima anugerah dari mereka yang dengan rasmi menyuruh kita menjadi hamba dan menyembahnya itu semua takut terjejas akidah Islam yang kita anuti yang mengjarkan cuma Allah adalah maha segala dan layak disembah serta kita semua adalah hamba Allah saja.

Sesungguhnya,disisi Allah yang membezakan kita semua adalah TAQWA....bukan darjah jebesaran yang diterima..jelas beliau.

Beliau juga berkata bahawa dalam Islam mana ada sistem kasta sebagaimana dalam masyarakat Hindu/India....ada kasta paria,Brahmin dll.....
Malangnya dalam masyarakat kita Melayu-Islam sebenar telah wujud sustem 'kasta' atau 'klas' iaitu berdasarkan gelaran yang diperolehi dari pihak atasan yang membawa bermacam-macam gelaran spt TUN,TAN SRI,DATUK SERI,DATUK,DATIN,TOH PUAN dsg dimana realitinya mempunyai 'klas' tersendiri dalam masyarakat. Tidakkah dengan gekaran-gelaran tersebut menyebabkan kita 'berkasta' dan boleh membawa riak/ego/memandang rendah insan lain yang tidak bergelaran dll......ini semuanya bukan disuruh oleh Islam,

Begitulah penjelasan ringkas dari individu yang saya temui itu.
Sekali fikir,fikir semula dan direnungkan dalam-dalam memang ada kebenarannya.

Semoga Allah terus memberi hidayahnya dan menunjukkan kita jalan yang lurus di dunia dan akhirat.

Diharap alim ulama dan sesiapa saja yang berminat tentang persoalan ini tampil memberi penjelasan demi redha Allah.

Yang benar pasti tertegak,yang batil pasti tewas.

Saya teringat kata-kata dari Saidina Ali r.a. berkaitan empat perkara yang sangat sulit untuk dilaksanakan iaitu:

1.Memberi maaf ketika marah

2.Suka memberi ketika susah.

3.Menjauhi yang haram ketika sunyi

4. MENGATAKAN YANG HAK KEPADA ORANG YANG DITAKUTI ATAU KEPADA ORANG YANG DIHARAPKAN SESUATU DARIPADANYA.

1 comment:

  1. Duli yg maha mulia paduka seri baginda Sultan...

    Terjemah: Debu Allah kasut Rasulullah Sultan

    ReplyDelete