Tuesday, February 21, 2012

Perkara-perkara yang baik untuk otak

1.Aktiviti membaca......umpamanya selalu membaca al-Quran dll dimana boleh mengaktifkan otak.'Brain degeneration' boleh berlaku akibat dari kurang membaca dan kita menjadi cepat nyanyuk dn pelupa.

2.Sentiasa menggunakan akal fikiran untuk aktiviti berfikir....seperti merenung/berfikir tentang cara penyelesaiaan sesuatu isu dimana ini boleh melatih otak meningkatkan keupayaannya.

3.Banyakkan aktiviti yang melibatkan aktiviti berimaginasi.....seperti melukis dll dimana ini boleh meningkatkan tahap kecerdasan otak dan otak di asah.

4.Tidur yang berkualiti secukupnya....maknanya jangan terlalu kurang (sebaiknya 6 jam) dan jangan berlebihan tidur dimana ini boleh menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir.

5.Bernafas dengan betul terutamanya ketika tidur....dimana ini boleh meningkatkan jumlah oksigen ke otak.

6.Sarapan pagi mesti diambil setiap hari....ini kerana tenaga yang digunakan oleh otak sepanjang hari banyak datang dari sumber bersarapan,seterusnya dengan bersarapan yang sempurna(diet seimbang) boleh mengaktifkan sel-sel otak.

7.Hirup udara bersih dan segar selalu......ini kerana oksigen banyak terdapat di udara yang bersih,ini aik untuk otak kerana otak merupakan pengguna oksigen terbanyak dalam badan manusia.

8.Pengambilan gula perlu dikurang,an.....ini kerana gula yang berlebihan boleh mengganggu penyerapan bahan -bahan nutrisi lain dalam tubuh seperti protein,gula yang secukup keperluan otak akan dapat melancarkan perkembangan otak.

9.Elakkan merokok....kerana rokok/asap rokok mrngandungi pelbagai bahan kimia beracun yang boleh mengganggu aktiviti otak.

10.Bersederhana makan....jangan makan terlalu sedikit atau terlampau berlebihan dimana boleh menyebabkan otak keletihan,rasa mengantuk,malas dan mengurangkan daya tumpuan /fokus.

No comments:

Post a Comment