Tuesday, February 7, 2012

Akhlak Nabi Muhammad SAW

1.Dalam perjalanan hidupnya,sejak dari kanak-kanak hingga dewasa dan sampai diangkat menjadi Rasul,baginda terkenal sebagai seorang yang JUJUR,BERBUDI LUHUR,dan mempunyai KEPERIBADIAN YANG TINGGI.

2.Tidak ada satu perbuatan dan tingkah laku baginda yang tercela yang dapat dituduhkan terhadapnya.

3.Kerana jujur dalam perkataan dan lerbuatannya,maka baginda diberi julukkan 'al-Amin',ertinya : orang yang dapat dipercaya.

4.Nabi Muhammad SAW tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah pula makan daging haiwan yang disembelih untuk korban berhala-berhala seperti lazimnya orang Arab jahiliyah pada waktu itu.Baginda amat benci kepada berhala itu dan menjauhkan diri dari keramaian dan upacara-upacara pemujaan, epada berhala itu.

5.Untuk memenuhi keperluan hidupnya sehari-hari,baginda berusaha sendiri mencari nafkah,kerana krang tuanya tidak meninggalkan harta warisan yang cukup.

6.Nabi Muhammad SAW memiliki bakat-bakat dan kemamouan jiwa yang besar,kecerdasan fikiran,ketajaman minda,kehalusan lerasaan,kekuatan ingatan,kecepatan tanggapan,kekeraan kemahuan.

7.Segala lenga.aman hidup baginda,mendapat pengolahan yang sempurna dalam jiwanya.Bagina mengetahui babak-babak sejarah negerinya,kesedihan masyarakatnya dan keruntuhan agama bangsanya.Pengalaman dan pandangan hidupnya tidak dapat hilang dari fikirannya.

8.Pemusatan jiwanya sempurna,dengan daya fikirannya yang jernih memudahkan baginda merenung tentang pencipta alam raya ini dimana baginda mulai 'menyiapkan diri' (bertahannuts) di gua Hira' di bukit bernama Jabal Nur (Bukit Cahaya)....seterusnya baginda diangkat menjadi Rasul akhir zaman.

No comments:

Post a Comment