Tuesday, February 7, 2012

Antara Kelebihan Rasulullah SAW

1.Di dunia ini tidak ada siapa pun dapat melihat Allah SWT kecuali Nabi Muhammad SAW.Baginda melihat Allah SWT ketika di Mikrajkan ke langit untuk menerima perintah sembahyang secara langsung dari Allah SWT.

2.Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa yang dipilih dan diutus oleh Allah SWT sebagai Rasul- Nya.Baginda makan,minum,sakit,berkeluarga dan wafat seperti manusia lain.Bagaimana pun,kemanusiaan baginda termasuk jasad dan jiwanya adalah luar biasa.

3.Nabi Muhammada SAW adalah Saidul Khala'iq atau lrang yang paling mulia di sisi Allah SWT antara seluruh makhluk.

4.Nabi Muhammad SAW dimuliakan oleh Allah SWT dengan mengizinknkan baginda memberi syafaat atau pertolongan jepada manusia.

5.Nabi Muhammad SAW akan memberi syafaat kepada umatnya ketika manusia menunggu pengadilan Allah SWT di Mahsyar.Syafaatnta ialah untuk meringankan hukuman atas umatnya dengan izin Allah SWT.

6.Allah SWT mengutus Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul bukan untuk kaumnya dan bangsanya sahaja tetapi untuk seluruh umat manusia.

7.Nabi Muhammad SAW Israk dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis dan kemudian Mikraj ke langit tinggi menemui Allah SWT dan kembali ke Masjidil Haram pada malam yang sama dengan roh dan jasadnya dengan kuasa Allah SWT.

8.Nabi Muhammad SAW adalah Nabi dan Rasul terakhir.Tidak ada Nabi dan Rasul baru yang diutus oleh Allah SWT sesudah Nabi Muhammad SAW wafat.Seiapa mendakwa sebagai Nabi atau Rasul sesudah Nabi Muhammad SAW adalah Nabi palsu dan pendusta.

9.Nabi Muhammad SAW dikurniakan Allah SWT keistimewaan dipanggil mukjizat iaitu al-Quran yang tidak berubah sedikit pun hingga ke hari kiamat dll mukjizat lagi.

10.Nabi Muhammad SAW mempunyai akhlak yang amat mulia dan terpuji.

11.Nabi Muhammad SAW bukan sekadar pemimpin agama tetapi juga sebagai pemimpin duniawi.

12.Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah manusia.

No comments:

Post a Comment