Monday, February 6, 2012

Kufur

1.Menurut syarak kufur adalah tidak beriman kepada Allah SWT dan Rasul Nya.

2.Ada dua jenis kufur iaitu kufur besar dan kufur kecil.

3.Kufur besar...ada lima jenis:

i)Mengada-adakan dusta terhadap Allah SWT

ii)Enggan dan sombong terhadap Allah SWT

iii)Ragu-ragu kepada kekuasaan Allah SWT

iv)Berpaling dari peringatan Allah SWT yang telah disampaikan

v)Nifaq....beriman secara zahir tetapi kafir secara batin (lidah kata beriman,hati kata tidak)

4.Kufur besar boleh menyebabkan seseorang terkeluar daripada agama Islam.

5.Kufur besar boleh menyebabkan terhapusnya pahala amalan kita.

6.Kufur besar boleh menhebabkan lelakunya kekal dalam neraka

7.Kufur besar menjadikan halal darah dan harta pelakunya

8.Kufur besar mengharuskan ada permusuhan antara pelakunya dan orang-orang mukmin.

9.Kufur kecil.....kufur amali.....seperti kufur nikmat,membunuh orang muslim,bersumpah dengan nama Allah dsg.....iaitu kufur kecil tidak menjadikan pelakunya terkeluar darilada agama Islam,pelakunya tidak kekal di neraka,tidak halal darah & harta pelakunya

No comments:

Post a Comment