Sunday, February 12, 2012

Sedikit Mengenai Kasih Sayang

1.Perasaan kasih sayang merupakan fitrah semula jadi manusia.

2.Islam mengajar umatnya menjalin kasih sayang bukan saja sesama insan,malah juga meliputi semua makhluk.

3.Ajaran Islam memancarkan kasih sayang terhadap manusia,haiwan dan tumbuhan.

4.Ajaran Islam tidak mengenal waktu,jarak dan tempat bagi sebuah kasih sayang.Iaitu sepanjang masa (bukan pada hari tertentu saja ) perasaan kasih sayang atau jadi seorang yang pengasih di jelmakan dimana saja tidak kira tempat.Menetapkan hari tertentu saja untuk berkasih sayang adalah bukan ajaran Islam.

5.Jelaslah bahawa ajaran Islam sangat menjunjung tinggi akan sifat kasih sayang.

6.Namun ramai umat Islam tidak mempraktikkan elemen kasih sayang dalam kehidupan mereka.Akibatmpnya kehidupan ini dirasakan hambar dan tidak bermakna.Maka,kerana kasih sayang dikesampingkan terjadilah fenomena buang bayi,bunuh,dll gejala sosial yang berkaitan dengannya.

7.Kewujudan sifat kasih dan sayang ini akan dapat:

> membantu melahirkan masyarakat harmoni

> membantu menimbulkan suasana saling hormat-menghormati

> membantu meningkat semangat kerjasama dan tolong-menolong

> menghasilkan sikap berkorban yang tiada tolok bandkngnya(sanggup berkorban apa saja!)

> memperoleh nilai kemanisan iman

> mengeratkan persaudaraan/silaturrahim

8.Sifat kasih sayang ini boleh terkakis berpunca daripada semangat mementingkan diri sendiri/ego dll sikap negatif

9.Tanpa sifat kasih sayang maka:

> akan hilang segala kebaikan

> menyebabkan seseorang itu akan hanya melihat dunia dan isinya sebagai unsur untuk memenuhi tuntutan dan keinginannya

> tiadalah sumbangan terhadap orang lain dan hak insan lain dikesampingkan

> sukar untuk membina persaudaraan,kerjasama,perpaduan serta keharmonian masyarakat.

> tiada semangat prihatin,dermawan terhadap golongan dhaif,miskin dll.

> hidup hambar dan tidak bermakna

10.Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud 'Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi bagi saudaranya apa yang dikasihi bagi dirinya sendiri'

11.Islam mengajarkan umatnya memberi ucapan SALAM YANG IKHLAS sebagaimana tuntutan syarak bagi mengekalkan hubungan mesra sesama mjslim serta menjalin rasa kasih sayang.

No comments:

Post a Comment