Friday, February 17, 2012

Bila berbeza pendapat.....

1.Berbea pendapat dalam sesuatu perkara adalah lumrah kehidupan.

2.Perbezaan pendapat akan terus berlaku dari semasa ke semasa mengikut keadaan.

3.Berlakunya perbezaan pendapat adalah jalan bagi kebijaksanaan jika ianya dilakukan dengan adab dan kaedah yang betul...iaitu mesti memegang prinsip kebrnaran yang tidak berganjak dari faktor hukum syarak.

4.Ingatlah bahawa masa merubah segalanya.....jadi pendapat mengenai sesuatu perkara pun berubah mengikut masa dan situasi.

5.Dalam kita berbeza pendapat,apa yang penting adalah kita tidak boleh taksub membabi buta,kita sepatutnya berfikiran terbuka.Sikap keterbukaan dan bersederhana akan banyak menyelesaikan kekusutan......asal saja selari dengan dengan hukum Allah.

6.Fakta,data,maklumat dan hujah bernas perlu bagi menganalisa pendapat yang berbangkit/berbeza dimana ianya akan menjurus ke arah kebenaran yang dicari.

7.Kaedah pendapat yang terbaik hendaklah dipatuhi/diikuti oleh mereka yang berbalah tanpa bermasam muka atau merenggangkan hubungan siraturahim,sebaliknya ia akan memperkayakan lagi khazanah ilmu kita.

8.Jadi bila berbeza pendapat dalam satu-satu perkara seharusnya tidaklah sampai ke tahap pergaduhan/pecah-belah/menuding jari menyalahkan pihak lain/maki hamun dsg disamping menganggap 'aku saja yang betul,orang lain semua salah.' Sikap sedemikian rupa amat merugikan.

9.Peliharalah adab dalam berbeza pendapat.Pendapat orang lain boleh disanggah dengan kaedah dan fakta ilmiah yang bet tanpa perlu memberi label-label negatif dan mestilah kita berlapang dada menerima hakikat kebenaran.

10.Elakkan dai memberi pendapat bagi tujuan mendapat populariti atau habuan dunia.

11.Elakkan juga daripada niat yang tidak baik seperti melaga-lagakan orang lain dan niat buruk tertentu.

12.Sebenarnya pendapat yang berbeza-beza boleh disekesaikan secara muzakarah/meja rundingan dan cuba sekaraskan perbezaan yang ada.

13.Kadang-kadang perbeaan pendapat timbul atas sebab teknikak saja.Namun bila ada pihak yag cuba menangguk di air keruh bagi menimbulkan kekeliruan/salah aham demi kepentingan tertentu menyebabkan orang ramai celaru seterus timbul kekacauan.

14.Sebaiknya,pendekatan bijaksana,berprinsip,dinamik,realiti dan Islamik ke arah kebenaran hakiki perlu diambil dalam meleraikan sesuatu percanggahan pendapat.

15.Masalah timbul bila mana ada pihak yang cuba berlagak jaguh menimbulkan kontroversi/fitnah demi kepentingan tertentu akan menyebabkan kesatuan fikiran tidak dapat dicapai malah melebarkan lagi jurang perbezaan pendapat.

16.Untuk itu,titik persamaan yang boleh menyatukan ummah harus dijadikan keutamaan.

No comments:

Post a Comment