Monday, February 20, 2012

Emosi : Perlu dikawal untuk manfaat

1.Emosi pada asasnya merupakan perasaan manusia dalam menghadapi situasi yang berbeza.

2.Ringkasnya emosi adalah suatu reaksi tubuh menghadapi keadaan tertentu.

3.Lebih tepat lagi emosi adalah hasil kognitif (daya fikir) terhadap situasi spesifik.

4.Oleh kerana emosi merupakan reaksi manusiawi terhadap berbagai situasi yang nyata,maka sebenarnya tidak ada emosi baik atau emosi buruk,atau emosi yang menyenangkan dan tidak menyenangkan.

5.Emosi dikatakan baik atau buruk hanya bergantung pada akibat yang ditimbulkan terhadap individu terlibat atau orang lain.

6.Antara contoh emosi yang kita pernah alami adalah seperti marah,takut,cemas,khuatir,risau,resah,murung,sedih.meluat,dukacita,geram,dengki,rasa tidak berharga,rasa bersalah,simpati,kasihan,memaafkan,gembira,suka dll.

7.Kecerdasan emosi yang tinggi diperlukan oleh kita semua dalam berhujah,bertindak dan membuat keputusan.

8.Perlu faham bahawa ekspresi emosi yang tepat pada situasi yang betul memang terbukti mendatang manfaat.

9.Perlu faham bahawa emosi yang menyenangkan perlu dibenarkan bersama-sama kita sepanjang masa.

10.Emosi yang berpandukan akal yang sihat akan membimbing manusia kearah kebaikan.

11.Emosi yang sihat akan menyebabkan seseorang mencari dan memilih jalan yang terbaik bagi mengimbangi rangsangan naluri dan kemahuan nafsu.

12.Seseorang yang berjaya mengawal emosinya dan memiliki emosi yang sihat akan dapat membuat pertimbangan yang betul,keputusan yang bijaksana,langkah yang telus,komunikasi yang berkesan dan meningkatkan keyakinan terhadap seseorang.

13.Seseorang yang berjaya mengawal emosinya dan emosinya sentiasa sihat akan menyebabkan ia berjaya memanfaatkan naluri dan nafsu mearah kebaikan dimana dapat membuat pilihan yang tepat ke atas sesuatu perkara.

14.Untuk memiliki emosi yang sihat kita perlu mdngurus/mengawal emosi negatif dengan langkah-langkah berikut:

## mengenal pasti dan cuba fahami emosi yang dirasai sama ada baik atau buruk.

## ambil tindakan atau berusaha menjadikan emosi itu ke arah yang lebih baik.

## berfkir secara positif,maka kita akan ke arah yang lebih positif.

## elakkan dari membiarkan emosi negatif yang dialami dari menjadi berterusan/kronik tanpa dikawal/diurus

## kikis sikap suka melihat sesuatu itu cuma bahagian/sisi negatif saja

## pupuklah emosi sihat sepanjang masa dengan perkara positif.....bisikan kata-kata yang baik-baik,teladan yang baik,menegur dengan bijak,sabar menghadapi kerenah,tidak menggertak,tidak menakht-nakutkan,sayang-menyayangi dll.

15.Kita perlu faham bahawa PENENTU SIKAP MANUSIA (sebagai hasil persepsi terhadap situasi) dipengaruhi oleh tiga aspek berikut:

.......1) Daya fikir (kognotif)

........2) Psikomotorik (konatif)

.........3) Emosi (aspek afektif)

16. Jadi,EMOSI yang dikawal/urus dengan betul dapat mendatangkan manfaat/kebaikan dalam kehidupan ini.
Contohnya.....emosi takut keoada harimau akan menyebabkan kita bertindak menyelamatkan diri.
........................emosi sedih terhadap sesuatu situasi akan menyebabkan timbul keinsafan

17.Akhirnya, emosi sihat (akibat dari berjaya mengawal sesuatu emosi itu dengan baik) akan melahirkan.......sikap yang baik,cara berfikir yang betul,tingkah laku beradab,membuat pertimbangan yang semlurna,membuat pilihan yang tepa,keputusan bijaksana dll.....ringjasnya emosi sihat perlu untuk berjaya dalam hidup ini.

No comments:

Post a Comment