Friday, February 17, 2012

'Keselamatan' Melayu-Islam. ....siapa peduli?

1.Isu 'keselamatan' Melayu-Islam di Malaysia sebenar di kawal melalui jaminan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan beberapa hak keistimewaan bagi orang Melayu,agama Islam,termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu.Namun apa yang termaktub itu tidak mungkin dapat dilaksanakan jika orang Melayu lemah dalam semua segi terutama politik,ekonomi,pendidikan,sosial,budaya dan lain-lain bidang penting.

2.Sebenarnya 'keselamatan' memainkan peranan penting dalam kehidupan ini.Dimana soal keselamatan merupakan perihal selamat dari segala segi,sejahtera dan aman.

3.Keselamatan juga bermaksud keadaan terlindungi dari masalah fizikal,psikologikal,sosial,ekonomi/kewangan,politik,perasaan,pekerjaan,pelajaran/pendidikan,agama dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini.Ini juga termasuk dalam konteks terlindung daripada sesuatu malapetaka atau bencana yang berkaitan kesihatan,ekonomi dll yang menjurus kearah tidak suvivalnya orang Melayu.

4.'Keselamatan' Melayu boleh dikategorikan dalam beberapa bidang seperti berikut:

# Keselamatan negara wilayah Melayu
.....ini merujuk kepada keselamatan tanah air yang dihuni oleh majoriti orang Melayu dimana Raja-Raja Melayu sebagai ketua negeri-negeri dan ketua negara jajahan takluknya serta orang Melayu memegang kuasa politik/eksekutif yang dilindungi melalui apa yang dipersetujui dimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
.....seterusnya keselamatan ini diperkukuhkan dalam segala segi seperti pertahanan (adanya askar Melayu Diraja dsg) untuk memastikan bidang-bidang penting seperti ekonomi,politik,budaya dll dari jatuh ke tangan orang lain/musuh Melayu-Islam.

# Keselamatan masyarakat Melayu
....ini merujuk kepada keselamatan masyarakat Melayu yang harus dipertahankan/dijaga/dijamin demi kebaikan semua dalam sesebuah komuniti.

# Keselamatan pengguna Melayu
....ini merujuk kepada keselamatan pengguna Melayu-Islam dalam mendapat sesuatu barangan atau perkhidmatan yang halal menurut syariat Islam.

# Keselamatan pekerjaan bagi orang Melayu-Islam
.....ini merujuk kepada keselamatan para pekerja Melayu-Islam yang bekerja dalam sesebuah premis/syarikat/organisasi dari sebarang penindasan,diskriminasi,penafian hak untuk mentup aurat/solat dsg.Disamping itu,persekitaran tempat kerja yang sihat dan selamat perlu ada bagi membantu pekerja Melayu-Islam dapat melakukan kerja-kerja yang dimana terhindar dari risiko bahaya dan meningkatkan produktiviti.

Selamatkah orang Melayu-Islam di Malaysia?

Saya berpendapat 'keselamatan' Melayu-Islam belum mantap sepenuhnya lagi disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

.....asyik berpecah/longgar perpaduan akibat dari ideologi politik,taksub kepada individu tertentu dan melebihkan kepentingan diri

.....lalai akan soal memperteguh hak istimewa yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan

.....lemah dalam bidang penguasaan ekonomi,kewangan,pemilikan ekuiti dll aset penting kekayaan negara

.....kurang menyemarakkan agenda penyatuan dan pendidikan secara serius disemua peringkat

.....strategi tidak disusun dengan terancang/rapi ke arah keselamatan Melayu-Islam oleh semua pihak

.....idea,masa,tenaga,kepakaran dsg tidak digembeling dan diurus dengan cekap bagi menyelesai masalah/isu yang boleh membantut usaha ke arah survival Melayu-Islam

......cerdik pandai,cendikiawan,intelektual,pemimpin Melayu-Islam terpesona dengan habuan dunia,materialistik,individualistik tanpa pentingkan keselamatan masa depan umat Melayu-Islam

.....orang Melayu-Islam terlampau bertolak ansur,terlampau berlembut demi menjaga hati pihak lain

......orang Melayu-Islam tidak bijak menggunakan kuasa undi dalam pilihanraya juga kuasa pengguna dalam perniagaan

......orang Melayu-Islam tidak ambil iktibar akan nasib yang telah menimpa saudara seagama dan sebangsa dengan kita di Singapura (tiada kuota menteri penuh,tidak dibenarkan memegang jawatan tinggi dalam tentera/polis,bahasa Melayu jadi bahasa ketiga,azan tidak boleh dilaungkan diluar masjid,diskriminasi biasiswa dll) begitu juga dengan keadaan tertindas Melayu-Islam di Pulau Pinang.

.....orang Melayu-Islam seakan tidak memperkukuhkan kuasa politik dan seakan tidak takut akan kehilangan kuasa politik

......orang Melayu-Islam nampaknya tidak berhati-hati dengan pelbagai strategi musuhnya untuk melenyapkan ketuanan Melayu


Jadi,soal 'keselamatan' Melayu-Islam patut jadi satu slogan ideologi demi survival.

Akhirnya,saya lontarkan persoalan....siapa ambil peduli soal keselamatan Melayu-Islam di Malaysia?
......sanggupkah orang Melayu-Islam berjihad/menggadai nyawa jika negara ini diserang musuh?

BOLEH SELAMATKAH ORANG MELAYU-ISLAM?

TEPUK DADA TANYA SELERA.

ISU KESELAMATAN MELAYU-ISLAM PERLU DIPENTINGKAN......maka 'Kita mesti menyokong segala usaha kearah menjaga keselamatan Melayu dan Islam di Malaysia khususnya dan di dunia amnya'.

Sekian.

No comments:

Post a Comment