Tuesday, October 25, 2011

KEKUATAN SEMULA JADI MANUSIA

Berikut dipaparkan beberapa kekuatan semula jadi dan juga kelebihan manusia yang diberikan oleh Allah seperti mana yang terdapat dalam al-Quran:

1.Manusia diciptakan oleh Allah dalam bentuk yang sempurna sebagai sebaik-baik kejadian.

Rujukan al-Quran, surah at-Tin ayat 4:

Firman Allah bermaksud;

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

2.Manusia mengenali Allah sebagai Tuhan yang Maha Esa semenjak dari alam roh.

Rujukan al-Quran,surah al-A'raf ayat 172:

Firman Allah bermaksud;

.......dan Ia jadikan mereka sebagai saksi terhadap diri mereka sendiri (sambil Ia bertanya dengan firman Nya):"Bukan kah Aku Tuhan kamu?" Mereka menjawab:"Benar (Engkau Tuhan kami),kami menjadi saksi".............

3.Manusia mempunyai sifat suci dan fitrah

Rujukan al-Quran, surah ar-Rum ayat 30:

......Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semula jadi) untuk menerimanya;...

4.Allah menjadikan benda-benda di muka bumi untuk kegunaan manusia.

Rujukan al-Quran, surah al-Baqarah ayat 29:

Firman Allah bermaksud;

Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi,.....

5.Manusia melebihi makhluk lain dengan diangkat menjadi khalifah Allah di muka bumi.

Rujukan al-Quran,surah al-Baqarah ayat 30:

Firman Allah bermaksud;

Dan (ingatlah) ketika Tuhan mu berfirman kepada malaikat:"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"...........

6.Manusia dimuliakan dan diberi segala macam keistimewaan dan kebolehan.

Rujukan al-Quran,surah al-Isra' ayat 70:

Firman Allah bermaksud;

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam;dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai jenis kenderaan di darat dan di laut;dan Kami telah memberi rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.

7.Manusia dibekalkan dengan keupayaan terpendam untuk membezakan di antara yang baik dan buruk.

Rujukan al-Quran,surah al-Syam ayat 7-10:

Firman Allah bermaksud;

...................;Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan,dan yang membawanya kepada bertaqwa;........................................

8.Manusia diberi kebebasan memilih dan menggunakan akal fikiran serta juga diberi kemudahan untuk merealisasikan pilihan tersebut,misalnya jika manusia mahu melakukan KEJAHATAN maka dimudahkan untuknya jalan ke arah itu.

Rujukan al-Quran,surah an-Nisa' ayat 115:

Firman Allah bermaksud;

................,dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman,Kami akan memeberikan kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya,....................

9.Manusia diberi kebebasan/menggunakan akal/kemudahan untuk mahu melakukan KEBAIKAN maka dimudahkan jalan kearah itu.

Rujukan al-Quran ,surah al-Infitar ayat 5-7:

Firman Allah bermaksud;

.........mengetahuilah tiap-tiap diri akan apa yang telah dikerjakannya dan ditinggalkannya.Wahai manusia!Apakah yang memperdayakanmu............lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan,serta menjadikan (binaan tubuh badanmu ) sama padan dengan kekuatannya.

10.Manusia diberi kebebasan untuk bertindak mengikut tabiat dan kemahuan mereka sendiri.

Rujukan al-Quran,surah al-Isra' ayat 84:

Firman Allah bermaksud;

.........."Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri;maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (diantara kamu) yang lebih betul jalannya".

11.Manusia ditunjukkan jalan kebaikan dan kejahatan.

Rujukan al-Quran,surah al-Balad:

Firman Allah bermaksud;

Dan Kami telah menunjukkan dua jalan,(jalan kebaikan untuk dijalaninya,dan jalan kejahatan untuk dijauhinya)?

12.Manusia diberi kebebasan untuk menerima atau menolak ajaran Allah yang disampaikan kepada mereka melalui para nabi dan rasul.

Rujukan al-Quran,surah al-Kahfi ayat 29:

Firman Allah bermaksud;

..........."Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu,maka sesiapa yang mahu beriman,hendaklah ia beriman;dan sesiapa yang mahu kufur ingkar,biarlah dia mengingkarinya",.................

13.Manusia bebas untuk menganut apa juga kepercayaan,ideologi,atau agama yang dipilihnya.

Rujukan al-Quran,surah al-Baqarah ayat 256:

Firman Allah bermaksud;

Tidak ada paksaan dalam agama Islam,kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).Oleh itu sesiapa yang tidak percayakan Taghut,dan ia pula beriman kepada Allah,maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan(tali agama) yang teguh,........

14.Manusia merupakan makhluk intelek dimana mempunyai persediaan semula jadi untuk menerima ilmu dan tanggungjawab moral dimana berupaya mengendalikan kawalan diri dalam aktiviti seharian.

Rujukan al-Quran,surah al-Baqarah ayat 31:

Firman Allah bermaksud;

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam,akan segala nama benda-benda dan gunanya,................

15.Manusia memiliki roh untuk memperolehi sifat kerohanian,dan memiliki jasad yang membolehkannya hidup di muka bumi serta memanfaatkan segala benda yang dapat diperolehinya.Allah telah menciptakan segala apa yang terdapat didunia ini semata-mata untuk kepentinan manusia.

Rujukan al-Quran,surah Luqman ayat 20:

Firman Allah bermaksud;

Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi,dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan batin?.................

16.Manusia mengubah apa yang ada pada dirinya.Segala pemberian yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah bergantung pada perbuatan manusia itu sendiri.

Rujukan al-Quran,surah ar-Ra'd ayat 11:

Firman Allah bermaksud;

...........Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri...................

17.Manusia bertanggungjawab atas nasibnya sendiri.

Rujukan al-Quran,surahal-An'am ayat 164:

Firman Allah bermaksud;

............Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya;dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);..................

18.Manusia tidak boleh menyalahkan orang lain dalam apa juga tindakan yang merugikan dirinya,kerana setiap kebaikan dan kejahatan yang dilakukannya adalah untuk dirinya sendiri.

Rujukan al-Quran,surah al-Baqarah ayat 286:

Firman Allah bermaksud;

............Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya,dan ia menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.................

19.Manusia tidak memikul dosa orang lain dan manusia akan menerima balasan apa yang dibuatnya.

Rujukan al-Quran,surah an-Najm ayat 38-39:

Firman Allah bermaksud;

.........Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain.Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan apa yang diusahakannya.


KESIMPULAN:

SEBENARNYA MANUSIA AKAN MEMPEROLEH KEKUATAN DAN KELEBIHAN SEMULA JADI SEKIRANYA MEREKA MENURUT JALAN YANG TELAH DITETAPKAN OLEH WAHYU ALLAH (IAITU BERIMAN KEPADA ALLAH DAN MENGERJAKAN AMAL SOLEH).Golongan ini mencapai taraf mukmin SEJATI dengan memiliki akhlak mulia,ketenangan,keharmonian dan kebahagiaan jiwa.MANUSIA SEBEGINI TIDAK AKAN RUGI DI AKHIRAT KELAK.

No comments:

Post a Comment