Berikut dipaparkan beberapa kelemahan semula jadi manusia yang disebut dalam Al-Quran:
1.LUPA
Sebenarnya lupa merupakan kelemahan manusia yang paling utama.Kegagalan manusia untuk mentaati perintah Allah adalah berpunca daripada sifat lupa (nisyan).Malah manusia dipanggil INSAN kerana selepas membuat perjanjian azali di alam roh,di mana manusia mengaku bahawa Allah adalah Tuhan,Pencipta,Penguasa seluruh alam,mereka lupa untuk memenuhi tuntutan perjanjian tersebut,iaitu pelaksanaan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifah Allah dimuka bumi dengan adil.
Sifat lupa merupakan punca ketidaktaatan manusia terhadap peraturan dan suruhan Allah.
Rujukan al-Quran mengenai sifat lupa adalah surah Taha ayat 115:
Firman Allah yang bermaksud;
Dan demi sesungguhnya,Kami telah berpesan kepada Adam pada masa lalu,tetapi ia LUPA;dan Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.
Huraian ayat tersebut ini mengingatkan kita supaya janganlah melupakan apa yang telah diperintahkan,bahkan hendaklah dikerjakan dengan bersungguh-sungguh.Contoh yang terjadi pada bapa manusia iaitu Adam (a.s) yang telah melupakan apa yang telah diperintahkan kepadanya semasa di dalam syurga,supaya jangan menghampiri pokok larangan,tetapi ia telah melupakan perintah itu.
2.LALAI dengan keseronokan duniawi dan BERLEBIHAN dalam mengejar harta.
Rujukan al-Quran mengenai hal ini adalah surah At-Takasur ayat 1:
Firman Allah bermaksud;
Kamu telah DILALAIKAN (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda,anak pinak,pangkat dan pengaruh).
3.KEDEKUT dan MEMENTINGKAN DIRI
Rujukan al-Quran mengenai perkara ini adalah surah An-Nisa' ayat 128:
Firman Allah bermaksud;
........sedang sifat bakhil KEDEKUT (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada manusia.......
4.TIDAK SABAR dan KELUH KESAH ketika ditimpa bencana,dan enggan berbelanja bila memperoleh harta
Rujukan al-Quran mengenai hal ini adalah surah Al-Ma'arij ayat 19-21:
Firman Allah bermaksud;
Sesungguhnya manusia itu bertabiat TIDAK SABAR/resah gelisah (lagi bakhil kedekut),Apabila ia ditimpa kesusahan,ia sangat resah gelisah,Dan apabila ia beroleh kesenangan,ia sangat kedekut.
5.TIDAK MENGENANG BUDI dan MELUPAKAN NIKMAT ALLAH
Rujukan al-Quran berkaitan hal ini adalah surah Al-Adiyat ayat 6:
Firman Allah bermaksud;
Sesungguhnya manusia sangat TIDAK BERSYUKUR akan nikmat Tuhannya.
Juga rujuk surah Al-Isra' ayat 67:
Firman Allah bermaksud;.............dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah).
6.BAKHIL dan SANGAT MENCINTAI HARTA
Rujukan al-Quran mengenai perkara ini adalah surah Al-Adiyat ayat 8:
Firman Allah bermaksud;
Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).
Juga rujuk surah Al-Isra' ayat 100:
Firman Allah bermaksud;
............dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut.
7.KURANG BERSYUKUR dan KURANG BERTERIMA KASIH
Rujukan al-Quran berkaitan hal ini adalah surah As-Sajdah ayat 9:
Firman Allah bermaksud;
............amatlah sedikit kamu bersyukur.
8.PEMBANTAH dan PENDERHAKA yang hebat
Rujukan al-Quran mengenai perkara ini adalah surah An-Nahl ayat 4:
Firman Allah bermaksud;
.........,tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya.
9.LEMAH
Rujukan al-Quran berkaitan kelemahan semula jadi manusia ini adalah surah An-Nisa' ayat 28:
Firman Allah bermaksud;
.........,kerana itu manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.
10.TERGESA-GESA dan GOPOH-GAPAH
Rujukan al-Quran mengenai hal ini adalah surahAl-Isra' ayat 11:
Firman Allah bermaksud;
,..........,dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru.
11.LEKAS PUTUS ASA,KUFUR dan SOMBONG
Rujukan al-Quran mengenai hal ini adalah surah Hud ayat 9-10:
Firman Allah bermaksud;
.........kedapatan dia sangat berputus asa,lagi sangat-sangat tidak bersyukur.
.......lagi bermegah-megah (kepada orang ramai).
12.SUKA BERBANTAH
Rujukan al-Quran mengenai hal ini adalah surah Al-Kahfi ayat 54:
Firman Allah bermaksud;
.........dan sememangnya manusia itu,sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.
Juga rujuk surah Yassin ayat 77:
Firman Allah bermaksud;
........maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya.
13.ZALIM,JAHIL dan TIDAK BERTERIMA KASIH
Rujukan alQuran mengenai hal ini adalah surah Al-Ahzab ayat 72:
Firman Allah bermaksud;
......(Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan KEZALIMAN dan suka pula membuat perkara-perkara yang yidak sepatutnya.
14.TIDAK SABAR DIUJI
Rujukan berkaitan hal ini adalah surah Az-Zumar ayat 49:
Firman Allah bermaksud;
......bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian,akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
15.MENGINGATI ALLAH KETIKA SUSAH SAHAJA,MELAMPAUI BATAS
Rujukan al-Quran mengenai hal ini adalah surah Fussilat ayat 51:
Firman Allah bermaksud;
Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia,berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia ditimpa kesusahan,maka ia berdoa-merayu dengan panjang lebar.
16.Tidak memahami konsep ujian dan cubaan Allah
Rujukan mengenai perkara ini adalah surah Al-Fajr ayat 15-16:
Firman Allah bermaksud;
..........maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya,dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya(ia tidsk mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur)..............
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya,dengan disempitkan rezekinya,(ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya "Tuhanku telah menghinakan daku!"
17.KUFUR dan TIDAK SUKA MENUNAIKAN PERINTAH ALLAH
Rujukan al-Quran adalah surah Abasa ayat 23:
Firman Allah bermaksud;
Janganlah hendaknya ia kufur ingkar lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya.
18.MELAMPAUI BATAS KERANA MERASA DIRINYA SERBA CUKUP
Rujukan al-Quran adalah surah Al-Alaq ayat 6-7:
Firman Allah bermaksud;
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas.
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
19.TERLALU TERTARIK KEPADA HIASAN DUNIA
RUJUKAN AL-QURAN ADALAH SURAH Al-Imran ayat 14:
Firman Allah bermaksud:
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia:kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu,iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak;harta-benda yang banyak berpikul-pikul,dari emas danperak;kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih;dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman.Semua itu ialah kesenangan hidup didunia.Dan ingatlah,pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
KESIMPULAN
Menurut Islam,manusia memang tahu kelemahan yang ada pada dirinya,tetapi seringkali ia tidak mempedulikan.
Dengan dorongan nafsu dan bisikan syaitan,maka kelemahan semula jadi akan mengenepikan kekuatan semula jadi manusia dan akhirnya sifat-sifat KEJI akan berkembang dan subur dalam diri manusia.Apabila kelemahan semula jadi manusia berkembang menjadi dominan,maka manusia akan menjadi makhluk yang amat rendah darjatnya menjadi lebih rendah dari darjat haiwan yang tidak berakal.
No comments:
Post a Comment