Thursday, October 13, 2011

MENGENAL DIRI SENDIRI

1.Dalam usaha untuk mengenal diri sendiri,persoalan berikut perlu dijawab dengan jujur dan bertanggungjawab:

# Siapakah saya?

# Apakah tujuan hidup saya?

# Apakah fungsi sebenar saya di muka bumi ini?

# Ke manakah arah hidup saya?

# Apakah peranan yang patut saya pegang dalam masyarakat?

# Apakah yang saya tahu tentang diri saya?

# Bagaimanakah cara terbaik untuk saya berjaya?

# Apakah kekuatan dan kelemahan diri saya?

# Apakah corak perwatakan/personaliti saya?

# Apakah keistimewaan yang ada pada diri saya?

2.Seterusnya sila jawab persoalan berikut:

* Bagaimana diri kita dicipta?

* Bagaimana dengan pegangan kita?

* Siapa ikon kita?

* Bagaimana kontrak hidup kita?

* Apakah diari hidup kita?

* Apakah saham ibu bapa terhadap kita?

* Apakah kita benar-benar memanfaatkan masa hidup kita?

* Bagaimana kita mengurus dunia?

* Bersediakah kita untuk kembali menemui Tuhan?

* Bagaimana akhir hayat kita?

3.Anatara perkara yang perlu diketahui tentang diri sendiri termasuklah juga keadaan fizikal,emosi,sosial,kognitif,rohani,minat, dan tahap kecerdasan serta kecergasan

4.Jika seseorang individu itu belum berjaya mengenal diri sendiri,maka ia gagal membentuk identiti diri yang matang,seterusnya individu tersebut mudah dilanda perasaan keliru tentang peranan yang perlu dimainkannya dalam hidup.

5.Untuk mengembangkan daya kepimpinan yang baik,seseorang individu perlu mengenal diri sendiri dan mempunyai identiti diri yang jelas.Konsep-konsep asas yang berkaitan dengan proses mengenal diri termasuklah :
...penghormatan diri
...sempurna kendiri
...kesedaran kendiri
...konsep kendiri
...yakin kendiri
...kawalan kendiri
...disiplin kendiri
...penghargaan kendiri
...imej kendiri
...persepsi kendiri
...tanggungjawab kendiri
...potensi diri
...bakat diri
...usaha diri

6.Dalam proses mengenal diri,konsep ikhtiar,tawakal dan takdir perlu difahami dengan baik.

7.IKHTIAR....merujuk kepada pilihan yang gigih ke arah mencapai sesuatu kebaikan.
....untuk melaksanakan proses ikhtiar dengan berkesan,seseorang itu perlu mempunyai ciri asas berikut:
a.Teguh iman dan bertaqwa dalam setiap tindakan
b.Kemas dalam pemikiran dan tindak
c.Melaksanakan kerja dengan ikhlas dan amanah
d.Bijaksana dalam membuat pertimbangan
e.Berilmu dan berpengetahuan luas
f.Cekal menghadapi cabaran
g.Berlaku adil dalam semua tindakan
h.Mempunyai perancangan masa depan yang sistematik
i.Rajin,gigih,sabar,bersemangat,dedikasi,komited,berdisiplin,bertanggungjawab.berpandangan jauh ketika bekerja
j.Mempunyai inisiatif diri
k.Sentiasa belajar dari kesalahan
l.Cermat,cergas dan pantas bekerja
m.Produktif,konstruktif,mementingkan kualiti

8.TAKDIR....merujuk kepercayan bahawa setiap perkara yang berlaku adalah menurut ketentuan dan ketetapan ALLAH.
....berkait dengan amalan beriman kepada qada dan qadar ALLAH.

9.TAWAKAL.....merujuk penyerahan nasib diri dan nasib usaha kita kepada ALLAH setelah berikhtiar sedaya upaya.

10.Untuk mengenal diri dengan baik,kita perlu membuat analisis luaran dan dalaman secara sistematik.Analisis luaran membabitkan penilaian terhadap keadaan keluarga,masyarakat,negara dsg dari sudut ancaman dan peluang.
Analisis dalaman pula membabitkan penilaian terhadap keadaan diri dari sudut kekuatan dan kelemahan seperti kekuatan tenaga,bakat diri,kesihatan diri,emosi,disiplin diri,corak pemikiran dsg.

11.Kesimpulannya,jika kita gagal mengenal diri sendiri maka kita akan gagal mepunyai matlamat hidup yang jelas.Seterusnya jika kita tanpa matlamat ibarat sebagai usaha untuk memandu kereta dari tempat duduk penumpang.

No comments:

Post a Comment