Sunday, October 16, 2011

CARA-CARA MEMBANTU MENGATASI TEKANAN AKIBAT TRAUMA

1.Imbangkan masa snda.Pastikan waktu yang secukupnya diluangkan untuk diri sendiri,beistirehat,bersenam,memakan makanan yang berkhasiat dan berbual-bual.Rancang masa anda dengan baik.
Anda mesti peka dengan apa yang berlaku dipersekitaran anda tetapi jangan mengenangkan kisah-kisah trauma yang dipaparkan oleh media massa.Tutup TV dan sebaiknya dengarlah muzik.

2.Anda mungkin berasa marah,sedih,menyalahkan diri sendiri atau gelisah.Anda mungkin menghadapi simptom-simptom seperti sakit perut,sakit kepala,tidak dapat menumpukan perhatian atau menggeletar.Ini merupakan reaksi yang biasa.Jangan anggap diri anda sebagai kurang siuman.Jika simptom-simptom tersebut berterusan atau membebankan berjumpalah dengan doktor.

3.Luangkan masa untuk berbual-bual dengan orang lain.

4.Jangan menyalahgunakan dadah untuk menghilangkan derita anda.

5.Luangkan masa untuk bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.Jika perlu,luahkan perasaan anda dan beritahu apa yang anda perlukan.Inagt,orang ramai,kebanyakannya sedia membantu dan prihatin.

6.Kembali ke tugas harian anda seperti biasa bila anda rasa sudah bersedia.

7.Menyedari orang disekeliling kita mungkin menghadapi tekanan jadi bantulah kawan-kawan,ahli keluarga sedaya upaya dengan berkongsi perasaan dan bertanya bagaimana mereka menghadapi masalah mereka.Dengan membantu orang lain,anda membantu diri anda sendiri.

8.Jangan berlawan dengan perasaan,tidak mengapa sekiranya anda rasa teruk tetapi luangkan masa untuk berkongsi perasaan dan pengalaman dengan orang lain.

9.Catatkan pengalaman anda sebagai satu rekod.

10.Buat sesuatu yang membuatkan anda rasa gembira,contohnya bertafakur.

11.Jangan lakukan perubahan yang drastik pada kehidupan anda.Tangguh sehingga masa yang lebih sesuai.

12.Fikir apa yang telah membantu anda mengatasi tekanan pada masa lalu.

13.Utamakan apa yang penting buat masa sekarang.

14.Buatlah keputusan harian sebanyak mungkin,ini akan memberikan anda keyakinan diri.

15.Mengnang kejadian yang lalu,mimpi-mimpi buruk adalah biasa.Jangan lawan ia pasti akan berkurangan dengan perjalanan masa.

16.Sekiranya simptom-simptom berterusan atau menjadi lebih teruk sila berjumpa dengan doktor atau kaunselor.

No comments:

Post a Comment