1.Kita semua adalalah manusia.
2.Manusia adalah sejenis makhluk ciptaan Allah yang terbentuk dari cantuman ROH yang bersifat ghaib dan kekal dengan JASAD yang bersifat nyata dan sementara.
K
3.Jasad merupakan alat yang digunakan oleh roh untuk menjalani kehidupan di dunia ini.
4.Hakikat diri yang sebenarnya merupakan roh atau jiwa atau rohani atau batin yang ada dalam diri manusia itu sendiri harus dikenali dengan sebaiknya.
5.Diri batiniah ini tidak dapat dilihat dan diraba oleh mata lahiriah dan tangan manusia.
6.Di dalam Al-Quran,'diri' itu disebut dengan berbagai istilah,tapi tujuannya adalah untuk mengingatkan manusia agar berfikir betapa luasnya hakikat diri kita sebagai manusia.
7.Roh dicipta oleh Allah terlebih dahulu daripada jasad dan ia sudah mempunyai beberapa pengetahuan kerohanian sebelum bercantum dengan jasad
8.Selepas roh bercantum dengan jasad,terdapat empat unsur asas yang membentk ciri semula jadi manusia,iaitu:
> unsur syahwat....berkait dengan keperluan fisiologi
> unsur marah....berkait dengan keperluan keselamatan
> unsur ketuhanan....berkait dengan keperluan psikologi
> unsur kesyaitanan....TIDAK berkait dengan sebarang keperluan asas,tapi boleh melahirkan sifat buruk seperti hasad dengki,dendam,menipu,mungkir janji dan berbohong dll.
9.Diri manusia dilengkapkan oleh Allah dengan sifat-sifat tertentu,kemudian sifat-sifat tersebut akan dinilai/dihisab sama ada baik atau buruk bila kita kembali menemuiNya semula nanti.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.Sesungguhnya pendengaran,penglihatan dan hati,semua itu akan di minta pertanggungjawapannya" (Al-Isra':36)
10.Allah menjelaskan kepada kita tentang istilah 'jiwa' dan sifat yang terdapat pada jiwa,iaitu pendengaran ,penglihatan disamping roh juga akan diuji tentang ketaqwaannya kepada Allah.
11.Itulah sebabnya ketika Allah berfirman kepada roh dan jiwa sedia untuk berbakti dan melaksanakan perintah Allah.Roh telah berjanji/berikrar kepada Allah.Untuk melaksanakan janji tersebut, roh perlukan tempat iaitu jasad.
12.Ringkasnya,sebelum wujudnya jasad kita,sesungguhnya roh kita telah mengadakan perjanjian dengan Allah.Iaitu kita telah berjanji akan mengabdikan diri kepada Allah semata-mata sejak azali.
13.Oleh kerana kita telah mengadakan perjanjian dengan Allah ketika di alam azali,maka mengapa kita (di dunia) ini harus tidak mahu menepati/ingkari perjanjian yang telah dilakukan sendiri.
14.Istilah batin juga disebut sebagai kalbu.Seandainya kalbu tersebut diterangi dengan NUR maka selamatlah seseorang itu,jika tidak maka tidak selamatlah kita.
15.Kalbu mesti mempunyai asas yang membolehkannya selamat yang hanya Allah menentukan.Sesungguhnya segala sesuatu yang ada dalam diri kita berupa nafas,akal,nafsu dan roh bila bergabung menjadi satu maka dinamakan dengan INSAN.
16.Insan juga dikenali sebagai manusia.Manusia mempunyai potensi kekuatan dan kelemahan yang tertentu.
17.Mana-mana kekuatan atau kelemahan akan berkembang subur berdasarkan beberapa faktor seperti jiwa manusia,corak asuhan,kualiti pendidikan,persekitaran fizikal dan sosio-budaya.
18.Satu kekuatan asas manusia adalah kebolehan untuk membina ilmu,membuat pilihan hidup,dan mengurus diri sendiri.
19.Satu kelemahan manusia yang paling utama pula ialah SIFAT LALAI dan LUPA.
20.Sifat lupa/lalai inilah yang menjadi punca kezaliman,kejahilan,penderhakaan,dan ketidaktaatan manusia terhadap peraturan dan suruhan Allah.MaNUSIA LUPA AKAN PERJANJIANNYA DENGAN ALLAH DI ALAM AZALI!
21.Melalui unsur kesyaitanan dan sifat pelupa yang ada pada manusia ini maka akan mendedahkannya kepada bisikan syaitan,iaitu syaitan merupakan sejenis makhluk yang menjadi musuh manusia yang sentiasa berusaha untuk membawa manusia ke neraka.
22.Untuk membantu manusia menjalani kehidupan duniawi dengan baik,maka Allah menurunkan petunjuk dalam bentuk Al-Quran dan al-Sunnah.
23.Dengan berpandukan ilmu wahyu,pemikiran rasional,dan pengalaman yang konstruktif,maka manusia dapat menjalankan tugas dan tanggungjawabya yang utama iaitu sebagai HAMBA ALLAH,KHALIFAH ALLAH, dan PENDAKWAH (ajak makhluk lain masuk syurga dan berbuat baik) di muka bumi dengan baik.
No comments:
Post a Comment