1.'Brain washing' adalah bahasa mudah bagi 'MIND CONTROL' yang merupakan satu proses menghilangkan kepercayaan atau pendirian lama dan menggantikan dengan kepercayaan atau pendirian baru.
2. 'Mind control' ini dihasilkan menerusi coercive persuation.
3.Proses ini dirangka dan dilaksanakan sebegitu rupa dengan tujuan memusnahkan ketahanan dan kebebasan mental seseorang itu dengan menggantikannya dengan suatu pendirian atau ideologi baru.
4.Dalam buday Cina,proses ini dipanggil 'thought reform'.
5.Dalam bahasa mudah, proses "mind control" ini dipanggil 'brain washing'.
6.Dalam proses 'brain washing' ,biasanya mangsa sedar siapa musuhnya.
7.Berbeza dengan 'brain washing' ,teknik yng dipanggil 'thought control' tidak menampakkan kepada mangsa siapa sebenar musuhnya.Dimana orang cuba mengubah pendiriannya tidak tampil sebagai musuh;sebaiknya,ia memperkenalkan dirinya sebagai seorang kawan,seorang sahabat,yang hanya memikirkan tentang kepentingan mangsa itu saja.Cara inilah yang digunakan oleh ketua-ketua ajaran sesat(cults).
8.Antara teknik 'mind control' yang biasa digunakan oleh pengamalnya adalah seperti berikut:
# Hypnosis--menimbulkan keadaan 'high suggestibility' menerusi hypnosis;biasanya disebut sebagai merehatkan minda (relaxation) atau meditasi.
# 'Peer group pressure'-- menghilangkan rasa syak dan memusnahkan keengganan mangsa dengan membangkitkan rasa ingin diterima sebagai ahli baru mepada sesuatu kumpulan (need to belong).
# 'Love bombing'--menimbulkan kemesraan dengan mangsa,dengan mengujudkan suasana kekeluargaan,menerusi perbuatan berpelukan,bercium,berpegangan dan puji-pujian;membuang nilai lama mempercepatkan penerimaan kepercayaan atau pendirian baru dengan bertubi-tubi menolak kepercayaan dan pendirian lama.
# Doktrin kekeliruan--membuat mangsa menerima bulat-bulat perkara atau pendirian baru yang diberi kepadanya (dan membuang pegangan dan pendirian lama) menerusi penerangan dan syarahan yang kompleks dan sukar difahami
# Metacommunication-- menanamkan masej secara subliminal,dengan menekankan dan mengulangi berterusan beberapa perkataan atau rangkap kata yang sama,dalam penerangan atau syarahan yang panjang dan mengelirukan
# 'Removal of privacy'----menghilangkan privasi dengan menghilangkan keupayaan mangsa (tidak memberi peluang kepadanya) untuk bersendirian,menenangkan fikiran atau bertafakur.
# 'Time sense deprivation'--menghilangkan rasa masa dengan menjadikan mangsa hilang pertimbangan tentang masa sehingga ia tidak tahu siang atau malam atau berapa lama ia berada disesuatu tempat/dalam kurungan.
# 'Disinhibition'----mendorong mangsa supaya patuh kepada pihak tertentu sebagaimana kanak-kanak patuh kepada pihak yang lebih tua darinya;mengenakan arahan keras,misalnyamengenai waktu makan,mandi dan lemeriksaan doktor atau pemberian ubat,supaya mangs hilang orientasi.
# Maki hamun (verbal abuse)---mangsa dimaki berterusan sepanjang masa dimana saja semasa proses 'mind control'atau 'brain washing' atau semasa soal siasat/dalam kurungan.
# Pengakuan-- memusnahkan ego atau harga diri mangsa dengan memaksanya membuat pengakuan segala cacat cela dirinya atau salah laku yang pernah dilakukan olehnya dimasa lampau.
#'Sleep deprivation'---tiada peluang tidur dan rehat diberikan supaya mangsa hilang orientasi diri dengan itu lebih mudah setuju dengan apa saja yang dikehendaki darinya.
# 'Isolation'----pemencilan,dimana mangsa dikurung bersendirian,biasanya dalam bilik gelap,supaya hilang rasa realiti dunia sekeliling.
# Makanan---mangsa diberi makanan yang tidak biasa/tidak boleh diterima oleh tekaknya,perubahan diet ini disengajakan untuk menimbulkan kesan tidak baik kepada sistem saraf mangsa.
# Ketakutan----menimbulkan ketakutan kepada diri mangsa (ahli keluarganya),bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku jika enggan mengikuti apa yang dikehendaki daripadanya.
9. Mangsa yang telah mengalami proses 'mind control' atau 'brain washing' (misalnya oleh ketua-ketua ajaran sesat atau cults atau parti politik/pertubuhan haram,pihak berkuasa polis dsg supaya mangsa/pengikutnya menjadi begitu taksub/fanatik/tertutup minda/berakal binatang) mesti dipulihkan/dirawat supaya kesihatan mindanya berfungsi seperti sedia kala agar dapat membuat keputusan sendiri berasaskan suara hati,lebih waras,rasional,bukan atas telunjuk mana-mana pihak yang berkepentingan ke atasnya.
No comments:
Post a Comment