1.Sikap berdikari dan membina tamadun berasaskan kemampuan sendiri adalah perlu bagi umat Iskam kini.
2.Firman Allah yang bermaksud 'Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh-musuh Islam) dengan apa yang kamu mampu dari segala jenis kekuatan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang disiapkan,untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu,serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya.Dan apa saja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu,dan kamu tidak akan diankaya' (Surah al-Anfal ayat 60).
3.Umat Islam perlu mengambil iktibar positif dari ayat al-Quran di atas.
4.Malangnya,menurut laman Military of Malaysia,hampir semua negara Islam bergantung kelada import senjata dan ini termasuklah negara kita.
4.Sedangkan Singapura jiran kita sudah pun membina industri pertahanannya yang kukuh dan sudah mula mengeluarkan senjata untuk pasaran dunia seperti faifel SAR 21 dan SAR 80,sistem meriam bergerak Pegasus,sistem UAV Fain Tail,meriam FH2000 serta banyak lagi.
5.Negara pengeluar senjata dunia iaitu Rusia,Ukraine,Amerika Syarikat,China,Jerman,United Kingdom,Perancis,India,Afrika Selatan,Korea Selatan,Swiss,Poland,Itali,Israel,Australia,Kanada,Argentina,Brazil,Singapura dan beberapa buah negara lagi.
6.Negara Islam yang ada potensi mengeluarkan senjata seperti Iran dan Pakistan.Itu pun menerima tekanan dari Barat.
7.Sesungguhnya,dunia Islam kini tidak mampu menandingi Barat apa lagi tentu sekali tidak akan dapat memerangi Barat kerana masih bergantung pada peralatan/teknologi Barat.
8.Selagi dunia Islam memerlukan Barat dalam soal harta,pakaian dan barangan.Sedih sungguh bila mengetahui tidak ada pena yang digunakan untuk menandatangani sesuatu perjanjian dengan Barat,melainkan pena tersebut dibuat di Barat.
9.Secara umumnya,tidak ada senjata yang digunakan untuk memerangi Barat,melainkan senjata itu di buat di Barat.
10.Sesungguhnya adalah amat bahaya dan memalukan umat Islam semua kerana tidak dapat mengambil manfaat dari sumber kekayaan seperti minyak dan kekuatan sendiri/memiliki sendiri industri senjata,sumber pendidikan/pengetahuan,dll kekuatan yang di 'tenun' oleh tangan sendiri.
11.Selain dari dunia Islam masih banyak bergantung kepada belas ehsan Barat untuk 'hidup dan maju'.Negara umat Islam juga diselubungi oleh masalah dalaman seperti rasuah/korupsi yang buruk,perpecahan,kemiskinan,buta huruf dll.Ini semua merupakan 'musuh' juga yang mesti diperangi habis-habisan.
No comments:
Post a Comment