Thursday, January 12, 2012

Kepimpinan Pemimpin

1. Agak mustahil mempelajari kepimpinan tanpa pernah memimpin.

2.Kejayaan seorang pemimpin itu diukur daripada berapa ramai yang sudah menerima khidmatnya.

3.Pemimpin yang baik di mana-mana bahagian organisasi menjadikannya pemimpin atasan yang lebih baik.

4.Pemimpin yang baik adalah pembuat keputusan yang bagus.

5.Pemimpin yang kurang matang memimpin dahulu,kemudian baru mendengar.

6.Pemimpin diperlukan disetiap peringkat bagi menjayakan organisasi.
M
7.Apa saja tindakan yang mendapat ganjaran dari pemimpin akan diulang.

8.Pemimpin diperingkat pertengahan sering menjadi penterjemah misi organisasi.

9.Pemimpin perlu menjadi apa yang mereka mahu lihat.

10.Pe mimpin perlu mengambil tanggungjawab yang disesuaikan dengan gaya kepimpinannya kepada keperluan pengikutnya.

11.Pengikut sering merealisasikan harapan pemimpinnya sekiranya mereka sukakan pemimpin itu.

12.Pemimpin yang mementingkan diri selalunya akan gagal.

13.Perlu diingat,kepimpinan adalah berkaitan dengan individu.

14.Pemimpin yang baik perlu menahan godaan bagi memenangkan idea sendiri bila ia bukan idea yang terbaik.

15.Pemimpin yang hebat tidak menggunakan orang lain bagi berjaya untuk diri sendiri.Mereka memimpin orang lain.

16.Tiada yang dapat meningkatkatkan kewibawaan pemimpin lebih daripada menambah nilai kepada orang disekelilingnya.

17.Keupayaan kita mengangkat beban pemimpin bila diperlukan,kita akan dapat mempengaruhinya.

18.Pemimpin yang berjaya mengambil tindakan yang betul pada saat yang tepat dan diiringi dengan motif yang betul.

19.Pemimpin perlu berfikir dalam konteks yang jauh lebih besar.

20.Pemimpin perlu menjadi pengurus yang baik.

21.Pemimpin boleh melepaskan banyak perkara atau tugas kepada orang lain.Tapi tanggungjawab terakhir mesti dipikulnya.

22.Pemimpin yang bijak tahu bila emosi perlu dipamerkan dan bila menangguhkannya.

23.Pemimpin yang tidak yakin pada diri sendiri berfikir semua perkara ada kaitan dengan dirinya.

24.Pemimpin yang baik tidak memikirkan berkenaan batasan,tapilebih banyak memikirkanpeluang yang datang.

25.Kepimpinan adalah pilihan yang kita buat,bukn disebabkan kedudukan kita.

No comments:

Post a Comment