Sunday, January 22, 2012

Mengubah Perangai.....

Perangai atau tingkahlaku ditakrifkan sebagai suatu tindakan atau aktiviti yang dilakukan oleh seseorang individu/kumpulan secara sedar atau tidak sedar.

Perangai/tingkahlaku dipengaruhi oleh sifat peribadi,kepercayaan,ekspektasi,motif,nilai hidup yang dipegang dan lain-lain elemen kognitif,ciri-ciri persenoliti/perwatakan spt emosi/perasaan,sifat/pola tingkahlaku,tabiat,tindakan yang brkaitan dengan sesuatu perkara.

Faktor-faktor yang mempengaruhi perangai/tingkahlaku adalah:

(1) Keperluan fisiologi/fizikal/paling asas

(2) Keperluan keselamatan

(3) Keperluan kasih sayang

(4) Keperluan penghormatan

(5) Kesemprnaan diri


Perubahan perangai/tingkahlaku tidak akan berlaku selagi kehendak/keperluan hidup manusia tidak dipenuhi.

Untuk membawa perubahan perangai/tingkahlaku seorang individu itu harus mempunyai inisiatif dan insentif untuk berubah,merasa terancam oleh perangai/tingkahlaku masa lalu,dan yakin bahawa perubahan itu akan memberi manfaat kepadanya.

Keputusan seseorang itu untuk berubah tidak berlaku dalam sekelip mata--dimana memerlukan 5 tahap tindakan iaitu:

1) Tahap kesedaran

2) Tahap minat

3) Tahap penilaian

4) Tahap percubaan

5) Tahap pemakaian/penolakan amalan

Faktor yang mempengaruhi amalan tingkahlaku adalah:

> Ekonomi

> Budaya

> Agama

> Sosial

> Pengaruh media/rakan

> Pengetahuan

> Jaringan sosial dan leribadi

> Psikologi


Prinsip-prinsip perubahan tingkahlaku:

(1) Menyediakan maklumat

(2) Mesej yang menakutkan digunakan secara sederhana dalam keadaan tertentu

(3) Orang akan berubah jika ia rasa perubahan itu dapat memberi faedah kepadanya dan ia dapat melakukannya dengan mudah.

(4) Diberi alternatif/ada kelonggaran dalam pelaksanaan tingkahlaku.

(5) Dilakukan dalam persekitaran/keadaan yang dapat membantu/menggalakkan untuk berubah.

(6) Orang yang berpengaruh memulakan terlebih dulu

(7) Proses perubahan perlukan usaha yang berterusan,berlang-ulang dan konsisten dan perlu ada tindakan susulan yang rapi.

Kesimpulannya,adalah penting untuk menerima hakikat bahawa perubahan perangai/tingkahlaku adalah sesuatu yang tidak disenangi dan memerlukan pengorbanan.Ianya dipengaruhi oleh banyak faktor.lanya memerlukan masa dan tidak akan berlaku dalam sekelip masa.Semua aktiviti kearah mengubah perangai manusia perlu diatur dengan sempurna.Terimalah hakikat bahawa kejayaan mengubah perangai bruk jadi baik tidak datang dengan sendirinya.Kita perlukan DOA,USAHA,ISTIQAMAH dan TAWAKAL....jadi bertindaklah segera dengan akal waras dan penuh bijaksana.

No comments:

Post a Comment