Wednesday, January 25, 2012

Islam didahulukan,politik dikemudiankan......

1.Islam adalah agama suci dari Allah SWT untuk manusia yang diterimaNya.Memeluk agama Islam bermakna seseorang telah mendapat hidayah Allah.

2.Sedangkan politik adalah satu alat untuk manusia mencari kuasa.Parti politik cuma sebuah pertubuhan yang didaftarkan dan diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan.

3.Manusia dijadikan Allah bersuku-suku dan berbangsa-bangsa......dimana bangsa Melayu adalah salah satu bangsa yang dianugerahkan Allah untuk mendiami wilayah nusantara ini amnya dan negara Malaysia khususnya.

4.Jadi,perjuangan untuk mempertahankan hidayah Allah iaitu agama,memperkuatkan anugerah Allah iaitu bangsa dan tanah air tidak boleh dipisahkan.

5.Perjuangan ini tidak boleh berhenti walau pun kita berada dimana saja,melalui parti politik atau tidak.....wadah kerana Allah mesti didahulukan.

6.Sesungguhnya,Islam,Melayu dan Malaysia boleh diperjuangkan melalui pelbagai kaedah,bukan melalui bidang politik saja.Parti politik yang mendakwa berjuang untuk agama,bangsa dan tanah air bila-bila masa boleh bermasalah,boleh diharamkan pergerakannya.Sedangkan agama.bangsa dan negara tetap wujud untuk dipertahankan selagi ada hayat! Sebab itu Islam perlu didahulukan, politik dikemudiankan.Malangnya,kita keliru pula sekarang dimana politik lebih dipentingkan biar pun Islam dipijak!!!

7.Fahamlah bahawa parti politik yang kuat tidak menjamin Islam, bangsa dan negara jadi kuat.Parti politik boleh dibubarkan.Namun,perjuangan mempertahankan Islam,Melayu dan negara mesti diteruskan dengan apa cara sekalipun.Justeru,politikus semua tak perlu mendabik dada mengatakan Islam tertegak bila partinya disokong.Ada negara tanpa parti politik boleh laksanakan Islam!

8.Kekuatan Islam perlu dibina dalam segala segi terutama membina kekuatan akidah Islam dari dalam diri sendiri,diikuti fardhu 'ain,fardhu kifayah serta yang lainnya.Langkah proaktif perlu dibuat disemua peringkat ke arah membangun/membina kekuatan Islam ini.

9.Sekali lagi ditegaskan bahawa adalah tidak tepat bila menyandarkan kekuatan Islam,Melayu dan Malaysia kepada kekuatan sesuatu parti politik saja.

10.Kita perlu faham bahawa 'survival' sesuatu parti politik Melayu itu sebenarnya bergantung kepada kekuatan jati diri anggotanya yang didasari kekuatan akidah Islam.

11.Yakinlah bahawa tidak ada mana-mana parti politik pun boleh mendakwa bahawa survival Melayu dan Islam terletak ditangan parti mereka.Ingatlah,parti politiklah yang mempermainkan sentimen bangsa dan agama demi survival mereka dan mencari undi

12..Parti politik cuma alat atau kaedah atau wadah bukannya matlamat.Matlamat kita adalah mendapat redha Allah dunia & akhirat.

13.Oleh itu,bagi memperbaiki keadaan orang Mealyu dan orang Islam yang berpecah-belah dan sedang diserang pelbagai masalah keruntuhan akhlak,gejala sosial dsg ini maka perlu ada golongan Melayu-Islam yang mempnyai pegangan Islam yang kuat dari segala sudut (keimanan,fardhu 'ain & kifayah) serta diperkasakan lagi dengan sikap positif yang lebih objektif,rasional,berani,prihatin,setia,komitmen & cinta terhadap agama/bangsa/negara disampng dapat berpolitik denan bijaksana/matang ke arah mendapat keredhaan Allah menerusi doktrin politik parti Allah.

14.Ditegaskan bahawa sentimen politik kepartian melampau yang merugikan matlamat mendahulukan Islam,Melayu & Malaysia mesti dikesampingkan.

15.Gaya berpolitik yang belum matang dan 'asyik' berpolitik sepanjang masa,tak kira tempat & mempolitik apa saja juga berpolitik macam orang tak beragama mestilah dihentikan sebaliknya berpolitiklah dengan kaedah Islam yang lebih displin,tanggungjawab,profesional,ilmu,etika dan menepati perintah Allah.........ALLAH MENGATASI SEGALA.

No comments:

Post a Comment