1.Persoalan diatas adalah perkara biasa dan semua orang Islam tahu dan faham benar mengenainya.Malangnya akibah terlalu taksub dan ghairah semangat membara BERPOLITIK dan kepentingan duniawi lain menyebabkan kita lupa/tanpa sedar telah melanggar akidah.
2.Akidah adalah perkara paling penting bagi orang Islam---ianya membezakan sama ada seseorang itu penganut ISLAM atau kafir.
3.Kepentingan akidah ke atas orang-orang mukmin sudah lama diketahui dan tidak pernah dipertikai.
4.Akidah Islam (=tauhid) bermatlamat untuk mengesakan Allah s.w.t dan merupakan asas terpenting di dalam agama Islam.
5.Akidah sebagai asas paling utama mendasari Islam dimana ia memandu/memimpin manusia didalam pembinaan peribadi mukmin yang kamil yang beriman.
6.Jadi,roh akidah perlu dijaga dengan rapi dalam kalbu orang mukmin agar pembentukan peribadi mukmin itu hidup subur dan istiqamah dimana sentiasa mengharapkan keredhaan,keampunan dan rahmat Allah.
7.Sekali lagi ditekan bahawa isu akidah ini teramat penting kerana ia adalah pembeza di antara seorang Islam dengan bukan Islam.
8.Justeru,semua Rasul dan Nabi yang diutuskan Allah SWT membawa tema akidah.
9.Bila kita menegaskan akidah sebagai pembeza status agama seseorang itu,maka kita sampai kepada satu doktrin keselamatan dunia dan akhirat.Iaitu selamat di dunia daripada syirik dan selamat di akhirat daripada api neraka dan berjaya masuk syurga.
10.Jelas bahawa salah akidah akan menyebabkan salah laku dalam semua perkara.
11.Akidah Islam mengajar cara untuk menyembah Tuhan dan cara beribadat yang tercetus daripada akidah/tauhid itu sendiri.Maknanya yang diluar akidah Islam tidak diiktiraf dan tidak diterima oleh Allah SWT dan justeru tidak akan membawa keselamatan di akhirat.
12.Yang membezakan'tempat kembali' iaitu sama ada ke syurga atau ke neraka adalah akidah.
13.Satu perkara yang wajar difahami dengan baik ialah seseorang yang akidahnya benar(Islam) tetapi membuat maksiat hatta dosa besar sekali pun,dia cuma dihukum berdasarkan perlakuannya membuat maksiat/dosa saja,tetapi selepas dihukum dia masih berpeluang masuk syurga dengan rahmat Allah SWT.
14.Manakala seseorang yang akidahnya salah tetapi masih lagi solat,puasa,dsg,dia akan dihukum dengan neraka dan kekal selama-lamanya berdasarkan firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 116 yang bermaksud:ALLAH SWT TIDAK MENGAMPUNI SYIRIK (yakni akidah yang bercanggah dengan akidah Islam) dan Dia mengampuni dosa kecuali dosa syirik itu....
15.Malangnya kini jika diperhatikan,persoalan AKIDAH tidak begitu diperhalusi oleh sebahagian umat Islam hatta orang yang memperjuangkan Islam atas landasan politik.Ini terbukti apabila ada sebahagian darinya berani mendakwa Tuhan mencarut,undi puaknya dapat masuk syurga dsg.Malah ada yang memperjuangkan Islam tapi menganut fahaman liberalisme,pluralisme,kumunisme,sosialisme,kapitalisme,demokrasi kufur dll.
16.Ingatlah....JANGANLAH KITA MELELONG AKIDAH DAN MENJUAL NAMA TUHAN DENGAN HARGA SEBUAH NERAKA.!!!!!!!!!!
macai detected...haha
ReplyDeletejoke....politik malaysia kotor la.....ape yg sy nmpk betul,itulah sy sokong.....