Dunia hari ini setiap saat berdepan dengan keadaan yang pesat berubah.
Jika kita tidak mahu berubah dari keadaan dan kedudukan sekarang,tidak tahulah apa akan jadi pada kita dalam 10 tahun lagi.
Bolehkah kita sebagai orang Melayu berubah?
Apakah orang Melayu sudah bersedia untuk berubah?
Mampukah orang Melayu berubah?
Persoalan-persoalan diatas terlalu subjektif untuk dijawab dengan pasti.
Bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir sendiri pernah menyatakan bahawa beliau telah gagal mengubah sikap orang Melayu walau pun memerintah negara ini selama kira-kira 22 tahun.Namun jasa Tun memodenkan Malaysia tidak dinafikan!
Apa masalah orang Melayu sebenarnya?
Apa yang dapat diperhatikan ialah orang Melayu yang merantau di luar negara,ramai yang berjaya.OrangMelayu tersebut sanggup bersaing,berusaha gigih. Namun orang Melayu di negara sendiri lain pul halnya,seperti wujud budaya mudah berpuas hati dan sikap malas bersaing dan ikap 'tidak mengapa',mentaliti mahu diberi 'tongkat' oleh kerajaan sepanjang masa.
Jika orang Melayu di negara ini mahu berubah menjadi lebih berjaya,ada dua perkara penting yang perlu ada.
Pertama: Ada ilmu
Kedua: Ada semangat/motivasi ingin berjaya
Ilmu dan motivasi mahu berjaya ini perlu berjalan seiring!
Sebenarnya,orang Melayu telah ditakluk oleh pelbagai bangsa penjajah seperti Portugis,Belanda,British,Jepun,Siam dan pernah diperintah oleh komunis sekejap.Namun kita berbangga orang Melayu hingga hari ini masih 'survive'.Satu ketika dlu orang Melayu bangun menentang ancaman penubuhan Malayan Union dan ancaman fahaman komunis.Syabas!
Sesungguhnya keinginan dan keberanian luar bias untuk berubah selalunya menjelma disebabkan oleh cabaran persekitaran.Seorang Melayu sanggup mempertaruhkan nyawanya demi maruah agama,bangsa dan tanah airnya.Orang Melayu sanggup bergolok-bergadai demi sebuah kemerdekaan.
Itulah orang Melayu....BOLEH BERUBAH bila saat memerlukan!
Ya,perubahan dikalangan orang Melayu memang berlaku tetapi adakah SIKAP kebanyakan orang Melayu telah berubah?
Sikap negatif begitu mudah menular dikalangan orang Melayu.Sikap mudah meniru perkara-perkara yang tidak elok,sikap 'biar papa asalkan bergaya',sikap suka berlagak tunjuk kuasa 'aku berkuasa',sikap 'apa aku peduli' dll perlu dikikis segera.
Memanglah ilmu dan motivasi perlu untuk berubah,tapi malangnya ada orang Melayu yang menyalahgunakan ilmu.Misal ia tahu bahawa perpaduan itu perlu sesama Melayu-Islam,tapi malangnya ilmu untuk bersatu-padu yang ada padanya diselewengkan kerana gila kuasa dan sikap apa aku peduli yang bersarang dijiwanya.
Selain dari itu,ramai orang Melayu yang suka cemburu bila melihat sesama bangsa berjaya,dengki,khianat,suka buat fitnah dan menganiaya sesama sendiri.Orang Melayu suka sabotaj,misalnya jika ada calon pilihanraya Melayu yang bukan kroni nya maka akan di sabotajnya habis-habisan biar pun bangsa lain yang menang/dapat untung.
Salah satu punca keruntuhan sesuatu bangsa atau tamadun adalah kerana kelalaian dan hanya mengejar dunia saja.Orang Melayu pentingkan hiburan hingga kita jadi lalai.
Orang Melayu perlu mengubah sikap negatif ke positif.Untuk itu perubahan kelakuan/perangai/tingkalaku mesti berlaku dimana ini akan membawa kepada perubahan sikap seluruhnya.Umpamanya sikap suka membaca bahan yang berilmu dan bermanfaat kearah kekuatan zahir dan batin perlu ditekan.BACALAH,BACALAH! Nescaya kita berilmu dan maju/berjaya dunia-akhirat.
Ringkasnya,sesuatu perubahan mengambil masa dan ianya tidak berlaku dalam sekelip mata.Yang penting mesti ada segolongan orang Melayu yang tanpa jemu berusaha ke arah perubahan itu dan JANGAN LALAI.......musuh akan memusnahkan kita akibat kelalaian kita....jadi bersiap sedialah setiap ketika.
No comments:
Post a Comment