Wednesday, December 28, 2011

Sistem Demokrasi bertentangan dengan Islam

1.Sekiranya dikaji akan dasar-dasar demokrasi dengan teliti,didapati bahawa sistem demokrasi dan sistem politik Islam memang bertentangan dan tidak mungkin bertemu sama sekali.

2.Dari kajian didapati bahawa asas demokrasi adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip revolusi Perancis.

3.ldea demokrasi ini mengumpamakan bahawa penglibatan politik semua pendudk/warga sesebuah wilayah merupakan satu-satunya sumber kuasa legistatif.

4.Dalam sistem demokrasi didapati suara minoriti mestilah tunduk dan patuh kepada pendapat/suara majoriti dalam apa hal pun.

5.Lahirnya demokrasi dalam bentuk perwakilan melalui pemilihan wakil rakyat (sebagai wakil penduduk sesuatu kawasan bagi menuntut hak-hak mereka dan bertanggungjawab menilai urusan mereka) adalah disebabkan mustahil untuk melibatkan semua penduduk dalam membuat hukum,undang-undang dan menentukan kesudahan sesuatu.

6.Dengan yang demikian didapati sistem demokrasi berhubungkait dengan sistem kepelbagaian parti politik yang menawarkan wakil masing-masing kepada penduduk untuk dipilih melalui proses pengundian yang dipersetujui.

7.Didapati juga dalam sistem demokrasi penduduk sesuatu negeri/negara (yang layak dan berdaftar sebagai pemilih sahaja) diberi kebebasan mutlak untuk memilih wakil rakyat yang digemarinya.
8.Didapati,kebebasan mutlak adalah tunggak demokrasi yang paling pening.Ini amat bertentangan dengan Islam.Jadi,sesungguhnya sistem demokrasi yang dianjurkan oleh barat itu memang tidak Islamik.

9.Kajian secara ilmiah mendapai bahawa sistem politik Islam mempunyai ciri-ciri tersendiri yang berpaksikan diatas dasar-dasar yang bijaksana dan kaedah-kaedah yang teliti yang digariskan oleh Allah.

10.Sekali lagi ditegaskan bahawa TIADA HUBUNGAN ATAU KAITAN LANGSUNG ANTARA ISLAM & DEMOKRASI.

11.Sistem demokrasi menyimpang dari ajaran Islam.Ini kerana demokrasi itu menjauhkan Allah s.w.t daripada hak menghukum antara manusia,dan dalam masa yang sama demokrasi dicipta oleh manusia atas dasar bahawa RAKYAT ADALAH SUMBER SEMUA KEKUASAN/MEMPUNYAI KUASA MUTLAK terutama kuasa legistatif.

12.Dalam sistem demokrasi,hak membuat hukum dan undang-undang merupakan hak rakyat sepenuhnya.Rakyat mempunyai kekuasaan yang paling tinggi,memerintah,melarang,menghalal dan mengharamkan sesuatu.Melalui suara/undi majoriti yang haram boleh jadi halal dan sebaliknya,umpamanya seks luar tabii,zina,arak dll yang diharamkan oleh Islam boleh dihalalkan oleh suara majoriti sistem demokrasi.

13.Manakala hukum dalam Islam adalah HAK ALLAH s.w.t. sahaja yang tiada kompromi.
Firman Allah bermaksud: 'Hukum itu hanyalah hak milik Allah sahaja' (Surah al-An'am ayat 57)


14. Begitu juga dengan membuat undang-ndang dan perundangan yang merupakan salah satu dari ciri-ciri rububiyyah dan uluhiyyah Allah.
Firman Allah bermaksud:'Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan bagi mereka sebarang peraturan yang diizinkan oleh Allah' (Surah al-Syura ayat 21).

15.Mengikut ajaran Islam,yang halal ialah yang dihalalkan oleh Allah dan RasulNya begitulah sebaliknya.Pada hal sistem demokrasi semua perkara tertakluk pada suara majoriti rakyat.

16.Jadi amat menghairankan bila terdapat dikalangan masyarakat yang berjuang dalam politik Islam menuntut supaya dilaksanakan sistem pemerintahan demokrasi pada hal diketahui bahawa demokrasi amat bertentangan dengan Islam.

17.Dalam Islam,TAUHID merupakan tunjang dan asas terpenting dalam mengatur sistem politik dll sistem dalam sesebuah negeri atau negara.Keyakinan kepada Allah yang Maha Kuasa amat penting.Manakala sistem demokrasi seakan mengajar manusia takut dan menyembah kuasa majoriti rakyat dalam melaksanakan sesuatu hukum/peraturan.Wal hal politik Islam bermaksud memerintah dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t didalam al-Quran dan sunah Nabi s.a.w.

Akhir sekali,APAKAH HUKUM MEMERINTAH SESEBUAH NEGARA DENGAN HUKUM SELAIN DARIPADA HUKUM ALLAH? ??????.Lebih khusus lagi apakah hukum bila memerintah Negara Malaysia melalui sistem demokrasi yang jelas menyimpang dari Islam?....jawablah sendiri bila mati nanti.Sekian,terima kasih.

No comments:

Post a Comment