1.Ini amaran keras Allah terhadap perpecahan dan perselisihan umat Islam.
Firman Allah yang bermaksud: Dan janganlah kamu menjadi seperti orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata (yang dibawa oleh nabi-nabi Allah).Dan mereka yang bersifat demikian,akan beroleh azab seksa yang besar. (Surah Ali 'Imran ayat 105)
2.Agama Islam adalah agama jemaah yang bersatu teguh dalam satu pakatan.Perpecahan tidak wujud dalam agama Islam sebaliknya Islam mengajarkan agar penganutnya berada dalam satu barisan.
3.Fahami Firman Allah yang bermaksud: Bahawasanya orang yang mencerai-beraikan agma mereka ( dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu) dan mereka menjadi berpuak-puak,tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam(perbuatan) mereka.Sesungguhnya perkara mereka terserah kepada Allah.Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak),apa yang mereka telah lakukan (dan membalasnya). (Surah al-An'am ayat 159)
4.Perpecahan tidak terdapat dalam agama Islam kerana Allah menyuruh kita bersatu dalam satu jemaah/parti,iaitu sebagai satu ummah berpaksikan kepada tauhid serta mengikut al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.
5.Firman Allah yang bermaksud: Dan hendaklah kamu berpegang teguh kepada tali Allah (agama Allah iaitu Islam) ,dan janganlah kamu bercerai-berai. (Surah al-'Imran ayat 103)
6.Wajiblah kita bersatu dalam satu jemaah/parti yang berpaksikan tauhid,yang mengikut manhaj/landasan dakwah Rasullullah s.a.w dan berasaskan agama Islam.
Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu,agama yang satu asas pokoknya,dan Akulah Tuhan kamu,maka hendaklah kamu menyembah Aku. (Surah al-Anbiya' ayat 92)
7.Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lagi luru,maka hendaklah kamu menurutnya,janganlah kamu menurut jalan-jalan yang lain (yang lain daripada Islam),kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. (Surah al-An'am ayat 153)
8.Perpecahan yang wujud dalam masyarakat Islam hari ini adalah amat dilarang keras oleh Allah.Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam menyuruh kita bersatu dalam satu jemaah atau parti yang benar-benar ikhlas (tidak memperalatkan agama Islam untuk kepentingan kuasa politik) dan berasaskan tauhid sebenar.
9.Dalam konteks negara kita Malaysia,UMNO mempunyai ciri-ciri sebagai PARTI ALLAH yang wajib disokong oleh orang Islam bukannya PAS yang tidak konsisten perjuangannya demi duniawi.
10.Sesungguhnya,perpecahan yang wujud hari ini dikalangan umat Islam adalah angkara tipu daya syaitan,jin kafir,manusia musuh Allah seperti Yahudi/Kristian kepada ummah.Ingatlah bahawa syaitan,orang kafir,orang munafik tetap tidak jemu sejak dulu lagi sentiasa mencari jalan/menipu untuk memecah-belahkan umat Islam.
No comments:
Post a Comment