1.Tujuan seseorang itu terjun ke dunia politik mestilah dikaitkan dengan tujuan utama manusia dijadikan oleh Allah iaitu sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini.
2.Dalam konsep berpolitik sebagai satu ibadah kerana Allah ini,maka Allah mesti menjadi paksi segala dorongan (God-centred).
3.Ini bermakna pemikiran dan tindakan dalam aktiviti politik tersebut bermula dari mengurus dan memimpin diri sendiri,keluarga dan masyarakat serta negara mesti berpandukan syariat dan perintah Allah.
4.Sebagai hamba Allah,ahli politik mesti berusaha membawa dirinya dan pengikutnya dan masyarakat amnya untuk tunduk,patuh,mentaati suruhan Allah dan menjauhi laranganNya serta membesarkan Allah sepanjang masa dengan penuh ikhlas.Ini soal akidah.
5.Sebagai khalifah Allah,ahli politik mesti berupaya mengurus,memimpin dan mentadbir disamping memakmurkan muka bumi amanah Allah ini dengan penuh bijaksana berpandukan peraturan/hukum Allah.Ini soal syariat.
6.Ahli politik yang berpolitik dengan penuh ikhlas kerana Allah akan faham bahawa kedudukan dan jawatan yang dipegangnya adalah satu amanah bukannya satu anugerah.Sementara aktiviti politik dilihat sebagai satu peluang untuk melaksanakan tugas sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah Allah sekaligus sebagai pendakwah(ajak manusia dan jin ke syurga) di muka bumi ini.
7.Dengan menghayati konsep berpolitik kerana Allah barulah boleh lahir ahli politik benar-benar bertanggungjawab dimana sanggup menanggung & menjawab dihadapan Allah bila dipersoalkan di akhirat nanti.
8.Seterusnya ahli politik yang berpolitik kerana Allah akan mempunyai ciri-ciri kepimpinan berikut:
#menjunjung tinggi kebenaran dan keadilan
#sanggup berkorban demi perjuangan mulia
#tidak sombong,tidak bongkak,sentiasa rendah diri
#hidup secara sederhana,seimbangkan tuntutan dunia dan akhirat
#tidak kemaruk dunia,tidak tamak
#sentiasa jaga kesihatan agar dapat menyumbang lebih lama
#luangkan masa untuk diri sendiri,rehat dan tidak asyik bekerja saja
#hargai kehidupan yang sementara ini
#hidup biar berjasa
#membayangkan diri berada di pihak rakyat biasa
#sedia menolong orang
#sedar akan tanggungjawab besar yang dipikulnya
#harus memuaskan hati semua pihak asalkan tidak melanggar perintah Allah.
#bersikap anti-kezaliman dan anti-penindasan
#mempunyai azam tinggi,berani dan kuat semangat
No comments:
Post a Comment