Monday, December 26, 2011

MELAYU-ISLAM: AWAS TIPU DAYA KAFIR

1.Percaya atau tidak,namun orang Melayu-Islam kini sedang berdepan dengan tipu daya orang kafir yang memang ingin menjatuhkan Melayu yang masih kental dengan keislamannya.

2.Renungkan maksud firman Allah berikut: 'Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).Katakanlah (kepada mereka):"Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar".Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi pengetahuan kepadamu tentang kebenaran),maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah ( sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.' ( Surah Al-Baqarah ayat 120)

3.Ayat ini memberi pengajaran kepada umat Islam bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian itu akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya orang-orang Islam supaya mengikut kehendak mereka.Pelbagai cara dan teknik akan mereka lakukan demi merosakkan akidah,kepercayaan dan keperibadian orang-orang Islam di seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia.

4.Malangnya,banyak di antara kita tidak menyedari hakikat ini.Dengan yang demikian bukan sedikit dari kalangan umat Islam khususnya orang Melayu yang telah terpengaruh dan terikut-ikut kepada adat dan cara hidup mereka,semata-mata dengan alasan menurut peredaran zaman,walau pun memang nyata perkara yang diikuti itu bertentangan dengan ajaran Islam.Hakikat ini wajid disedari,dan mana-mana yang telah terlanjur,wajib bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.

5.Pihak Yahudi dan Kristian melalui pertubuhan-pertubuhan Freemason,Lion Club dll memang giat menyusup masuk ke dalam teras umat Islam dan tidak henti-henti berusaha merosakan teras tersebut seperti memperlekeh apa saja usaha memartabatkan Islam.

6.Seterusnya minda dan jiwa orang Melayu dirosakkan sehingga umat Islam tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap agamanya sebaliknya bersekutu dengan mereka demi melingkupkan agama,bangsa dan negara.

7.Cara Yahudi dan Kristian melemahkan orang Melayu-Islam adalah seperti berikut:-

# mereka menyusup masuk ke pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO),parti politik,kelab kebajikan,kesatuan sekerja,badan-badan pelajar,bergerak atas landasan hak asasi manusia,kemanusiaan dsg.

# mereka merosakkan fikiran umat Islam dengan pelbagai hiburan,keseronokan dan melalaikan tanggunjawab agama.

# mereka mengembangkan idea-idea,fahaman,ideologi sesat seperti komunis,sosialis,kapitalis,zionis,demokrasi,pluralisme,liberalisme,lesbian,gay,biseksual,transeksual dll di kalangan umat Islam.

# mereka membiayai pergerakan-pergerakan yang merosakkan industri-industri yang menjadi tonggak kekuatan Islam di sesebuah negara melalui serangan media siber dsg.

# mereka memusnahkan kekuatan umat Islam melalui pelbagai cara perang,membunuh pemimpin,menggulingkan kerajaan yang sah,membiayai duit kepada puak yang pro mereka dll.

# mereka memusnahkan elemen-elemen kekuatan sesebuah negara Islam seperti industri,kewangan,pendidikan,tentera,polis, keselamatan dll melalui aktiviti rasuah,riba dsg.

# mereka melaga-lagakan sesama pemimpin Islam dan sengaja menimbulkan provokasi terhadap umat Islam

# mereka meletakkan dunia di bawah telunjuk mereka melalui order baru dunia (new world order) agar umat Islam dapat dikuasai sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment