Friday, December 30, 2011

Risiko Perpecahan Umat Islam

1.Allah telah menjelaskan dalam al-Quran mengenai risiko yang akan dihadapi oleh umat Islam sekiranya wujud perpecahan dam perbalahan sebagaimana firmanNya yang bermaksud: Dan janganlah kamu berbantah-bantahan(bertelingkah),nescaya kamu menjadi lemah dan hilang kekuatan. (Surah al-Anfal ayat 46)

2.Ya! Memang benar,bila kita umat Islam di Malaysia yang terdiri dari orang Melayu berpecah sejak lama dulu maka hilanglah kekuatan dan lemah kita dalam segala hal meliputi sosial,ekonomi,politik,pendidikan,akhlak dll.

3.Tapi jika kita bersatu dan senada dalam jemaah/parti yang satu iaitu parti Allah maka ianya akan menguatkan kita semua kerana pasti ianya tidak memudaratkan umat Islam sebagaimana kemudaratan bila wujudnya pelbagai parti politik Islam dalam sesebuah negara Islam.Umpamanya kita di Malaysia,apa untungnya umat Islam dari segi kekuatan politik dengan adanya parti UMNO,PAS,PKR dll parti yang dianggotai oleh orang Melayu kebanyakannya.Cuba bayangkan betapa kuatnya umat Islam di Malaysia kalau kita cuma ada satu parti politik saja.

4.Sepatutnya begitulah,hanya ada sebuah parti sahaja yang perlu wujud demi membela Islam dalam sesebuah negara.Parti itu pula mestilah parti Allah yang bertanggungjawab melaksanakan Syariah Islamiah dalam segala aspek seperti ibadah,muamalat,ekonomi,politik,ketenteraan dsg.

5.Wajiblah bagi setiap negara Islam menjadikan al-Quran dan Sunah sebagai sumber rujukan serta menyatukan parti-parti politik atau pun jemaah-jemaah Islam dalam satu barisan/saf/parti saja iaitu menjadi satu angkatan/gagasan yang benar-benar melaksanakan syariat Allah....Itulah PARTI ALLAH.

6.Wajiblah kerajaan yang memerintah demi parti Allah tersebut melaksanakan syariah Islam kerana orang Islam telah menyerahkan kewajipan untuk menegakkan syariah Allah kepada kerajaan tersebut.Sebenarnya,rakyat yang beragama Islam tidak mahukan sesuatu selain Islam sebagai satu-satunya sistem perundangan.

7.Malang dan amat menyedihkan kerana berlakunya perpecahan dikalangan umat Islam dimana ini menyebabkan sinar kekuatan Islam terpadam,hancur dan musnah akhirnya.Generasi seterusnya akan menderita akibat dari kesilapan kita berpecah-belah kini.

8.Sedarlah bahawa bila kita berpecah dan tiada kekuatan maka musuh-musuh Islam akan bergembira dengan keadaan perpecahan tersebut.Seterusnya mereka akan cuba menyemarakkan lagi api perpecahan itu serta melaga-lagakan sesama orang Islam dengan pelbagai provokasi.Hal ini telah kita saksikan berlaku di negara kita bila mana musuh Islam terdiri dari penganut agama lain dengan biadap menghina Islam,menuntut yang bukan-bukan dsg.

9.Sebenarnya tidak terdapat langsung dalam al-Quran atau pun sunah yang mengharuskan wujudnya berbilang jemaah atau orang Islam ada banyak parti politik.
Firman Allah yang bermaksud:Sesungguhnya umat kamu ini merupakan umat yang satu.Aku ini merupakan Tuhan kamu.Maka sembahlah Aku. (Surah al-Mukminun ayat 52).

Jelas dan nyata serta tidak syak lagi bahawa kewujudan pelbagai parti politik bagi mewakili umat Islam disesebuah negara amat bertentangan dengan apa yang diperintah oleh Allah.

10.Kewujudan pelbagai parti politik Islam bagi orang Islam sememangnya menyebabkan perpecahan dan hilangnya kekuatan bersuara.Apa tah lagi setiap parti pula akan sentiasa mengutuk/memburukkan/mencari kesalahan parti lain dengan perkataan fasiq hingga boleh sampai ke tahap yang amat melampau.


11.Jadi perpecahan memang ada risiko,perpecahan merupakan satu kesilapan besar.Jika kita terus berpecah bererti kita terus melanggar perintah Allah.Sampai bila?......tunggulah azab seksa yang besar kelak !!!!!

12.Di Malaysia,mengenai persoalan antara PAS dan UMNO....mana yang paling baik?
Saya jawab begini.....sebaik-baiknya kita menilai kembali,mengkaji sejarah,merenung keadaan perpecahan umat Melayu-Islam dengan jujur/ikhlas,mencari kebenaran kerana Allah....kemudian lakukan Doa,Usaha,Istiqamah,Tawakal......akhir sekali bersatulah dalam satu parti yang betul kerana kebenaran.
Tapi bila parti PAS sudah nyata sengaja berpaling dari kebenaran Islam serta bongkak,ego dan sombong.....maka kita tiada pilihan lain melainkan UMNO yang lebig konsisten dan relevan dalam lerjuangan Islam di negara ini

No comments:

Post a Comment