1.Fenomena di negara ini sekarang adalah semakin ramai yang 'mengsytiharkan' diri sebagai ulama dan ahli agama.....bergelar ustaz/ustazah.Lebih-lebih lagi bila semakin hampir pilihanraya.
2.Kriteria khusus untuk bergelar ulama (kena tanya JAKIM apadia?) telah ditolak ke tepi.Hanya kerana pandai bercakap,terkenal sikit,berani maki hamun sikit,bijak selang-seli dengan ayat-ayat Quran dan hadis,suka goreng/kelentong/putar belit fakta maka tertaballah individu penipu tersebut sebagai ustaz/ustazah/ulama......artis pun senang-senang dapat gelaran ini.....ini semua sebenarnya adalah fenomena ulama politik palsu!!
3.Peranan ulama politik palsu adalah sebagai perosak,pengacau,penyesat ummah.Ulama jenis ini juga sanggup dipergunakan oleh jahat lagi berdosa termasuk Yahudi untuk bersekutu dengan musuh-musuh Islam terdiri dari kaum kafir harbi dan golongan munafiq untuk menjatuhkan umat Islam yang lain.
4.Rasulullah s.a.w pernah bersabda,'Di akhir zaman akan muncul orang-orang yang mencari dunia dengan agama.Di hadapan manusia mereka baju dari bulu kambing untuk mempamirkan zuhud mereka,lisan mereka lebih manis dari gula,namun hati mereka adalah hati serigala (sangat menyukai harta dan kedudukan)......(HR Tirmidzi)
5.Malangnya,masyarakat kita macam kena pukau,begitu mudah terpengaruh dengan manusia bertopengkan agama ini.Konon sepanjang hidupnya bergelumang dosa,mengisytihar diri bertaubat nasuha,berserban,berjubah,berjanggut sejemput,lebam di dahi sengja dicipta,cakap ana anta....hanya sepurnama mengaji agama kini bebas bertazkirah sana sini dan diangkat terus jadi penceramah terkemuka.....maka mulalah ulama segera ini menuduh semua orang tidak sehaluan politik dengannya celaka belaka sambil berjenaka.....SIAPA YANG SEBENARNYA CELAKA?
6.Ulama politik palsu ini....autanya benar-benar belaka,fakta orang lain tak boleh pakai,konon itu dusta tak mengapa demi agama,memfitnah dan cerca nista tak payah kata,....malangnya ia tak sedar dirinya sendiri MENEMPAH NERAKA dengan menambah dosa.
7.Ulama politik palsu....teruja dengan nikmat dipuja,ghairah mengejar dunia,tak sedar diri diperguna oleh musuh Islam durjana...inilah ulama penipu pencinta dunia...mereka kaya raya dengan duit derma ceramah cari makannya!!
8.Ulama politik palsu.....ibarat ular dalam semak-TAK ADA OTAK-,mereka mengajarkan tipu daya,memutar belit untuk mencari mana-mana hukum Allah untuk menghalalkan segala perbuatan salah mereka...mereka sebenarnya mengajak semua kita masuk neraka....
9.Ulama politik palsu......membenarkan keburukan dalam bentuk kebaikan....mereka menggambarkan kebatilan sebagai sebuah kebajikan.......mereka sanggup menjilat para penguasa/orang zalim demi pangkat/pengaruh/penghargaan....mereka sanggup berbohong demi merosakkan maruah orang lasin agar dirinya ternama.......MEREKA RELA MENJADI HAMBA KEPADA DAJJAL!!!!!
10.Ulama politik palsu....berpura-pura mengajak ummah kepada kebaikan,namun dengan cara-cara kefasikan seperti berdakwah dengan maki hamun dsg......mulut menjanjikan pahala/syurga namun sikap dan tindakannya menyeru ke arah bermusuh-musuhan/menolak ukhuwah....
11.Ulama politik palsu..... adalah tergolong dalam ulama SU' (iaitu Ulama Palsu,Ulama Nafsu dan Ulama Bisu)...mereka adalah ulama fasik yang terlebih DAHULU akan dicampakkan oleh Allah ke dalam neraka bersama para pengikutnya SEBELUM para penyembah berhala kerana ulama fasik telah BERDOSA MEROSAKKAN AGAMA,UMMAH dan NEGARA.
No comments:
Post a Comment