Thursday, April 26, 2012

Larangan Menjadikan Orang Bukan Muslim Sebagai Orang Yang Paling Dipercayai

Orang Islam dilarang menjadikan orang bukan Islam seperti orang Yahudi dan Nasrani sebagai rakan yang paling dipercayai yng dilibatkan dalam permusyawaratan urusannya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat,kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengah yang lain;dan sesiapa diantara kamu yang menjadikan mereka sebagai teman rapat,maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu.Sesungguhnya Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang berlau zalim." Surah Al-Maidah ayat 51 ........ Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi 'orang dalam' (yang percayai).Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu.Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya,dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi.Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahamina." Surah Al-Imran ayat 118.

No comments:

Post a Comment