Wednesday, April 11, 2012

Jenayah Siber

1.Kita perlu bimbang terhadap merebaknya jenayah siber dikalangan masyarakat masa kini.

2.Kemunculan internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah baru penyebaran maklumat

3.Namun oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat sama ada benar atau salah,maka idea,ideologi,propaganda dan juga pornografi disebarkan sewenang-wenangnya melalui internet.

4.Pengaruh gejala negatif ini nampaknya amat mudah mempengaruhi tingkah laku manusia khususnya golongan muda/remaja

5.Sememangnya sikap manusia adalah sesuatu yang sukar dikawal.

6.Kita tidak boleh mengubah kelakuan seseorang melainkan orang itu sendiri yang mengubahnya

7.Jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai kelakuan yang negatif.Mereka menyerang sistem teknologi maklumat baru ini mungkin sekadar suka-suka atau pun ingin mencuba ilmu baru yang dipekajarinya.

8.Jika keadaan jenayah siber ini tidak diawasi maka ianya akan mencetuskan kebimbangan dan kerosakan masyarakat

9.Jadi setiap individu perlu membina benteng diri yang kukuh bagi mencegah diri dari terlibat kegiatan sakah laku yang membinasakan diri orang lain dan diri sendiri ini.Gunakanlah internet ke arah kebaikan secara bertamadun untuk maju.

10.Hanya dengan iman yang mantap,sikap positif sepanjang masa dan pengetahuan yang seimbang saja dapat menjadi penghalang kepada jenayah siber ini.Jadi ilmu-ilmu akhirat dan dunia syumul perlu ditekankan ke dalam diri/jiwa setiap individu demi kesejahteraan bersama.

No comments:

Post a Comment