Friday, April 6, 2012

Bersilat lidah. ..............untuk bersatu........

1.Soal perpaduan sama ada perpaduan sesama Melayu atau perpaduan kaum yang ada di negara ini hingga ke hari ini masih merupakan persoalan serius dalam masyarakat kita.

2.Walau pun beberapa inisiatif telah diambil namun ternyata usaha-usaha tersebut sejak negara mencapai kemerdekaan tahun 1957 hingga kini belum menampakkan sebarang tanda yang meyakinkan.

3.Masalah perpaduan sesama orang Melayu tidak selesai,ditambah pula dengan polarisasi ras/kaum dalam pelbagai bidang kehidupan semakin menonjol.Kemunculan pertubuhan NGO bersifat perkauman menjadi-jadi,turut menyumbang barah perpecahan yang telah sedia parah.

4.Hakikat perpaduan belum sepenuhnya di kalangan masyarakat perlu diakui oleh kita semua dengan jujur,kita tidak perlu membohongi diri kita.

5.Inagatlah dan cukuplah trajedi 13 Mei 1969 sepatutnya menjadi pengajaran kepada kia semua betapa bahayanya sikap yang kita amalkan kini iaitu sikap 'SWEEPING THE RUBBISH UNDER THE CARPET', iaitu sikap berpura-pura,menyapu sampah ke bawah hamparan permadani.

6.Persoalan perpaduan sesama Melayu dan masalah integrasi antara kaum sebenarnya memerlukan suatu pendekatan baru yang lebih realistik dan bijaksana.Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan tiga tahun lepas nampaknya bukan cara berkesan.

7.Masalah perpaduan ini tidak mungkin dapat digarap menerusi pendekatan jangka pendek atau faham perkauman yang sempit.

8.Perpaduan dikalangan rakyat tidak mungkin dapat dipupuk hanya dengan slogan-slogan yang muluk-muluk umpamanya 1 Malaysia yang tidak spesifik untuk perpaduan saja....sepatutnya dinyatakan tanpa berselindung menjadi BERSATU MALAYSIA.

9.Sudah ada gelaran 'BAPA PERPADUAN' diberi kepada Perdana Menteri ketiga dulu...namun masyarakat kita masih tidak bersatu.

10.Masalah perpaduan umat Melayu-Islam dan integrasi kaum merupakan masalah mencabar dan mendesak HANYA MUNGKIN DAPAT DIATASI DENGAN JAYANYA MENERUSI FORMULA ISLAM.


11.Ini kerana ajaran Islam adalah berasaskan kepada ciri-cirinya yang serasi dengan FITRAH MANUSIA.

12.Yakinlah bahawa sebenarnya seluruh manusia tekah dicipta dan difitrahkan berdasarkan ACUAN ISLAM sehingga penerapan nilai-nilainya dakam kehidupan manusia mampu menghasilkan keseragaman dan keserasian yang paling harmonis.

13.Ya,menerusi formula Islam mungkin lebih benar dan nyata dengan mendekati kembali fitrah insaniah dan melihat manusia sebagai satu keluarga besar yang menembusi tembok dan batsan kaum,kelas dan agama.

14.Marilah kita menyambut gagasan 'formla Islam untuk perpaduan' ini dengan penuh keyakinan dan rasa tanggungjawab,bukat sekadar untuk bermain madah mencipta slogan indah,bersilat lidah membelit kata-kata tersirat,apalagi membuat ucapan serta lafaz atas sikap memancing undi untuk menang pilihanraya.Selagi masalah perpaduan tidak selesai selagi itulah perjuangan belum sekesai.Tanpa perpaduan sebenar bila-bila masa peristiwa hitam seperti 13 Mei 1969 boleh berulang dengan lebih dahsyat lagi.BERWASPADALAH! !!

15.Islam bukanlah agama yang bersifat lokal dan bukan pula agama yang bersifat perksuman sempit ('chauvinistic') tetapi ianya adalah bersifat universal yang sedia menampung segala bangsa dan kaum,malah ia merupakan satu sumber khazanah RAHMAT untuk kesejahteraan sejagat disamping mrupakan kaedah induk agi menyelesaikan apa jua persoalan hidup termasuk masalah perpaduan yang dihadapi ini.

16.Ditegaskan sekali lagi bahawa Islam adalah merupakan sebuah kumpulan ajaran yang SANGAT LOGIK yan memberikan JAWAPAN yang masuk akal dalam apa juga persoalan penting dalam kehidupan manusia.

17.Kesanggupan Formula Islam menyelesaikan masalah perpaduan ini bukan omong kosong.Kita tidak bermimpi disiang hari.Islam sebenarnya telah membuktikan kesanggupan ini dakam sejarahnya.

18.Buktinya,negara Islam pertama pimpinan Nabi Muhammad SAW dengan Piagam Madinah...yang merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia telah berjaya membangunkan masyarakat majmuk yang harmonis.Warga Madinah ketika itu terdiri dari pelbagai suku kaum,Muslimin,Yahudi dan Nasrani.

19.Malangnya,setengah orang Islam sendiri apatah lain yang bukan Islam beranggapan bahawa berbicara tentang kemungkinan penerapan nilai Islam dalam masyarakat majmuk adalah 'nonsense' atau omong kosong.Bagi mereka kesanggupan orang bukan Islam menerima formuka Islam adalah suatu hal yang mustahil atau 'mission impossible' seperti mustahilnya kesanggupan irang Islam untuk menjamah daging babi.

20.Sebenarnya,kita tidak perlu menunggu sehingga seluruh rakyat memeluk Islam baru hendak melaksanakan tentang formula Islam sebagai alternatif terbaik untuk perpaduan.

21.Semua pihak mesti faham bahawa implementasi formula Islam sama sekali tidak bererti mencabul hak rakyat bukan Islam untuk mengamal ajaran agama masing-masing.

22.Malah dengan formula Islam segala dasar-dasar keadilan,politik,ekonomi,sosial Islam akan dapat membebaskan dan melindungi semua rakyat dari segala bentuk penindasan dan ketidakadilan seperti yang sedang bermaharalela dalam sistem-sistem yang bukan Iskam iaitu kapitalisme,sosialisme,komunisme dll.

23.Apakah orang bukan Islam terlalu bodoh tidak mahu menerima satu formula/satu sistem/satu dasar yang menolak kezaliman,penindasan,membasmi rasuah,menentang pemerasan dan dll seterusnya formula Islam mewajibkan sifat jujur,amanah,bertanggungjawab dan mementingkan masalah umum?

24.Lihatlah sendiri,sehingga kini sudah lebih 50 tahun merdeka cara pendekatan yang berorientasikan fahaman sempit perkauman,puak,parti,liberal,demokrasi,kapitalis dll 'isme' bikinan manusia telah gagal dan kebih tidak diterima dan lari jauh dari matlamat ke arah perpaduan bangsa/integrasi kaum.Malah pada hakikatnya lebih banyak membawa prasangka tidak sihat di kalangan rakyat.

25.Keenganan menerima formula Islam selama ini mungkin akibat dari salah faham rakyat terhadap ajaran Islam yang murni itu.Dimana Iskam selalu ditanggapi sebagai satu ajaran ganas dengan bersibolkan rejam dan potong tangan.

26.Jadi menjadi tugas kita yang sedar akan hal ini memperjelaskan hal sebenar.Islam perlu dikemukakan dalam bentuknya yang asli,murni dengan fitrahnya dan rupa yang setepat-tepatnya.Islam perlu dikenali secara objektif bukannya secara berkepentingan tertentu.

27.Setelah memahami ajaran Islam secara jujur,maka potensi menggunakan formula Islam sebagai satu kaedah berkesan mencapai perpaduan tidak perlu diragui oleh sesiapa pun.Ingatlah bahawa Islam adalahagama universal yang bercirikan kerukunan hidup yang tidak mengenal prasangka atau diskriminasi ras dimana keadilan/kebenaran ditegakkan secara mutlat mengikut neraca wahyu dimana setiap individu yang mengikut 'formula Islam' tanpa pandang bulu dapat menikmati hak masing-masing dimana akan lahir satu tamadun insaniah yang bebas dari segala bentuk penindasan/diskriminasi dan seumpamanya.

No comments:

Post a Comment