Friday, April 6, 2012

.....kerana lidah tak bertulang......

1.Kita perlu melafazkan kata-kata seronok bagi memberi lonjakan semangat positif kepada diri,keluarga,rakan-taulan dan semua manusia.

2.Mulakan melafaz kata-kata seronok dan puji-pujian, maka sifat positif yang tertanam dalam minda akan terangsang dimana akhirnya kejayaan dan bahagia akan menyusul.

3.Contoh kata-kata seronok dan puji-pujian adalah seperti.....pandai,cantik,bijak,kacak,kaya,baik,berjaya,npbagus,cemerlang.berani,cerdik,handal,cekap,comel,terima, asih,sayang,manja,selamat sejahtera,semoga bahagia dll yang positif.

4.Jangan sekali-kali sebut kata-kata biadab,kesat,negatif seperti bodoh,nakal,jahat,hodoh,bangang,bongok,bengap,kurang ajar,setan,mampus,celaka dsg yang tidak elok......ingat semua kata-kata tersebut adalahsebahagian dari DOA dan dicatat oleh malaikat.

5.Oleh kerana lidah kita tidak bertulang.....MAKA MENGAWAL LIDAH DIKATAKAN PERKARA YANG PALING SUKAR......

6.Setiap kali kita membuka mulut untuk berkata-kata,maka kejujuran dan keupayaan kita akan dinilai oleh si pendengar

7.Sebenarnya,lebih baik leluru-peluru tajam daripada kata-kata tajam!!

8.Sebenarnya bila kita berkata-kata/berbicara terlalu banyak biasanya diikuti dengan berfikir yang terlalu sedikit

9.Ingatlah bahawa....KERANA LIDAH BADAN BINASA

10.......YANG BISA KATA-KATA.....dan YANG NIKMAT PUN KATA-KATA

11......Berkata benarlah walau pun pahit

12.......berkatalah perkara yang baik atau DIAM saja.....

13.....lebih baik tidak berkata-kata atau duduk diam saja daripada berkata-kata tanpa tujuan......

14.....seseorang dinilai daripada tindakannya,bukannya daripada kata-katanya

15.....tindakan lebih nyaring daripada kata-kata (action speaks louder than words)

16.Seseorang tidak bertambah baik melslui hujah/kata-katsnya tetapi melalui contoh teladan/tindakan/aksi sebab tekadan/perbuatan lebih meyakinkan daripada hujah dan kata-kata kosong.

17.Manusia lain kurang yakin pada perkara-perkara yang didengar berbanding perkara yang dilihat dengan mata kepala.

18......kurang CAKAP...lebih CEKAP

19.Cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar

20.Siakap senohong gelama ikan duri,cakap bohong lama-lama mencuri.

MULIA CAKAP KERANA BERADAB

BERMAKNA BUAL KERANA BERAKAL

BERISI BICARA JERANA BERKIRA

ELOK BERBISIK KERANA SELIDIK

TERPUJI ISYARAT KERANA CERMAT.

No comments:

Post a Comment