Thursday, April 26, 2012

ADAKAH ORANG YANG AKAN MENDOAKAN KITA?

Seorang Pengarah sebuah Jabatan tersohor jatuh di bilik mandi akibat serangan angin ahmar (stroke).Sudah 7malam beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital ternama.Di saat orang terlelap dalam mimpi malam,dalam alam roh seorang malaikat menghampiri si Pengarah yang terbaring tak bermaya. Malaikat memulakan bicara, " Kalau dalam masa 24 jam ada 50 orang berdoa untuk kesembuhanmu,maka kau akan hidup.Jika tidak bererti kau akan mati!" Si Pengarah dengan penuh yakin menjawab "Kalau hanya mencari 50 orang,itu amat mudah". Setelah itu malaikat pun pergi dan berjanji akan datang semula 1 jam sebelum batas waktu yang disepakati Tepat seperti yang dijanjikan, malaikat kembali mengunjunginya.Dengan megah si Pengarah bertanya,"Apakah esok pagi saya akan pulih? Pasti banyak yang berdoa untuk aku.Jumlah pekerja aku beribu-ribu,jadi kalau hanya 50 orang yang berdoa bukannya perkara susah". Dengan lembut si malaikat berkata,"Anakku,aku sudah keliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu,sementara waktu mu tinggal 1 jam lagi.Rasanya mustahil kalau dalam waktu terdekat ini ada 47 orang lagi yang berdoa buat kesembuhanmu" Waktu terus berlalu,hanya tinggal 10 minit.Tidak mungkin dalam 10 minit ada 47 orang berdoa untuknya. Dengan sedihnya si Pengarah bertanya kepada malaikat,"Tiadakah antara pekerjaku,kaum kerabatku,teman rapatku berdoa untukku?" Jawab malaikat "Ada,tapi mereka tidak ikhlas,bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau deritai saat ini.Itu semua kerana selam ini kamu mementingkan diri,sombong,menganiaya pekerja,ego,kejam dan bukanlah ketua yang baik". Si Pengarah tunduk tertunduk lemah dan pasrah mengenangkan malam ini adalah malam terakhir buatnya.Dia meminta sesaat lagi untuk melihat isteri dan dua anaknya yang sanggup berjaga dan berdoa ikhlas buatnya itu.Airmatanya bertambah deras,menyesal akan sikap hidupnya selama ini. Ketika waktu yang dijanjikan telah tiba selama 24 jam itu,malaikat berkata,"Anakku,Tuhan melihat airmatamu dan penyesalan ikhlasmu! Kamu tidak jadi meninggal dunia kerana ada 47orang yang berdoa untukmu tepat sebelum 24 jam yang dijanjikan itu." Dengan hairan dan tidak percaya,si Pengarah bertanya siapakah 47 orang itu. Malaikat menjawab,"Anak-anak yatim di Pusat Asuhan Anak Yatim dimana kamu pernah memberi bantuan beberapa bulan lalu." DOA SANGAT BESAR KESANNYA. Disaat kita berdoa untuk orang lain,kita akan mendapat kekuatan baru.Mungkin pada saat kita berdoa untuknya,dia mungkin amat memerlukan doa dari orang yang mengasihinya. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain......sebaliknya PERBANYAKKANLAH DOA UNTUK ORANG LAIN. (Rencana ini diberikan oleh seorang kawan.Mungkin anda telah membacanya sebelum ini.Tidak dapat dipastikan kebenaran cerita ini atau hanya rekaan semata-mata.Namun,terdapat mesej yang berguna untuk diteladani oleh kita semua)

No comments:

Post a Comment