Friday, March 2, 2012

Satu provokasi agama....

SUNGGUH BIADAB. ..mempersoalkan hukum berkaitan menutup aurat di dalam Islam


Akhbar China Press bertarikh 26 Feb.2012 melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai memaparkan tulisan Goh Kian Nam berkaitan Majlis Fatwa Islam yang dikatakan umoama Kabinet pemerintah di negara ini.
Katanya,di negara ini,Perdana Menteri yang mengetuai Kabinet serta penentu polisi-polisi dan ketua dalam kepimpinan.Sebagai seorang pemimpin,ia umpama badan manusia yang hanya perlukan satu kepala.Jika kepala lebih dari satu,bukankah menmadi kepala kembar yang menakutkan?
Sama juga jika wujud satu badabpn yang sama seperti Kabinet selain dari ahli Kabinet,yang boleh mengganggu gugat keputusan polisi tertinggi,boleh buat arahan dan menjadi dua pemerintahan.Pasti lambat laun negara ini akan kucar kacir.
Ini adalah sebuah Kabinet luar biasa iaitu Majlis Fatwa Islam di negara kita.Jika anda tidak percaya,lihat sendiri baru-baru ini ada seorang ustaz dari Perlis menganggap kaum wanita Islam buat iklan tidak memakai tudung telah melanggar ajaran Islam kerana mendedah aurat.
Akhirnya,Ahli Majlis Bandaraya Perlis seperti mendapat arahan dari exco negeri,berjanji melaksanakan arahan itu dan ambil tindakan pada logo logo iklan.Masalahnya sekarang,pada ayat mana pula didalam al-Quran yang menyatakan melarang wanita Muslim tidak memakai tudung?Siapa yang menentukan garis panduan menutup aurat?
Sedangkan masyarakat Muslim terutama kumpulan pergerakan hak asasi kaum wanita sering mempertahankan hak wanita.
Jika kita semak semula,Majlis Fatwa setiap negeri tidak pernah mengumumkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan kontriversi termasuk tarian,latihan yoga dsg.
Walaupun pihak berkenaan berkali-kali menegaskan keputusan Majlis Fatwa hanya boleh dikenakan ke atas orang Islam tetaoi MCA dalam pendiriannya membantah hukum Hudud,adakah orang bukan Islam tergolong dan terkait dalam isu ini?
Kami juga tidak rasa curiga terhadap kebebasan Majlis Fatwa membuat keputusan tentang agama mereka.Masalanya sekarang ini,kenapa agensi agensi pembuat keputusan yang benar-benar kuasa dilantik oleh rakyat seperti Kabinet di negara ini serta kerajaan negeri asyik mahu gembar gemburkan isu ini,tidak ikut kehendak rakyat sebenar sebaliknya ikut jehendak dan pandangan Majlis Fatwa yang menggerunkan itu?

No comments:

Post a Comment