Wednesday, March 14, 2012

Cara Memperhebatkan Pemikiran

1.Pastikan bahawa kita sentiasa terlibat dalam proses menambah ilmu kerana pembelajaran adalah proses sepanjang hayat.

2.Pastikan bahawa setiap ilmu pengetahuan baru yang bermanfaat diamalkan agar kemahiran kita semakin meningkat.

3.Pastikan bahawa disiplin menuntut ilmu diperolehi secara betul dan terhormat bukannya secara ugutan/ancaman tertentu.

4.Pastikan bahawa hobi/kegemaran masa lapang kita berfaedah disamping menghiburkan hati kerana ini semua boleh memperkaya perasaan dan pengalaman.

5.Pastikan bahawa kita ada masa /kesempatan untuk berfikir setiap hari dalam semua tugasan/tanggungjawab yang ada.Berfikirlah bagaimana untuk melaksanakan tugasan/menyelesaikan sebarang masalah berbangkit dengan bijaksana/kreatif setiap hari.

6.Pastikan bahawa kita menyahut apa saja peluang yang ada untuk menggali,meneroka sesuatu penemuan baru supaya kita sendiri dapat mengalami sendiri rahsia-rahsia,fenomena dan keajaiban yang ada di alam ini.

7.Pastikan bahawa diri kita rajin membaca buku/bahan bacaan yang berfaedah dan cabar diri kita berfikir untuk menjawab sebarang persoalan yang ditimbulkan.Beranikan diri kita mengambil kesimpulan dari apa yang telah kita baca.

8.Pastikan bahawa kita mengambil makanan/bahan yang bermanfaat untuk kesihatan otak.Kepintaran dan kecerdasan otak banyak bergantung kepada apa yang kita makan.

9.Pastikan bahawa kita tidak terlampau lama menonton televisyen kerana itu semua mungkin akan mengakibatkan terencat daya imaginasi,daya pemikiran dan kebolehan membaca dengan sempurna.Pilihlah rancangan yang sesuai dengan pemikiran kita.

10.Pastikan bahawa kita melatih otak kita setiap hari berfikir melalui apa cara sekali pun,umlamanya menyekesaikan masalah matematik,mengarang sajak,menulis,mempelajari/mendapat maklumat berguna dari komputer/internet,membaca al-Quran dsg.

11.Pastikan bahawa kita mempunyai matlamat dalam apa yang kita buat.Tumpukan kepada matlamat besar tersebut,berusaha juga berfikir sedikit demi sedikit,takat demi takat memburu impian dengan lenuh kesabaran.

12.Pastikan bahawa kita sentiasa melakukan yang terbaik dalam semua perkara terutamanya soal akhlak,amal ibadat,tingkahlaku dan sentiasa positif dalam apa saja yang dialami.

13.Pastikan bahawa kita sentiasa ceria,senyum,gelak-tawa,sederhana dimana dijauhkan keadaan tertekan,terlalu serius,ego,angkuh, terlalu emosional dalam menjalankan tugas seharian bagi memajukan pemikiran.

14.Pastikan bahawa kita bijak mengurus masa mengikut gaya sendiri.Rancang tugas jam demi jam,hari demi hari,minggu demi minggu,bulan demi bulan,tahun demi tahun.Sediakan jadual waktu/takwim yang tersusun dengan peristiwa-perustiwa dalam kehiduoan kita.Pendek kata rancang dan uruslah diri kita sepanjang masa agar pemikiran terfokus dan tidak celaru.

15.Pastikan bahawa kita mengagih-agihkan tugas/kerja agar semua aktiviti hidup kita diselaraskan dengan adil/saksama mengikut kemampuan dan dipenuhi dengan keseronokan.Keseronokan bekerja adalah aspek penting dalam melahirkan pemikiran yang hebat.

16.Pastikan bahawa kita tidak meracuni pemikiran kita dengan perkara-perkara negatif,khayal,tahyul,ganas dsg. Pemikiran luhur tidak akan lahir dari pengalaman buruk/negatif.

17.Pastikan bahawa kita sentiasa mempunyai alasan diatas apa saja yang kita buat.Ini merupakan pemikiran logik yang perlu dimantapkan selanjang masa.Mengamalkan berfikir secara logik boleh mengelak dari berlakunya falasi iaitu 'kesilapan cara berfikir'.

18.Pastikan bahawa kita sentiasa bersedia membuat perubahan ke arah yang lebih baik melalui idea-udea baru yang bernas.Ini merupakan pemikiran lateral yang sentiasa meminta pengamalnya mencari alternatif atau keluar meneroka sudut baru iaitu konsep ini meminta kita semua tidak berfikir di takuk lama.Transformasi tidak akan berlaku tanpa mengamalkan pemikiran lateral.

19.Pastikan bahawa kita sentiasa berdoa agar sentiasa diberikan pemikiran baik dan bermanfaat.Ini kerana semua yang baik datangnya dari Allah.Sesuatu inovasi adalah hasil pemikiran kreatif yang bersumberkan ilham kurniaan Allah.

No comments:

Post a Comment